window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PKPB Selangor, KL dan Putrajaya – Sekatan jalanraya oleh PDRM

Mersita · Oct 13, 2020 06:00 PM

PKPB Selangor, KL dan Putrajaya – Sekatan jalanraya oleh PDRM 01

Kredit gambar: New Straits Times

Lagi sekali. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan keatas kawasan Lembah Klang yang melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan bermula pada malam ini, 12.01 tengah malam. PDRM yang dibantu oleh ATM akan mengadakan sekatan jalanraya di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang untuk mengawal pergerakan orang awam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sekatan jalanraya itu akan dilaksanakan sama seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung Mac lalu.

PKPB Selangor, KL dan Putrajaya – Sekatan jalanraya oleh PDRM 02

Imbas semula, sekatan jalanraya seperti yang diadakan semasa PKP melibatkan pemeriksaan jumlah penumpang di dalam kenderaan awam iaitu tidak melebihi 2 orang dalam satu kenderaan. Pada satu tahap, jarak perjalanan tidak boleh melebihi 10 km. Mereka yang perlu turun bekerja pula harus menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan masing-masing.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, “ATM dan PDRM akan buat seperti yang dilakukan sebelum ini.”

PKPB Selangor, KL dan Putrajaya – Sekatan jalanraya oleh PDRM 01

Oleh itu, dari fahaman orang awam, walaupun lokasi sekatan jalanraya PKPB kali ini belum diumumkan secara rasmi, barangkali beberapa lokasi yang sama seperti pada bulan Mac lalu akan disediakan semula untuk sekatan.

Langkah ini sekali lagi akan memerlukan kerjasama dari orang awam untuk duduk di rumah dan keluar hanya untuk urusan penting dan membeli barang keperluan harian di kawasan terdekat.

Semalam, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media khas mengumumkan langkah ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin berleluasa di negara kita setelah berunding dengan Perdana Menteri dan KKM.

Sebagai gambaran, PKPB di Klang yang telah dijalankan sejak minggu lepas menerima penambahan sekatan dan penutupan jalan di beberapa lokasi secara berperingkat. Aktiviti ekonomi di mukim itu berjalan seperti biasa dan mengamalkan pematuhan SOP pada setiap masa.

Sumber: Bernama 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda