window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Potensi eksport Proton X70 tergugat di Thailand dengan pengumuman Haval H6 Hybrid?

Haris · May 18, 2021 10:00 AM

Potensi eksport Proton X70 tergugat di Thailand dengan pengumuman Haval H6 Hybrid? 01

Haval H6 adalah SUV nombor 1 di China yang kini dalam proses untuk mengembangkan perniagaan di rantau ASEAN. Model yang bernaung di bawah Great Wall Motors (GWM) ini akan dilancarkan di Thailand dan baru-baru ini, Haval turut mengumumkan kehadiran varian Haval H6 Hybrid.

Potensi eksport Proton X70 tergugat di Thailand dengan pengumuman Haval H6 Hybrid? 02

Hal ini disahkan oleh rakan media kami di Thailand, Autofun.th yang berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi model tersebut. Malah, Haval H6 Hybrid pula belum dijual di negara asal China tetapi melakukan debut pertama dunia di Thailand. Nampak reputasi Thailand dalam industri automotif yang semakin gah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Potensi eksport Proton X70 tergugat di Thailand dengan pengumuman Haval H6 Hybrid? 01

Thailand yang bercita-cita besar dalam industri automotif telah memulakan langkah untuk mensasarkan untuk menggugurkan enjin pembakaran biasa (ICE) kepada enjin elektrik menjelang tahun 2035. Kerajaan Thai nampaknya menerima sokongan penuh dari pengeluar kenderaan.

Potensi eksport Proton X70 tergugat di Thailand dengan pengumuman Haval H6 Hybrid? 02

Haval H6 Hybrid menggunakan trenkuasa hibrid petrol-elektrik. Sumber pemacu utama adalah enjin 1.5 liter turbocharged petrok dengan tambahan motor elektrik 130-kW. Output sistem gabungan ialah sebanyak 243 PS kuasa kuda dan 530 Nm tork yang sangat mengujakan.

Potensi eksport Proton X70 tergugat di Thailand dengan pengumuman Haval H6 Hybrid? 03

Model hibrid sangat penting untuk kejayaan Haval di Thailand, kerana SUV segmen C ini bakal memperolehi keuntungan daripada cukai eksais yang lebih rendah. Sejumlah SUV yang kini dijual di Thailand, termasuklah Toyota Corolla Cross, Toyota C-HR, dan Nissan Kicks kini tersedia sebagai hibrid.

Secara visual, kehadiran Haval H6 sangat ketara dengan penggunaan gril hadapan yang besar di samping lampu LED yang ramping.

Potensi eksport Proton X70 tergugat di Thailand dengan pengumuman Haval H6 Hybrid? 04

Potensi eksport Proton X70 tergugat di Thailand dengan pengumuman Haval H6 Hybrid? 05

Pada bahagian belakang, Haval H6 menggunakan jalur lampu LED yang menghubungkan kedua-dua lampu belakang. Di bawahnya tiada sebarang garis badan atau rekaan yang ketara, dengan nama HAVAL terpampang tanpa sebarang logo. Rim 19-inci aloi melengkapkan rupa bahagian luar Haval H6.

Potensi eksport Proton X70 tergugat di Thailand dengan pengumuman Haval H6 Hybrid? 06

Apa yang menariknya, rekaan konsol tengah dan kabin dalaman kelihatan mirio dengan Geely Boyue. Skema warna yang berani seperti jingga dan coklat beige juga digunakan pada bahagian dalaman namun tempat duduk dibaluti dengan kemasan kulit hitam.

Beberapa ciri yang dilaporkan oleh Autofun tampil lebih moden berbanding Geely Boyue seperti:

  • head-up display (HUD)
  • kerusi hadapan pelarasan elektronik
  • pengecas nirwayar Qi

Potensi eksport Proton X70 tergugat di Thailand dengan pengumuman Haval H6 Hybrid? 07

Ia juga menerima ciri Pemanduan Autonomi Tahap 2 seperti Integrated Auto Parking (IAP), Auto Reversing Assistance (ARA), dan Wisdom Dodge System (WDS). WDS misalnya digunakan ketika mahu memintas kenderaan lain apabila diarahkan melalui butang kawalan dan kembali ke lorong asal selepas memintas kenderaan tersebut.

Potensi eksport Proton X70 tergugat di Thailand dengan pengumuman Haval H6 Hybrid? 08

Tahun 2020 menyaksikan Haval H6 telah terjual di China sebanyak 276,864 unit. Sebagai perbandingan, Geely Boyue terjual sebanyak 140,811 unit. Landskap industri automotif di Malaysia yang tidak maju bakal menghukum Haval H6 apabila ia menjejakkan tayar di sini.

Potensi eksport Proton X70 tergugat di Thailand dengan pengumuman Haval H6 Hybrid? 09

Setakat ini, Proton X70 telah diintip di Thailand namun barisan model Proton tiada langsung pilihan enjin hibrid. Tiada tarikh pelancaran yang diumumkan Proton manakala Haval semakin mengukuhkan kedudukan di Thailand dan komited dengan seruan kerajaan di sana. Adakah Proton perlu memfokuskan tawaran kenderaan di negara-negara kelas ketiga?

Bacaan Lanjut:

Haval perkukuhkan jenama di rantau ASEAN dengan strategi yang berbeza daripada Geely?

Spyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V!

Haval H6 Hybrid dirasmikan di Pameran Motor Bangkok 2021, lebih awal dari pelancaran Proton X70 di Thailand

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Haval H6 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda