window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Portal semakan maklumat kereta terpakai CTOS Vehicle Check kini rasmi, siap rekod pemilikan di Malaysia lagi!

Haris ยท Oct 14, 2022 11:00 AM

Portal semakan maklumat kereta terpakai CTOS Vehicle Check kini rasmi, siap rekod pemilikan di Malaysia lagi! 01

Pembelian kenderaan terpakai secara recond dari negara luar tidak lagi perlu diragui apabila rekod pemeriksaan dari negara asal tersedia dalam talian.

Kini, CTOS yang merupakan agensi pengesahan rekod kredit telah hadir dengan portal semakan rekod kenderaan terpakai dengan CTOS Vehicle Check.

Portal tersebut sebenarnya telah berada dalam pemerhatian penulis namun hari ini telah disahkan beroperasi oleh Berita Harian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Portal semakan maklumat kereta terpakai CTOS Vehicle Check kini rasmi, siap rekod pemilikan di Malaysia lagi! 01

CTOS Vehicle Check menawarkan semakan maklumat untuk tiga negara iaitu Malaysia, Jepun dan United Kingdom.

"Dengan menyediakan akses mudah dan segera kepada data yang luas melalui Semakan Kenderaan CTOS, kami boleh membantu mengurangkan penipuan dan meningkatkan ketelusan dalam penjualan serta pembelian kenderaan terpakai di Malaysia, sekali gus memberikan pengguna ketenangan minda dengan laporan kereta terpakai yang boleh dipercayai," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital, Eric Hamburger.

Portal semakan maklumat kereta terpakai CTOS Vehicle Check kini rasmi, siap rekod pemilikan di Malaysia lagi! 02

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif OTOFACTS, Shahir Ali, berkata satu langkah penting dalam mana-mana pembelian kereta terpakai ialah mendapatkan laporan semakan kenderaan yang boleh dipercayai.

"Ini akan membolehkan pengguna untuk membuat keputusan termaklum berdasarkan butiran tersembunyi di sebalik kenderaan bagi menentukan nilai pasaran kereta serta memastikan penggunaan yang boleh dipercayai dan selamat selama bertahun-tahun," katanya.

Portal semakan maklumat kereta terpakai CTOS Vehicle Check kini rasmi, siap rekod pemilikan di Malaysia lagi! 03

Portal CTOS Vehicle Check ini disokong oleh OTOFACTS, biro automotif dalam talian pertama di Malaysia dengan pangkalan data yang terbesar di negara ini. OTOFACTS mempunyai akses kepada rekod automotif serta pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber seperti firma lelong, syarikat insurans dan beberapa agensi kerajaan.

Oleh yang demikian, CTOS Vehicle Check mampu menawarkan rekod pemilikan untuk kenderaan terpakai yang berada di Malaysia, berkemungkinan yang pertama sekali dalam pasaran ketika ini.

Layari laman web CTOS Vehicle Check, vehiclecheck.ctosids.com/ untuk semakan.

Baca: K'jaan cadang kuat kuasa 'Lemon Law', elak penipuan dalam pembelian kereta terpakai

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda