window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an

Zamil Syaheer · Oct 4, 2022 04:00 PM

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 01

Kenderaan elektrik (EV) adalah obsesi era ini dengan banyak pengeluar kenderaan komited dan percaya dengan tenaga yang "lebih hijau". Sebagai contoh, syarikat VinFast Vietnam begitu komited kepada EV, sehingga pembuat kereta yang masih baru dalam industri otomotif ini merancang untuk menghentikan jualan model bukan EVnya menjelang akhir 2022.

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 02

Apabila jiran kita mula melaksanakan dasar untuk menggalakkan penggunaan EV, Malaysia nampaknya sedikit ketinggalan. Proton hanya akan melancarkan model EV pertamanya menjelang 2027, dan tahap kesedaran negara terhadap teknologi EV hari ini masih lagi rendah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 01

Walau bagaimanapun, Proton sebenarnya boleh memulakan trend EV mesra rakyat kerana syarikat quasi-nasional ini pernah membangunkan beberapa prototaip elektrik sedekad lalu dan juga menunjukkannya kepada media Malaysia serta dalam cabaran EV di UK.

Baca juga: Apa barang Tesla? Kereta elektrik (EV) Proton Exora REEV dan Saga EV pernah tampil seawal 2010!

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 02

Saga elektrik, Exora REEV, dan Persona REEV tidak lagi wujud hari ini. Kesemua kereta prototaip EV ini telah dijual pada lelongan pada tahun 2020 dan berkemungkinan menjadi alat ganti sahaja. Tidak dinafikan, Proton berjaya membuktikan kepada dunia bahawa mereka boleh membina EV di Malaysia.

Namun begitu, tahukan anda terdapat "Projek Kereta Elektrik Nasional" lebih awal pada tahun 1990-an dan sejarah seolah-olah melupakannya?

Baca juga: Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan?

Permulaan visi kereta elektrik

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 03

Kamal Siddiqi, pemilik FNR

Model prototaip Proton elektrik yang bersaing dalam Future Car Challenge dibangunkan bersama dengan Frazer-Nash Research Ltd (FNR). Berpangkalan di UK, syarikat itu dimiliki oleh Kamal Siddiqi, seorang ahli perniagaan India yang berpangkalan di UK dan juga merupakan kenalan Tun Dr Mahathir Mohamad.

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 04

Perkongsian itu telah terjalin sejak 1990-an ketika Tun M menjalankan pelbagai projek bercita-cita tinggi menurut cita-cita "Wawasan 2020" beliau untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang berdikari menjelang tahun itu. Kita semua tahu apa yang terjadi, kan?

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 05

Pada 1990-an, Tun M amat optimistik kerana pertumbuhan ekonomi Malaysia berada pada kadar yang stabil. Susulan pelancaran Proton, negara kita akan menyaksikan satu lagi pengeluar kereta nasional (Perodua), pengeluar motosikal nasional (Modenas), sebuah trak nasional (HICOM Perkasa), dan sebuah van nasional (Inokom Permas).

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 06

Kereta elektrik pada tahun 1990-an seperti Toyota eCom ini kebanyakannya dihadkan untuk kegunaan kawasan kejiranan sahaja

Walau bagaimanapun, projek nasional ini tidak mencukupi kerana terdapat satu segmen yang belum diterokai jika Malaysia mahu benar-benar membuktikan dirinya.

Pasaran EV pada tahun 90-an masih di peringkat awal, dan walaupun rangkaian tenaga bateri serta teknologi bateri masih lagi lemah, ia dilihat sebagai sumber tenaga masa hadapan.

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 07

Namun, kebanyakan kereta elektrik ketika itu terhad kepada buggy atau kereta golf seperti FNR Solar Baby. Mula-mula ditunjukkan kepada orang ramai di sini pada tahun 1994, buggy itu pada mulanya dirancang untuk dibina dan dijual oleh Fima Corporation Bhd, dengan anggaran harga antara RM 15,000 dan RM 18,000 (~RM 28k-33k pada 2022).

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 08

Solar Baby dikuasakan oleh empat motor DC 2.3 kW pada semua roda dengan jarak maksimum 120 km dan kelajuan tertinggi 70 km/j. Kereta itu dicas oleh bateri asid plumbum yang mengambil masa 6 jam untuk diisi sepenuhnya dan terdapat panel solar terletak di atas bumbung yang menyambungkan bateri, menambah jarak 10-15 km.

Sumber tenaga masa depan

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 09

Kartun yang dibuat oleh Lat berikutan pengumuman POEM

Berikutan pengumuman itu, keadaan menjadi senyap seketika untuk Solar Baby sehingga November 1996 apabila Perusahaan Otomobil Elektrik (Malaysia) Sdn Bhd (POEM) ditubuhkan. Ia adalah usaha sama antara Tenaga Nasional Berhad (TNB), FNR, dan beberapa syarikat lain termasuk Fima yang pertama kali memperkenalkan EV.

Baca juga: Thailand agresif mahu jadi negara EV tapi 3/4 rakyat rasa infrastruktur pengecaj masih tak cukup!

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 10

Sebulan sebelum penubuhan rasmi POEM, TNB telah pun menunjukkan minat terhadap kenderaan elektrik dengan e-Van berasaskan Subaru Domingo ini

FNR pertama kali mendekati TNB untuk menunjukkan barisan EV dan teknologi yang boleh dihasilkannya. Pengeluar tenaga negara berminat untuk berkembang lebih daripada sekadar menawarkan tenaga elektrik dan bersetuju dengan penubuhan POEM dengan 40% kepentingan dalam syarikat itu.

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 11

Kemudian pada Jun 1997, POEM diumumkan secara rasmi kepada umum dengan pelancaran pada bulan Disember tahun itu. Model pertamanya ialah Solar Baby tetapi ternyata, ia akan diberi nama yang kurang lucu (kepada penutur bukan Tamil) – Eleksuria.

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 12

Hanya Eleksuria sahaja yang diumumkan oleh POEM. Kereta golf dan go-kart kekal dengan lencana Frazer-Nash

EV keluaran tempatan pertama Malaysia telah dilancarkan pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 1997 dan kumpulan pertama 10 unit yang dipamerkan dilaporkan dibina dalam masa 6 bulan sahaja.

POEM merancang untuk mengeluarkan 500 unit kereta Eleksuria setiap tahun dan juga akan memperkenalkan EV lain pada masa hadapan.

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 13

Harga Eleksuria meningkat daripada anggaran awal, sekurang-kurangnya RM 15,000 kepada RM 28,000 (~RM 47k pada 2022) kepada akhirnya, RM 40,000 (~RM 66k pada 2022) pada pelancarannya. Ia agak mahal untuk kereta golf dengan penutup hab daripada Iswara dan mungkin itulah sebabnya ia hanya dijual untuk perniagaan komersial.

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 14

Tun M di belakang roda Harrods Buggy manakala Eleksuria biru mengekorinya di LIMA '97. Kredit

Terdapat 4 varian yang dilaporkan iaitu Eleksuria asas, Golf Buggy, Airport Buggy dan Harrods Buggy. Yang terakhir dijual secara eksklusif di Harrods dengan peruncit Britain itu dilaporkan membuat tempahan awal untuk 100 unit bernilai RM 26 juta.

Baca juga: Nak yakinkan orang beli EV? Jadikan Langkawi zon khusus EV, jangan fokus Lembah Klang saja

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 15

Selain dijual di salah satu gedung membeli-belah mewah paling terkenal di dunia, kehadiran Eleksuria di persada antarabangsa juga menyaksikan ia digunakan pada Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 dan Sukan Olimpik Sydney 2000. Ia mungkin satu pencapaian yang membanggakan, tetapi sesetengah warga Australia berharap anda akan melupakannya.

Apa yang terjadi?

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 16

Salah satu Eleksuria/Solar Baby yang digunakan dalam Sukan Olimpik 2000, dipamerkan di Muzium Pengangkutan Negara di Australia

Dalam usaha untuk mempromosikan "Acara sukan yang bersih dan hijau", FNR akan menjadi penaja rasmi dan menyediakan sekitar 350 kenderaan elektrik dan solar untuk Sukan Olimpik Sydney melalui anak syarikat Australianya, Frazer-Nash Australia (FNA).

EV tersebut berfungsi dengan baik semasa temasya dan dipuji ramai tetapi keadaan berubah menjadi buruk sebaik sahaja para atlet meninggalkan Sydney.

Baca juga: Tahukah anda bahawa kita ada Muzium Automobil Nasional di Sepang?

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 17

Setelah Olimpik berakhir, para penganjur memutuskan untuk menjual Eleksuria dan EV FNR lain kepada orang ramai tetapi menurut laporan 2002 oleh Sydney Morning Herald, kereta ini terbukti tidak boleh dipercayai dan kerap kali rosak.

Lebih memburukkan lagi keadaan, FNA tidak dapat membaikinya kerana FNR di UK tidak lagi mempunyai perniagaan usahasama.

Baca juga: Top 5: Kereta elektrik (EV) bawah RM 100k, 'confirm' jimat minyak!

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 18

Walaupun ia dipanggil Frazer Nash Transporter/Solar Baby, lencana Eleksuria kekal pada unit bekas Olimpik ini (Kredit: Lox Pix)

Memburukkan lagi keadaan, anak syarikat Australianya telah menanggung sejumlah hutang yang besar, menyebabkan ramai pemilik yang marah dan ditinggalkan sehelai sepinggang. Dengan semua Eleksuria tidak boleh diperbaiki mahupun digunakan, EV itu meninggalkan kesan buruk kepada pemiliknya.

Baca juga: Tiba masanya kita berhenti panggil Proton dan Perodua “kereta nasional”

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 19

Prospek jangka panjang POEM juga tampak suram di Malaysia kerana Eleksuria telah ‘mati’ serta-merta. Walaupun 3,000 unit dilaporkan dibina, POEM Eleksuria dianggap sebagai kegagalan terbesar daripada projek kenderaan nasional Tun M.

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 20

Tambahan pula, POEM juga mengalami kerugian pada setiap unit Eleksuria yang dijual dengan laporan menyatakan kos pengeluaran satu unit ialah RM 65,000 walaupun harga runcit permulaannya ialah RM 40,000. Malaysia juga dilanda kemelesetan ekonomi ketika Eleksuria dilancarkan.

Pengakhirannya


POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 21

Eleksuria telah diberi kemas kini pada tahun 1998 dengan reka bentuk yang lebih konvensional, tetapi nasi sudah menjadi bubur dek kerana para pelabur POEM perlahan-lahan menarik diri daripada projek itu satu demi satu. TNB akhirnya akan menjual bahagian majoritinya dalam POEM kepada FNR pada tahun 2000 tetapi pemaju EV British itu sendiri lemas dalam hutang. Selepas itu, Projek Kereta Elektrik Nasional sudah tidak ada lagi.

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 22

Walaupun TNB masih menyenaraikan POEM sebagai salah satu syarikat bersekutu/pelaburannya di laman webnya, pembekal tenaga itu tidak akan menjejakkan kaki ke dalam pembuatan EV. Eleksuria pun telah dilupakan, tetapi bagi FNR, masih ada ‘perjuangan’ yang belum selesai.

Baca juga: TNB: Pelaburan RM 90 juta dirancang untuk pengecas pantas DC, lebih 70 unit menjelang 2024

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 23

FNR akan bekerjasama dengan Proton dalam satu lagi janji EV yang terhenti dengan sebuah syarikat Malaysia pada akhir 2000-an dan nama itu akan muncul sekali lagi berikutan penggulungan syarikat induknya, Kamkorp.

Nampaknya Tun M masih percaya kepada syarikat tersebut dan pemiliknya yang terlibat dengan apa yang mungkin menjadi projek ‘conversion’ yang melibatkan 'Accordana' beliau.

Baca juga: Proton Perdana terbiar di Bristol. Adakah Proton masih mempunyai semangat yang sama?

POEM Eleksuria - Ini kisah percubaan gagal Tun M untuk membuat Tesla versi Malaysia pada era 90an 24

Selain daripada pelancarannya, POEM Eleksuria telah menerima sedikit liputan oleh media tempatan, walaupun untuk projek "kebangsaan" yang bercita-cita tinggi. Kebanyakannya telah dihapuskan dari sejarah dan tidak ramai yang mengetahui kewujudannya.

Baca juga: Ini kisah Proton Putra Rali! Siapa kata Proton buang sejarah?

Sebahagian daripada kegagalannya adalah disebabkan oleh kemelesetan ekonomi berikutan Krisis Kewangan Asia tetapi satu lagi mungkin disebabkan oleh isu rakan kongsi dalam FNR.

Apa pendapat anda? Adakah Eleksuria boleh berjaya di Malaysia atau adakah ia hanya satu lagi projek Tun M yang gagal?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda