window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Polis Czech Republic tambah Ferrari 458 sebagai peronda, khas untuk kejar penjenayah agresif

Faisal · Jul 30, 2022 02:00 PM

Polis Czech Republic tambah Ferrari 458 sebagai peronda, khas untuk kejar penjenayah agresif 01

Kereta polis merupakan antara kenderaan yang paling digeruni oleh masyarakat. Di Malaysia sendiri, antara jentera legenda yang diguna oleh PDRM adalah Mitsubishi Lancer Evolution 10. Walaupun tidak sehebat kereta-kereta polis di Dubai, prestasinya tetap tidak boleh dipermainkan.

Juga bacaAdakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik?

Polis Czech Republic tambah Ferrari 458 sebagai peronda, khas untuk kejar penjenayah agresif 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan kini, polis di negara Czech Republic pula baru sahaja menambah satu lagi jentera ke dalam koleksi kereta peronda mereka iaitu Ferrari 458 Italia. Ikon supercar enjin V8 ini secara tidak langsungnya antara kereta polis paling berkuasa di Eropah sekarang.

Polis Czech Republic tambah Ferrari 458 sebagai peronda, khas untuk kejar penjenayah agresif 01

Selama ini, mereka bergantung dengan BMW 540i Touring tetapi itu tidak cukup pantas untuk menumpas penjenayah yang ekstrem.

Polis Czech Republic tambah Ferrari 458 sebagai peronda, khas untuk kejar penjenayah agresif 02

Menurut Police of the Czech Republic, penggunaan kereta itu adalah untuk mengejar kenderaan yang dicuri serta membanteras perlumbaan haram yang melarat di negara itu. Disebabkan itulah mereka perlu sesuatu yang pantas dan laju dan kuasa sebanyak 570 PS/540 Nm pasti tidak akan mengecewakan. Kalau anda nak tahu, jentera ini boleh mencapai kelajuan 322 km/j dan pecutan 0 - 100 km/j hanya mengambil masa 3.4 saat sahaja.

Polis Czech Republic tambah Ferrari 458 sebagai peronda, khas untuk kejar penjenayah agresif 03

Menariknya, kereta Ferrari yang berharga £150,000 (~RM803k) itu adalah hasil rampasan mereka daripada penjenayah. Malah, kos mengubah suai warna merah asal kepada pelekat dan warna putih polis juga dikatakan lebih murah daripada membeli sebuah kereta Skoda baru.

Sumber foto: Police of the Czech Republic

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda