window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PLUS lancar Program Rintis Sandbox Lebuhraya Pintar, teknologi canggih dalam pengurusan, penyelenggaraan lebuh raya!

Khairil ยท Dec 8, 2021 09:00 AM

PLUS lancar Program Rintis Sandbox Lebuhraya Pintar, teknologi canggih dalam pengurusan, penyelenggaraan lebuh raya! 01

Memanfaatkan teknologi moden dan canggih ke arah status Lebuhraya Pintar. Itu inisiatif yang dilancarkan PLUS dengan kerjasama NTIS dikenali Program Rintis Sandbox Lebuhraya Pintar menerusi penggunaan teknologi canggih dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, baru-baru ini.

Menerusi program berkenaan, ia dijangka dapat memanfaatkan kira-kira 1.7 juta pengguna trafik harian (purata) di rangkaian lebuh raya terbesar Malaysia itu dalam tempoh lima tahun akan datang. 

Juga baca: Celcom, PLUS berganding bahu dalam membentuk Lebuh Raya Pintar Masa Hadapan

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

PLUS lancar Program Rintis Sandbox Lebuhraya Pintar, teknologi canggih dalam pengurusan, penyelenggaraan lebuh raya! 01

Antara teknologi canggih yang digunakan termasuklah analisis video dan teknologi kecerdasan buatan (AI) serta Pembelajaran Mesin (Machine Learning). 

Pengarah Urusan PLUS atau PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail, berkata kerjasama dengan NTIS atau Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional itu adalah bagi memastikan sistem penyelenggaraan yang lebih efisyen melalui adaptasi pendigitalan dan penggunaan teknologi tinggi.

PLUS lancar Program Rintis Sandbox Lebuhraya Pintar, teknologi canggih dalam pengurusan, penyelenggaraan lebuh raya! 02

Menurutnya, cabaran utama dalam memastikan keselamatan pelanggan lebuh raya adalah aspek pemantauan dan penyelenggaraan lebuh raya.

Memetik laporan BHarian, program berkenaan katanya merangkumi automasi pengesanan kecacatan cerun, automasi pengesanan kerosakan jambatan pada sepanjang 2022, automasi pengesanan kerosakan (jalan) pada 2023, pengesanan perkhidmatan trafik automatik dan pengesanan objek asing (2024), seterusnya mencapai automasi sepenuhnya menjelang 2025.

Juga baca: Lebuh raya sesak 8 km, kawasan tarikan pelancong dihujani pengunjung

PLUS lancar Program Rintis Sandbox Lebuhraya Pintar, teknologi canggih dalam pengurusan, penyelenggaraan lebuh raya! 03

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba yang merasmikan program berkenaan, berkata untuk permulaan kerjasama itu untuk memastikan pengurusan PLUS memenuhi hasrat kerajaan memperkasakan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) menerusi penggunaan teknologi tinggi dan berkesan dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya.

"Menerusi projek inovasi seperti pengesanan lubang di jalan raya, penambahbaikan trafik dan lalu lintas di lebuh raya, pengesanan data untuk mengenal pasti jumlah kenderaan di lebuh raya dan lain-lain, idea-idea yang hebat ini bakal memberi manfaat kepada pengguna lebuh raya.

Juga baca: Tak tinggal sisa, semua geng rempit zig-zag lebuh raya PD sudah berjaya dicekup!

PLUS lancar Program Rintis Sandbox Lebuhraya Pintar, teknologi canggih dalam pengurusan, penyelenggaraan lebuh raya! 04

"Kerjasama ini akan membuka peluang dan akses kepada teknologi baharu seperti sensor, sistem kecerdasan termaju dan keselamatan siber untuk membolehkan automasi kerja-kerja penyelenggaraan menerusi pengumpulan data yang pantas dan tepat di lebuh raya Malaysia," katanya.

Selain itu, Dr Adham berkata Malaysia perlu mengambil peluang untuk menerokai teknologi-teknologi baharu terutama oleh bakat tempatan dengan ia mampu meningkat keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya.

Juga baca: Kayuh basikal di lebuh raya, denda RM 5k, penjara 12 bulan nanti pesalah!

Sumber imej: FB Mosti

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda