window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Porsche Cayenne: SUV mewah berusia 15 tahun serendah RM 30k, apa yang kena baiki?

Faisal · Jul 25, 2021 06:00 PM

Porsche Cayenne: SUV mewah berusia 15 tahun serendah RM 30k, apa yang kena baiki? 01

Sambutan SUV pada awal era 2000-an tidaklah sehangat sekarang tetapi sejak itu, minat pengguna terhadapnya meningkat dengan begitu luar biasa. Punyalah ketara sampaikan syarikat pembuat kereta sportscar Porsche pun tak nak lepaskan peluang. Maka itu, terciptalah Porsche Cayenne.

Porsche Cayenne: SUV mewah berusia 15 tahun serendah RM 30k, apa yang kena baiki? 02

Seperti yang dijangka, sambutan buat SUV mewah ini cukup hangat. Malah, Cayenne sudahpun memasuki generasi ketiga. Tidak cukup dengan itu, Porsche telah melahirkan sebuah lagi SUV untuk pasaran lebih bawah iaitu Macan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Porsche Cayenne: SUV mewah berusia 15 tahun serendah RM 30k, apa yang kena baiki? 01

Apapun untuk kali ini, kami ingin ceritakan mengenai Porsche Cayenne generasi pertama (955/957). Dengan harga yang telah susut sehingga RM 30k, adakah berbaloi untuk anda beli SUV ini sekarang? Mari kita lihat satu per satu.

Ada banyak varian, yang mana paling bagus?

Porsche Cayenne: SUV mewah berusia 15 tahun serendah RM 30k, apa yang kena baiki? 02

Porsche Cayenne generasi pertama (955) pra-facelift didebut pada tahun 2002. Ia menggunakan platform yang sama dengan Audi Q7 dan Volkswagen Touareg.

Porsche Cayenne: SUV mewah berusia 15 tahun serendah RM 30k, apa yang kena baiki? 01

Enjin yang didatangkan merangkumi kapasiti 3.2L VR6 (250 PS, 310 Nm tork) sehinggalah ke 4.5L V8 twin-turbo (521 PS, 720 Nm tork). Kesemua varian dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Trenkuasa Porsche Cayenne 
Model/Enjin Output Transmisi

Cayenne
3.2 VR6

250 PS, 310 Nm tork 6AT

Cayenne S
4.5 V8

340 PS, 420 Nm tork 6AT

Cayenne Turbo
4.5 V8
Twin-turbo
 
450 PS, 620 Nm tork 6AT

Cayenne Turbo S
4.5 V8
Twin-turbo

521 PS, 720 Nm tork 6AT

Porsche Cayenne: SUV mewah berusia 15 tahun serendah RM 30k, apa yang kena baiki? 02

Cayenne facelift, lagi cun.

Pada tahun 2007, Cayenne facelift (957) tampil dengan pembaharuan pada eksterior, interior dan tawaran enjin yang mana semuanya datang dengan suntikan direct-injection.

Porsche Cayenne: SUV mewah berusia 15 tahun serendah RM 30k, apa yang kena baiki? 03

Enjin Cayenne facelift yang mendatangkan suntikan direct-injection.

Barisan enjin yang baru itu bermula dari kapasiti 3.6L VR6 (294 PS, 385 Nm tork) hingga 4.8L V8 twin-turbo (550 PS, 750 Nm tork).

Trenkuasa Porsche Cayenne 957
Model/Enjin Output Transmisi

Cayenne
3.6 VR6

294 PS, 385 Nm tork 6AT

Cayenne S
4.8 V8

385 PS, 500 Nm tork 6AT

Cayenne GTS
4.8 V8

404 PS, 500 Nm tork 6AT

Cayenne Turbo
4.8 V8
Twin-turbo

500 PS, 700 Nm tork 6AT

Cayenne Turbo S
4.8 V8
Twin-turbo

550 PS, 750 Nm tork 6AT

Porsche Cayenne: SUV mewah berusia 15 tahun serendah RM 30k, apa yang kena baiki? 04

Percaya tak dengan harga RM 30k sahaja, anda boleh miliki Cayenne 955 tahun 2005 dengan enjin 4.5L V8? Apapun pada harga RM 47k, anda boleh dapatkan Cayenne facelift 957 tahun 2007 terus yang mana ia hadir dengan enjin 3.6L VR6. Harga roadtax pun lebih murah.

Porsche Cayenne: SUV mewah berusia 15 tahun serendah RM 30k, apa yang kena baiki? 05

Tapi kalau anda betul-betul berani, Cayenne GTS Design Edition 957 tahun 2010 boleh dibeli dengan harga RM 110k yang mana ia datang dengan enjin 4.8L V8.

Mampukah anda bela sebuah Porsche Cayenne?

Porsche Cayenne: SUV mewah berusia 15 tahun serendah RM 30k, apa yang kena baiki? 06

Yang pasti, penjagaannya tidaklah semudah Perodua Axia tetapi kami telahpun dapatkan khidmat pakar oleh Justin Lee dari German Motors dan Ray Wong dari Ray Car Care untuk ceritakan mengenai pengelenggaraan SUV mewah ini.

Kos pemilikian Porsche Cayenne 955
Varian Cayenne Cayenne 
S
Cayenne 
Turbo
Cayenne 
Turbo S
Roadtax
(RM)
1,960 4,040
Servis 10,000 
km (RM)
800 - 1,500
Tayar/biji (RM) 1,015 1,246 1,320 1,280
Saiz tayar 255/55
ZR18 
255/55
ZR19
275/40
ZR20
295/35
ZR21
Pad brek
Satu set (RM)
< 4,000

Porsche Cayenne: SUV mewah berusia 15 tahun serendah RM 30k, apa yang kena baiki? 07

Menurut Ray, harga untuk menukar minyak enjin Cayenne bergantung pada minyak itu sendiri. Tetapi umumnya, ia tidaklah murah.

Kos pemilikan Porsche Cayenne 957
Varian Cayenne Cayenne 
GTS
Cayenne
Turbo
Cayenne 
Turbo S
Roadtax (RM) 2,600 4,520
Servis 10,000 
km (RM)
800 - 1,500
Tayar/biji
(RM)
1,015 1,160 1,320 1,280
Saiz tayar 255/55
ZR18 
255/50
ZR19
275/40
ZR20
295/35
ZR21
Pad brek
Satu set (RM)
< 4,000

Isu umum dan penyakit yang ada pada Porsche Cayenne 955/957

Porsche Cayenne: SUV mewah berusia 15 tahun serendah RM 30k, apa yang kena baiki? 08

Justin dan Ray memberitahu bahawa masalah yang paling kerap dilaporkan oleh pemilik ialah pada suspensi udara yang digunakan (kalau dilengkapkan). Membaikinya berharga sekitar RM 2,000 (OEM) hingga ke RM 7,000 (original) untuk satu batang.

Porsche Cayenne: SUV mewah berusia 15 tahun serendah RM 30k, apa yang kena baiki? 09

Sebagai model yang sudah lama, bahagian kabinnya mungkin telah usang. Jadi, bahagian pintu, siling, roda stereng, dan tempat duduk juga mungkin perlu diperbaharui. Kos untuk kerja-kerja pemulihan ini memakan kos sekitar RM 10,000. Apapun, ia bergantung pada bahan yang anda pilih.

Porsche Cayenne: SUV mewah berusia 15 tahun serendah RM 30k, apa yang kena baiki? 10

Dari segi mekanikal, kedua-dua enjin V6 dan V8 sebenarnya tidak mempunyai isu yang berat. Tetapi Justin memberitahu bahawa apabila sesuatu komponen rosak, harga untuk membaikinya mungkin mahal. Jadi, anda disarankan buat pemeriksaan terlebih dahulu terhadap unit terpakai yang anda minat sebelum melakukan pembelian.

 Isu umum 955/957 Porsche Cayenne 955/957
Perkara Kos (RM)
Suspensi pasif 1,000/batang
Suspensi udara (OEM) 2,000/batang
Suspensi udara (original) 7,000/batang
Baik pulih interior 10,000

Konklusi

Porsche Cayenne: SUV mewah berusia 15 tahun serendah RM 30k, apa yang kena baiki? 11

Offroad pun boleh tau

Untuk julat harga RM 30k ke RM 110k, tiada apa yang lebih menyerlah daripada sebuah Porsche Cayenne 955/957 terpakai. Walaupun kos pembelaannya agak tinggi, perlu diingatkan bahawa SUV mewah ini berharga lebih dari setengah juta sewaktu dijual oleh Porsche Malaysia dahulu.

Porsche Cayenne: SUV mewah berusia 15 tahun serendah RM 30k, apa yang kena baiki? 12

Kiranya bertuahlah siapa yang beli kerana harganya telah susut dengan begitu mendadak. Namun begitu, alat ganti dan kos penyelenggaraannya tidak susut sama sekali. Maklumlah, Porsche kan.

Porsche Cayenne: SUV mewah berusia 15 tahun serendah RM 30k, apa yang kena baiki? 13

Yang pastinya, anda dapat sebuah SUV mewah yang cukup gah, sporty, praktikal dan berprestasi tinggi.

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Porsche Cayenne 3.0 V6

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda