window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Polis dah tangkap suspek dalam kes tular ‘tow truck’ curi kereta mangsa banjir

Haris · Dec 24, 2021 11:00 AM

Polis dah tangkap suspek dalam kes tular ‘tow truck’ curi kereta mangsa banjir 01

Tular baru-baru ini di mana seorang mangsa banjir yang melaporkan bahawa sebuah trak penunda telah melakukan cubaan untuk mencuri kenderaan miliknya. Trak tersebut kelihatan mencurigakan serta hanya ‘mencuri’ kenderaan pada waktu pagi di kawasan yang melibatkan banjir.

Gerakan pantas daripada pihak polis yang mengerahkan Pasukan Cantas nampaknya membuahkan hasil. Seorang suspek lelaki berusia 26 tahun telah ditangkap, dipercayai merupakan pemandu trak tunda tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut siaran media pihak Polis Kontinjen Selangor lagi, kes bermula apabila seorang pengadu membuat laporan polis di balai berkenaan kenderaan miliknya yang dilihat sedang ditunda oleh sebuah trak tunda.

Polis dah tangkap suspek dalam kes tular ‘tow truck’ curi kereta mangsa banjir 01

Tangkap layar insiden berkenaan

Pengadu yang tidak pernah meminta perkhidmatan tunda telah bertanyakan mengenai hal tersebut kepada pemandu, di mana pemandu menjawab bahawa kenderaan tersebut telah diarahkan untuk ditunda oleh seorang lelaki lain yang mendakwa bahawa kenderaan pengadu merupakan kenderaan milik isterinya.

Tidak mahu berkonfrontasi secara membuta tuli, pengadu sempat pergi ke bengkel tunda untuk memeriksa kenderaannya lalu mendapati bahawa nombor pendaftaran depan dan belakang telah dipatahkan serta pelekat cukai jalan kenderaan pengadu telah hilang.

Polis turut mendedahkan bahawa trak tunda bernombor plat WXC 3048 didaftarkan atas nama Syarikat Sparks Motors Rescue Empire yang bertempat di Klang.

Polis dah tangkap suspek dalam kes tular ‘tow truck’ curi kereta mangsa banjir 02

Tangkap layar insiden berkenaan

Pada awalnya, perkhidmatan menunda kenderaan di musim banjir boleh berlaku sekiranya pihak penguatkuasa memerlukan penyedia khidmat untuk membuka jalan bagi membolehkan bot atau kenderaan penyelamat dapat mengakses jalan bagi kerja-kerja penyelamat.

Walaubagaimanapun, masih terdapat pihak yang menangguk di air yang keruh apabila mengambil kesempatan untuk ‘mencuri’ kenderaan yang ditenggelami air atau ditinggalkan, berkemungkinan untuk mengambil alat ganti yang akan dijual semula.

Tindakan pantas pihak polis juga harus dipuji di mana sekarang bukanlah masa untuk menunding jari menyalahkan mana-mana pihak. Kesemua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah bencana alam yang berlaku baru-baru ini. - Polis Kontinjen Selangor

Baca: Pasukan Cantas dari PDRM sedang pantau kes curi kenderaan yang tersadai akibat banjir

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda