window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Polisi lupus kenderaan (ELV) tak semestinya 10 tahun, akan dikaji lebih mendalam - Pakar

Haris ยท Jun 24, 2022 11:00 AM

Polisi lupus kenderaan (ELV) tak semestinya 10 tahun, akan dikaji lebih mendalam - Pakar 01

Pasukan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjalankan kajian berkenaan polisi lupus kenderaan (ELV) bagi mengenal pasti usia dan ciri-ciri kenderaan yang tidak selamat dan sesuai untuk dilupuskan.

Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya UKM, Profesor Dr Rozmi Ismail berkata, ia bertujuan mengatasi isu kenderaan buruk atau kereta tersadai yang mencacatkan pemandangan dan mencemarkan alam sekitar.

Menurutnya, data menunjukkan lebih 7 juta kenderaan buruk tersadai di merata tempat di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Polisi lupus kenderaan (ELV) tak semestinya 10 tahun, akan dikaji lebih mendalam - Pakar 01

“Bayangkan apa akan berlaku dalam 20 tahun lagi jika pemilik tidak ada kesedaran untuk melupuskan kenderaan masing-masing.

“Kita juga akan mengadakan advokasi kepada orang ramai supaya menamatkan riwayat kereta mereka apabila sudah sampai masa dengan membatalkan pendaftaran kereta (matikan geran) dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk dilupuskan.

“Justeru, kesedaran orang ramai untuk melupuskan kenderaan sangat penting,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun, Rozmi berkata, banyak perkara perlu diambil kira sebelum merealisasikan polisi seperti itu di Malaysia termasuk kesannya terhadap golongan berpendapatan rendah.

Polisi lupus kenderaan (ELV) tak semestinya 10 tahun, akan dikaji lebih mendalam - Pakar 02

Dalam pada itu, beliau turut mengambil contoh negara maju seperti Jepun, Singapura dan Eropah yang berjaya mengurangkan lambakan kenderaan menerusi pelaksanaan polisi melupuskan kenderaan melepasi had usia lebih 10 tahun.

“Di Singapura misalnya, selepas 10 tahun pemilik diberi pilihan untuk menamatkan riwayat kenderaan atau membayar sejumlah wang untuk menyambung pemilikan dan penggunaannya di jalan raya.

“Di Jepun pula, setiap tiga tahun, pemilik kenderaan mesti melakukan pemeriksaan keselamatan kenderaan masing-masing.

Polisi lupus kenderaan (ELV) tak semestinya 10 tahun, akan dikaji lebih mendalam - Pakar 03

“Manakala kenderaan berusia lebih 10 tahun mesti lulus pemeriksaan keselamatan yang ketat pada setiap tahun sebelum dibenarkan berada di jalan raya.

“Kebanyakan pemilik kereta di negara maju ini akan menamatkan riwayat kereta mereka selepas 10 tahun dan membeli kenderaan baharu,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan perlu meningkatkan kualiti pengangkutan awam bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan seperti bas, teksi dan komuter.

Katanya, ia merupakan salah satu kaedah bagi mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian sekali gus mengurangkan kesesakan jalan raya melampau.

“Selain itu, saya mencadangkan agar bayaran atau permit tertentu dikenakan ke atas pemilik untuk memasuki bandar pada waktu puncak bagi mengekang masalah ini,” jelas Rozmi. - Sinar Harian

Baca: Thailand rancang lupus kenderaan 'retro' atas 20 tahun, bakal bekerjasama dengan agensi Jepun!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda