window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Polis Selangor terima 35 buah Toyota Hilux Single Cab dibina khas untuk PDRM

Mersita · Jul 27, 2021 07:00 PM

Polis Selangor terima 35 buah Toyota Hilux Single Cab dibina khas untuk PDRM 01

Sejumlah 35 unit Toyota Hilux Single Cab 2.4 yang dibina khas untuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah diterima oleh pihak Polis Selangor semalam, dimana setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) akan menerima kenderaan baharu ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kenderaan yang mampu memuatkan 10 orang anggota itu sesuai bagi pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR), ‘light strike force’ (LSF), membawa mayat, mengangkut barang, dan sebagainya.

Polis Selangor terima 35 buah Toyota Hilux Single Cab dibina khas untuk PDRM 02

Gambar: Bernama

Beliau juga memberitahu bahawa Hilux digelar ‘GS Cargo’ ini merupakan jenis baharu dan yang paling besar pernah diterima oleh Kontinjen Selangor. GS Cargo merupakan Toyota Hilux Single Cab yang diubahsuai oleh Weststar dimana dek belakangnya dibina khas untuk kegunaan penugasan anggota PDRM.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Sebenarnya kita buat (perolehan) 400 pacuan empat roda GS Cargo merangkumi semua kontinjen. Untuk kontinjen Selangor kita bekalkan lebih (dari negeri lain) sebanyak 35 buah kerana ia kontinjen yang besar dan mempunyai daerah yang banyak.

Polis Selangor terima 35 buah Toyota Hilux Single Cab dibina khas untuk PDRM 01

Unit diterima Polis Kedah terdahulu

"Dalam tempoh dua minggu lagi insya-Allah serahan kenderaan pacuan empat roda GS Cargo ini akan dilakukan di Kontinjen Kuala Lumpur...(buat masa ini serahan) di sekitar Lembah Klang untuk memudahcarakan operasi," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas sesi penyerahan kenderaan pasukan Toyota Hilux itu hari ini.

Menurut beliau, sehingga kini Kontinjen Selangor telah menerima agihan 37 kenderaan bagi tahun 2020 dan 2021 untuk kegunaan di IPD serta balai-balai polis. Antaranya ialah 18 buah lori model Hino, tiga buah Toyota Hilux Double Cab 2.8 Black Edition dan dua buah Mitsubishi Triton 2.4 VGT Premium.

Sumber berita: Bernama

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda