window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Platform DNGA Perodua Ativa (D55L) – pengendalian, perjalanan lebih selesa dari Proton?

Mersita · Feb 25, 2021 04:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain daripada kombinasi trenkuasa, D55L juga berkongsi platformnya dengan beberapa model lain, dimana tiga daripadanya adalah kereta mini ‘kei’ – Daihatsu Tanto dan kembarnya iaitu Subaru Chiffon, serta Daihatsu Taft.

Platform DNGA Perodua Ativa (D55L) – pengendalian, perjalanan lebih selesa dari Proton? 01

Daihatsu Taft

Selain dari model di atas, kereta asas bagi D55L iaitu Toyota Raize dan Daihatsu Rocky juga dibina atas platform yang sama.

Apakah ciri-ciri platform DNGA?

Platform DNGA Perodua Ativa (D55L) – pengendalian, perjalanan lebih selesa dari Proton? 02

Daihatsu Mira e:S

Sebenarnya, konsep ‘DNGA’ ini bermula sebagai satu struktur perniagaan dengan pengenalan Daihatsu Mira e:S 2018. Tujuannya adalah untuk ‘pendekatan berfokuskan pengguna bagi produksi kereta’ – menghasilkan kereta-kereta kecil dan mampu-milik yang mengutamakan penjimatan minyak dan juga aspek keselamatan.

Platform DNGA Perodua Ativa (D55L) – pengendalian, perjalanan lebih selesa dari Proton? 03

Platform DNGA

Berdasarkan ciri-ciri ideal ini, syarikat tersebut membangunkan platform kereta DNGA yang mula-mula didebut di dalam Daihatsu Tanto 2019. Dalam erti kata lain, pembeli kereta ini di Malaysia akan diberi platform yang serba baharu.

Baca juga: Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan?

Platform DNGA Perodua Ativa (D55L) – pengendalian, perjalanan lebih selesa dari Proton? 04

TNGA ditunjukkan, tapi inilah aspek yang boleh dicapai oleh platform modular

Ramai yang sudah sedia maklum tentang Toyota New Global Architecture (TNGA) yang digunakan dalam pelbagai model Toyota di pasaran Malaysia, contohnya Toyota Corolla Altis, Toyota RAV4, dan juga dalam model-model akan datang seperti Toyota Corolla Cross serta Toyota Harrier serba baharu.

Platform DNGA Perodua Ativa (D55L) – pengendalian, perjalanan lebih selesa dari Proton? 05

Sama seperti TNGA, DNGA berkongsi konsep modular yang sama, namun dibangunkan untuk kereta-kereta kompak mampu-milik. Platform-platform modular seperti ini amat penting kereta ia membolehkan perkongsian alat-ganti, memendekkan tempoh pembangunan bagi model baharu, dan pada masa yang sama mengurangkan kos dalam pembangunan dan pelancaran model-model baharu terlibat.

Daihatsu mengatakan yang modulariti DNGA membolehkan perkongsian alat-ganti antara pelbagai model pada kadar lebih 75 peratus, mengurangkan kos pembangunan sehingga 30 peratus dan pada masa yang sama mengurangkan 50 peratus masa yang diperlukan untuk membangunkan model baharu.

Platform DNGA Perodua Ativa (D55L) – pengendalian, perjalanan lebih selesa dari Proton? 06

Angka ringkas dari Daihatsu Rocky, D55L sepatutnya punyai angka yang lebih kurang sama

Ini bermaksud penjimatan kos boleh disalurkan kepada penambahan lebih kelengkapan di dalam kereta berkenaan. Kelebihan ini mungkin menjadi asbab bagaimana Perodua boleh memadatkan perincian seperti lampu hadapan LED adaptif dan kawalan peluncuran adaptif di dalam sebuah kereta bawah RM 75,000.

Adakah pemanduan D55L lebih bagus daripada Proton?

Platform DNGA Perodua Ativa (D55L) – pengendalian, perjalanan lebih selesa dari Proton? 07

Kemungkinannya agak besar. Ia diberi sistem suspensi serba baru serta geometri suspensi yang diperhalusi.

Segala-galanya – dari lokasi dimana suspensinya disambung, ciri ‘bushing’, spring, dan ciri penyerap hentakan – dioptimumkan bagi mengutamakan kestabilan dan keselesaan.

Platform DNGA Perodua Ativa (D55L) – pengendalian, perjalanan lebih selesa dari Proton? 08

Rocky mempunyai radius pusingan sebanyak 5m

Media Jepun pernah memberitahu yang perbezaannya ketara. Daihatsu Rocky menonjolkan pengemudian yang mudah, posisi duduk yang hebat, serta ruang dalaman yang tidak disangka cukup luas.

Ada banyak perkara yang kita boleh tunggu-tunggu termasuklah rebiu penuh dan tanggapan pemanduan. Ikut kami rapat-rapat di Facebook WapCar – BM untuk lebih banyak maklumat terkini tentang Perodua D55L/Ativa.

Nak baca rebiu Daihatsu Rocky?: Rebiu: Daihatsu Rocky aka Perodua D55L, apa pendapat media Jepun?


 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda