window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Polis jumpa dadah selepas kejar teksi di PJ ala-Need for Speed, 2 polis cedera ringan

Mersita ยท Jun 3, 2021 03:30 PM

Polis jumpa dadah selepas kejar teksi di PJ ala-Need for Speed, 2 polis cedera ringan 01

Warga Petaling Jaya dikejutkan oleh siren polis pada sekitar jam 6.40pm semalam (2 Mei) dimana beberapa kereta peronda Polis DiRaja Malaysia (PDRM) model Honda Civic mengejar sebuah teksi Proton Saga putih-merah di sekitar Taman Medan, Taman Dato Harun, dan PJ Old Town.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin bin Abdul Hamid berkata pihak polis yang sedang melaksanakan 'snapcheck' di Jalan 18/16 Petaling Jaya semalam terjumpa sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun disyaki warganegara tempatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Saspek tiba-tiba memecut kereta dengan laju bagi melarikan diri dari polis dan memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar orang awam. Aksi kejar-mengejar di antara pihak polis dan saspek berlangsung selama lebih kurang 20 minit dan akhirnya saspek berjaya dicekup di PJ Old Town berhampiran Hong Leong Bank.

Polis jumpa dadah selepas kejar teksi di PJ ala-Need for Speed, 2 polis cedera ringan 01

Hasil pemeriksaan di dalam kereta saspek menemukan satu tiub straw disyaki dadah jenis heroin 0.3 gram. Ujian air kencing mendapati saspek positif dadah jenis morfin. Saspek juga mempunyai rekod jenayah lampau curi kenderaan serta penyalahgunaan dadah.

Beberapa video yang sempat dirakam orang awam tular di media sosial, menunjukkan usaha keras peronda polis yang mengejar teksi berkenaan di kawasan perumahan itu. Dalam satu video, saspek membuat beberapa pusingan ‘lap’ di kawasan perumahan di sana sambil dikejar polis.

Saksi yang merakam juga dilihat memesan pengguna jalan raya yang lain untuk memberi laluan kepada pihak polis yang terus-terusan memberi amaran dengan hon, lampu, dan siren.

Mohamad Fakhrudin berkata semasa pihak polis ingin membuat pemeriksaan, saspek sekali lagi enggan memberi kerjasama dengan mengunci bahagian pintu walaupun sudah diarah untuk keluar daripada kereta.

"Perbuatan suspek ini telah memaksa pihak polis memecahkan cermin tingkap keretanya bagi menjalankan pemeriksaan," kata beliau.

Polis jumpa dadah selepas kejar teksi di PJ ala-Need for Speed, 2 polis cedera ringan 02

Semasa proses tangkapan, dua anggota polis yang menahan saspek cedera ringan di bahagian tangan kiri dan kini sedang menerima rawatan susulan di Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Saspek direman 3 hari dan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. Jika disabitkan kesalahan, saspek boleh didenda tidak lebih RM 100,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda