window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana?

Faisal · Nov 19, 2022 06:00 PM

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 01

Kalau anda perasan, model sedan paling mewah untuk jenama seperti BMW, Mercedes-Benz, mahupun Audi menggunakan konsep limosin iaitu kereta yang panjang, besar dan meletakkan fokus pada penumpang atau tauke di belakang.

Tetapi kalau anda nak sesuatu yang lebih sporty, tiada apa lagi yang perlu anda fikirkan selain daripada sebuah Porsche Panamera.

Menariknya, ia juga merupakan sedan pertama dari Porsche.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 01

Sekarang, model yang asalnya berharga RM 750k (tanpa tambahan kelengkapan) ini boleh didapati pada harga serendah RM 150k iaitu model tahun 2012. Kiranya, harga sedan mewah ini sudah lebih kurang Toyota Camry sahaja.

Varian Porsche Panamera yang ditawarkan di Malaysia

Porsche Panamera generasi pertama iaitu 970 diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2009 oleh pengedar sah, Auto Eurokars.

Ia ditawarkan dengan tiga varian iaitu Panamera S (RM 990k), Panamera 4S (RM 1.12 juta) dan Panamera Turbo (RM 1.4 juta).

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 02

Kesemua varian menggunakan enjin 4.8L V8 NA (400 PS, 500 Nm) tetapi eksklusif untuk Turbo adalah penggunakan turbo kembar yang menghembuskan sehingga 500 PS dan 700 Nm tork.

Pada tahun 2010, Porsche di Malaysia diambil alih oleh Sime Darby Auto Performance (SDAP), sekaligus mendatangkan varian S Hybrid dan Turbo S, masing-masing dengan harga RM 910k dan RM 1.36 juta.

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 03

Tidak lama selepas itu, SDAP melancarkan varian asas iaitu Panamera dan Panamera 4S. Kedua-dua model ini menggunakan enjin 3.6L V6 NA yang menghasilkan 300 PS dan 400 Nm tork. Harganya pula hanya RM 770k (tanpa kelengkapan tambahan).

Kemudian pada tahun 2011, varian hibrid dilancarkan dan ia menggunakan enjin 3.0L V6 supercharger yang dibantu oleh motor elektrik berkuasa 47 PS dan 300 Nm tork. Gabungan sumber tenaga ini menghembuskan 380 PS dan 580 Nm tork.

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 04

Pada tahun 2013 pula, SDAP memperkenalkan model facelift melalui empat varian yang bermula dari RM 740k untuk Panamera dan juga Panamera Diesel. Dari situ, harganya meningkat kepada RM 780k untuk varian Panamera 4 dan RM 1.2 juta untuk Panamera Turbo.

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 05

Kanan: Model facelift.

Secara amnya, kesemua varian menggunakan transmisi dwi-klac PDK 7 kelajuan, manakala varian S Hybrid dan Diesel pula dengan transmisi automatik 8 kelajuan Aisin.

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 06

Panamera generasi kedua 971 yang dilancarkan di Malaysia pada tahun 2017.

Sebab anda patut membeli sebiji

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 07

Yang paling jelas adalah ia sebuah Porsche dan jenama ini sememangnya lebih ‘atas’ daripada Mercedes-Benz atau BMW. Selain itu, Porsche juga pakar dalam membuat sportscar sejati.

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 08

Secara tidak langsung, Porsche Panamera memiliki pakej yang cukup mempesonakan. Ia menggabungkan aspek pemanduan, kemewahan, keselesaan dan gaya yang mana ia tidak ada pada mana-mana sedan mewah lain.

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 09

Harga generasi 970 dalam pasaran terpakai

Model pra-facelift tahun 2009 yang menggunakan enjin 3.6L V6 kini sudah boleh dimiliki pada harga bawah RM 100k. Varian yang lebih baru dan lebih atas pula menambah dari julat harga tersebut

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 10

Apapun, perlu dimaklumkan bahawa kebanyakan Panamera 970 yang ada di Malaysia diimport masuk secara recond, bukannya secara rasmi.

Varian mana yang patut anda pilih?

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 11

Kalau kita ambil yang berusia tidak lebih 10 tahun untuk layak mendapat pinjaman bank, Panamera yang anda boleh dapati ialah model sebelum dan selepas facelift yang dijual dari tahun 2012 – 2014.

Yang paling sesuai dan tidak begitu rumit adalah Panamera 3.6L V6 versi RWD atau AWD. Antara sebabnya adalah:

  • Julat harga dari RM 160k ke RM 280k
  • Cukai jalan (road tax) paling murah
  • Enjin NA yang tidak rumit, penyelenggaraan yang lebih murah dan jangka hayat paling lama

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 12

Apapun, kalau anda ada bajet lebih, varian Panamera S yang menggunakan enjin 4.8L V8 pun boleh dimiliki tetapi kos penjagaannya pun akan berbeza.

Perbandingan kos antara mereka adalah seperti di bawah:

Kos penjagaan asas Porsche Panamera 970
Varian 3.6L V6 4.8L V8 'S'
Cukai jalan (RM) 4,852 10,257
Saiz tayar 245/50 R18 (Depan), 275/45/R18 (Belakang) 255/45/R19 (Depan), 285/40/R19 (Belakang)
Tayar/biji (RM) 800 (D), 1000 (B) 1,000 (D), 1,500 (B)
Bateri (DIN 95 AGM) 1,200

Apa yang perlu anda teliti sewaktu membeli Panamera 970

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 13

Pertama sekali, kami cadangkan untuk anda pilih unit dari pengedar Porsche rasmi kerana anda boleh mendapat rekod servis yang penuh. Dari situ, anda akan tahu sejarah penjagaan kereta tersebut. Seandainya unit tersebut dihantar ke bengkel luar, cuba periksa rekod servis sama ada ia dilaksanakan tepat pada masanya atau tidak.

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 14

Yang kedua adalah bilangan pemilik. Cari unit yang hanya ada seorang pemilik kerana ia mungkin dijaga dengan cukup baik sejak hari pertama. Untuk makluman anda, bilangan pemilik yang banyak bermaksud masalah yang dihadapi mungkin diserah kepada pemilik seterusnya ataupun kereta itu terlalu bermasalah untuk kekal dimiliki oleh orang sama.

Apapun, jangan takut dengan unit yang mempunyai perbatuan tinggi kerana mungkin banyak komponen atau perkara sudah diselesaikan. Kalau perbatuan rendah tetapi rekod penyelenggaraan macam tidak meyakinkan pun tak guna kan?

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 15

Akhir sekali, tidak kiralah unit rasmi atau recond, cuba dapatkan pemeriksaan diagnostik oleh Porsche Malaysia atau bengkel pakar kerana kosnya tetap lebih murah daripada membaiki kerosakan besar pada masa akan datang.

Di bawah pula adalah selang penyelenggaraan Porsche Panamera 970 dan kos yang diperlukan:

Pengelenggaraan dan pembaikan Porsche Panamera 970
Penyelenggaraan / Selang Item Kos (RM)
Penukaran minyak / 10k km Minyak enjin & penapis 1,400
Penapis udara / 100k km Penapis udara enjin 900 (OEM)
Servis brek / 40k km Periksa/ganti minyak brek 500
Servis transmisi / 60k km (PDK – digalakkan) Minyak ATF & penapis 3,000
Palam pencucuh / 60k km (V6) Ganti palam pencucuh 1,000
Minyak differential / 100k km (depan & belakang – AWD) Minyak differential 2,000
Penggantian brek / 50k - 80k km  Pad dan cakera brek (V6 / PCCB tambahan) 2,500 (OEM) / 10,000 (Tulen)
Penggantian suspensi / ≈ 140k km Ganti penyerap hentakan udara aktif 13,000 (OEM) / 26,000 (Tulen)

Selain itu, anda disarankan teliti akan komponen brek dan suspensi aktif (penyerap hentakan) kerana kedua-dua aspek ini perlu diselenggara apabila sudah sampai masanya.

Memandangkan kesemua Panamera menggunakan suspensi udara, lebih baik anda pilih unit yang telah diganti komponen tersebut. Sekurang-kurangnya, anda dah jimat di situ.

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 16

Pengapit brek berwarna kuning menandakan jenis PCCB.

Untuk brek pula, perlu dimaklumkan bahawa kos penukaran untuk unit yang menggunakan sistem Porsche Ceramic Composite Brakes (PCCB) boleh mencecah RM 10k, kiranya 4x ganda lagi mahal daripada sistem brek konvensional.

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 17

Berkenaan komponen azimat Porsche iaitu transmisi PDK, beberapa komponennya akan haus apabila tiba masanya, sama macam kotak gear dwi-klac yang lain. Tetapi yang kompleknya PDK ini adalah ia satu unit. Maksudnya kalau transmisi dah buat hal, anda memang perlu ganti sebiji terus.

Dan anggaran kosnya adalah sekitar RM 50k.

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 18

Disebabkan itu sahaja, unit mekatronik dan pek klacnya tidak boleh diganti semudah transmisi DCT yang lain. Apapun, Porsche menetapkan jadual penyelenggaraan transmisi pada 180,000 km (atau 12 tahun, bergantung pada pasaran). Namun demikian, para pemilik memberitahu bahawa kalau dijaga dengan baik, transmisi PDK sememangnya boleh tahan bertahun-tahun tanpa sebarang isu.

Konklusi

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 19

Secara konsep, Porsche Panamera yang dijaga rapi adalah antara sedan paling lengkap dan paling hebat dalam industri ini. Pakej sedan mewah di sebalik bentuk ala sportscar dan kualiti pemanduan yang hebat betul-betul meletakkannya sebagai salah satu daripada sedan terunggul yang anda boleh beli.

Porsche Panamera 970 terpakai - sedan sportscar kini bawah RM 200k, kos membela bagaimana? 20

Dengan harga dalam pasaran terpakai yang sudah susut, mungkin inilah masanya untuk anda memiliki sebuah Porsche Panamera. Kalau anda nak senang, terus layari Carlist di mana terdapat banyak model terpakai yang masih dalam keadaan baik dan boleh dipercayai.

Juga bacaPanduan: Porsche Cayenne terpakai (958 generasi ke-2) dari RM 300k, masih boleh "loan" kalau teringin!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Porsche Panamera Panamera 4S Sport Turismo

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda