window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Porsche Taycan dilancarkan di Malaysia – RM 725 ribu sahaja? 761 PS dan 1050 Nm tork

Faisal · Sep 18, 2020 12:33 PM

Porsche Taycan dilancarkan di Malaysia – RM 725 ribu sahaja? 761 PS dan 1050 Nm tork 01

Porsche Malaysia baru sahaja melancarkan kereta elektrik pertamanya di Malaysia. Dengan tiga varian (Taycan 4S, Taycan Turbo, dan Taycan Turbo S), model ini sesuai bagi mereka yang menginginkan jenama Porsche untuk kereta elektik mereka.

Porsche Taycan dilancarkan di Malaysia – RM 725 ribu sahaja? 761 PS dan 1050 Nm tork 02

Taycan 4S didatangkan dengan bateri 79.2 kWh yang boleh memberikan jarak pemanduan sejauh 407 km untuk sekali cas. Taycan Turbo dan Turbo S pula mendapat bateri 93.4 kWh yang boleh memberikan jarak pemanduan sejauh 450 km (Turbo) dan 412 km (Turbo S).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Porsche Taycan dilancarkan di Malaysia – RM 725 ribu sahaja? 761 PS dan 1050 Nm tork 01

Pada masa yang sama, Taycan 4S mempunyai pilihan tambahan seperti Performance Battery Plus yang meningkatkan kapasiti bateri ke 93.4 kWh sekiranya anda inginkan jarak pemanduan yang jauh.

Porsche Taycan dilancarkan di Malaysia – RM 725 ribu sahaja? 761 PS dan 1050 Nm tork 02

Porsche Taycan Turbo S pula mempunyai 761 PS dan 1050 Nm tork (dengan fungsi overboost dan launch control).

Dengan berat sebanyak 2,000 kg, ia mampu memecut daripada 0-100 km/j dalam masa 2.8 saat. Pecutan 0-200 km/j pula boleh dilakukan sepantas 9.8 saat.

Porsche Taycan dilancarkan di Malaysia – RM 725 ribu sahaja? 761 PS dan 1050 Nm tork 03

Angka prestasi Porsche Taycan adalah seperti berikut:

4S: 530 PS/640 Nm tork (0-100 km/j – 4.0 saat)

Turbo: 680 PS/850 Nm tork (0-100 km/j – 3.2 saat)

Turbo S: 761 PS/1050 Nm tork (0-100 km/j – 2.8 saat)

Porsche Taycan dilancarkan di Malaysia – RM 725 ribu sahaja? 761 PS dan 1050 Nm tork 04

Harga (tanpa SST) untuk Taycan pula adalah seperti berikut:

4S – RM725,000

Turbo – RM 999,000

Turbo S – RM 1,195,000

Dengan harga mencecah RM 1.2 juta, Taycan Turbo S merupakan kereta elektrik termahal di Malaysia. Tidak seperti Tesla di Malaysia, Taycan mempunyai harga yang rasmi. Hal ini memberikan kemudahan untuk membeli secara ansuran. Antara kereta elektik yang telah dilancarkan di Malaysia ialah Mini Cooper SE.

Porsche Taycan dilancarkan di Malaysia – RM 725 ribu sahaja? 761 PS dan 1050 Nm tork 05

Secara teknikal, Taycan terkenal dengan pengecas pantas DC 270 kW (Taycan 4S hanya memiliki DCFC 225 kW). Untuk pengecas jenis AC, Taycan memiliki kadar 11 kW.

Porsche Taycan dilancarkan di Malaysia – RM 725 ribu sahaja? 761 PS dan 1050 Nm tork 06

Pengecas DC (dengan kW maksimum) hanya mengambil masa selama 25 minit untuk sampai ke 80%. Dengan pengecas DC 50 kW, Taycan boleh mengecas sehingga 80 % dalam masa 1 jam 30 minit. Pengecas AC pula mengambil masa 9 jam untuk mencapat 100 %.

Porsche Taycan dilancarkan di Malaysia – RM 725 ribu sahaja? 761 PS dan 1050 Nm tork 07

Pengecas pantas DC 175 kW

Untuk kemudahan pengguna, Porsche Ara Damansara memiliki pengecas pantas DC 175 kW yang khusus untuk pemilik Porsche.

Porsche Taycan dilancarkan di Malaysia – RM 725 ribu sahaja? 761 PS dan 1050 Nm tork 08

Dibina berdasarkan platform J1, Porsche Taycan mempunyai saiz yang sedikit kecil berbanding Porsche Panamera.

Porsche Taycan dilancarkan di Malaysia – RM 725 ribu sahaja? 761 PS dan 1050 Nm tork 09

Untuk maklumat anda, platform ini turut dikongsi dengan Audi e-tron GT. Dengan pengurusan haba bateri dan komponen serta pengecas pantas DC, Porsche Taycan ialah antara kereta elektik yang berteknologi paling tinggi.

Porsche Taycan dilancarkan di Malaysia – RM 725 ribu sahaja? 761 PS dan 1050 Nm tork 10

Kereta elektrik seterusnya daripada Porsche ialah Porsche Macan namun kemunculannya masih belum dapat dipastikan.

Sekiranya anda risau dengan arah tujuan Porsche yang ke arah elektrik, mereka telah mengesahkan bahawa mereka akan kekal mengeluarkan kereta dengan enjin convensional, hibrid, dan elektrik pada masa yang sama.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Porsche Taycan RWD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda