window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Polis, MKN dan CPRC beri kenyataan bercanggah mengenai isu imbas aplikasi MySejahtera di stesen minyak

Haris ยท Nov 10, 2020 11:00 AM

Polis, MKN dan CPRC beri kenyataan bercanggah mengenai isu imbas aplikasi MySejahtera di stesen minyak 01

Pertemuan ringkas seperti mengisi petrol di stesen pam atau semasa membuat pembayaran di kaunter tidak memerlukan pengimbasan MySejahtera.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Itu laporan FMT yang menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis atau Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) mengenai isu imbasan aplikasi MySejahtera untuk melakukan aktiviti ringkas seperti mengisi minyak.

Polis, MKN dan CPRC beri kenyataan bercanggah mengenai isu imbas aplikasi MySejahtera di stesen minyak 01

Dalam email daripada CPRC, mereka menjelaskan bahawa keperluan mengimbas aplikasi MySejahtera hanya diperlukan sekiranya mahu masuk ke premis kedai serbaneka.

Walaubagaimanapun, menurut laporan Malay Mail, dua pengendali talian hotline Majlis Keselamatan Negara saling bercanggah ketika ditanya mengenai keperluan mendaftar dengan MySejahtera di stesen minyak.

Polis, MKN dan CPRC beri kenyataan bercanggah mengenai isu imbas aplikasi MySejahtera di stesen minyak 02

Salah seorang pengendali mengatakan imbasan tidak diperlukan jika pengguna membayar minyak dengan kad kredit secara langsung di pam dan tidak memasuki stesen.

"Sekiranya mereka dikeluarkan kompaun kerana gagal mengimbas, mereka boleh membuat rayuan," ujar pengendali pertama.

Polis, MKN dan CPRC beri kenyataan bercanggah mengenai isu imbas aplikasi MySejahtera di stesen minyak 03

Bagaimanapun, pengendali kedua pula bersetuju dengan polis yang mengatakan sebelumnya bahawa pendaftaran MySejahtera adalah wajib walaupun pengguna tidak pergi ke kaunter juruwang stesen.

"Jika mereka tidak mengimbas aplikasi, polis akan mengeluarkan kompaun. Oleh itu, pelaku mesti mengimbas ketika mengisi,” kata pengendali kedua.

Polis, MKN dan CPRC beri kenyataan bercanggah mengenai isu imbas aplikasi MySejahtera di stesen minyak 04

Sebelum ini, laporan oleh China Press, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, apabila pengguna tiba di stesen minyak, mereka diminta untuk mendaftar dengan aplikasi MySejahtera walaupun mereka tidak memasuki kedai serbaneka.

Hal ini bertujuan untuk memudahkan pengesanan kontak rapat sekiranya berlaku sebarang penularan wabak Covid-19.

Polis, MKN dan CPRC beri kenyataan bercanggah mengenai isu imbas aplikasi MySejahtera di stesen minyak 05

Komen beliau tersebut adalah berdasarkan suatu audio klip seorang lelaki yang tular dan mendakwa bapanya didenda RM1,000 kerana gagal mendaftarkan aplikasi MySejahtera sebelum mengisi minyak walaupun memakai topeng muka.

Penggunaan telefon bimbit tidak digalakkan di stesen minyak justeru adalah difahami tiada keperluan untuk mengimbas aplikasi MySejahtera di stesen minyak. Walaubagaimanapun, stesen minyak kadang kala padat dengan orang awam di sesetengah tempat dan masa menjadikan proses mengesan kontak rapat perlu dilakukan sekiranya terdapat pembawa virus.

Apa-apa pun, tunggu kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai isu ini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda