window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Porsche Malaysia capai unit Porsche Cayenne CKD ke-1000 selepas setahun lebih mula pembuatan

Mersita · Jun 2, 2023 01:00 PM

Porsche Malaysia capai unit Porsche Cayenne CKD ke-1000 selepas setahun lebih mula pembuatan 01

Porsche Malaysia yang diwakili oleh Sime Darby Auto Performance (SDAP) baru saja meraikan satu pencapaian besar dalam operasi pemasangan domestiknya (CKD) apabila unit ke-1000 Porsche Cayenne dicapai di barisan pembuatannya di kilang Inokom Kulim, Kedah.

Kilang pemasangan Inokom itu merupakan kilang pertama Porsche di luar Eropah yang memasang SUV Cayenne dan beroperasi sejak Mac 2022.

Juga baca: 2021 Porsche Cayenne dipertingkat dari RM 550k - CKD Malaysia pertama, pilihan aksesori tanpa had!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Porsche Malaysia capai unit Porsche Cayenne CKD ke-1000 selepas setahun lebih mula pembuatan 01

“Kami amat gembira dengan pencapaian dalam pemasangan domestik Cayenne, mengesahkan sekali lagi yang SUV Porsche kekal sebagai kegemaran pelanggan kami. Kilang pemasangan tempatan kami di Inokom terus menyokong pertumbuhan kami, untuk memenuhi permintaan daripada para peminat kereta sports di Malaysia. Perkembangan dalam permintaan ini juga membuktikan lagi kualiti kami yang tinggi – tanda bahawa sebuah Porsche dibina pada standard tertinggi,” kata Christopher Hunter, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance.

Porsche Malaysia capai unit Porsche Cayenne CKD ke-1000 selepas setahun lebih mula pembuatan 02

Fasiliti pemasangan domestik ini menggariskan kepentingan Malaysia, mengesahkan lagi perkongsian sejak sekian lama antara Porsche dan Sime Darby. Ia terus didokong oleh tenaga kerja yang terdiri daripada 100% warga Malaysia berkebolehan tinggi, memperkasakan lagi masa depan komuniti setempat.

Juga baca: Macam sama, tapi bukan? Apa beza Porsche Cayenne CKD Malaysia 2022 vs CBU Slovakia?

Porsche Malaysia capai unit Porsche Cayenne CKD ke-1000 selepas setahun lebih mula pembuatan 03

Sebagai info, Porsche Cayenne CKD dijual pada harga bermula dari RM 575,000. Menguasakan SUV ini ialah enjin 3.0 liter V6 berpengecas turbo yang menghamburkan 340 PS dan 450 Nm, dipadankan dengan kotak gear automatik 8 kelajuan yang menggerakkan keempat-empat tayar.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Porsche Cayenne 3.0 V6

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda