window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Potensi MG 5 sebenar - lebih berkuasa dari Honda Civic, hanya 3/4 harga Civic!

Haris · Jul 8, 2021 09:00 AM

Potensi MG 5 sebenar - lebih berkuasa dari Honda Civic, hanya 3/4 harga Civic! 01

MG 5 adalah tawaran terbaru MG di Thailand. Sebagai sebuah sedan segmen C, saingan utama untuk MG 5 datang dari Honda Civic, raja sedan segmen C di rantau ini.

Dominasi Honda Civic bukan sekadar angka jualan laris, ia juga telah menyingkirkan pesaing lain (di Malaysia) sehingga tiada sedan segmen C yang kini dipasang secara CKD, malah ada pengeluar terpaksa menggugurkan model sedan segmen C secara terus.

Potensi MG 5 sebenar - lebih berkuasa dari Honda Civic, hanya 3/4 harga Civic! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MG pastinya tidak mahu tekanan yang dahsyat ini berlaku pada model MG 5.

Justeru, strategi MG seperti biasa adalah untuk menawarkan sebuah produk unik dan mampu memberi saingan kepada Honda Civic - sebagai penanda aras. Malah, lihat saja rekaan MG 5 yang lain dari yang lain!

Potensi MG 5 sebenar - lebih berkuasa dari Honda Civic, hanya 3/4 harga Civic! 01

Dari segi harga, model MG 5 diposisikan pada harga berikut:

Harga MG 5 vs Honda Civic di China
Model Julat harga (Yuan) Julat harga (RM)
MG 5 88,900 - 99,900 57,000 - 64,166
Honda Civic 129,900 - 169,900 83,436 - 109,128

Pasaran Thailand hanya ditawarkan dengan enjin 1.5 liter NA (119 PS, 150 Nm) yang digandingkan dengan transmisi automatik CVT.

Namun bagaimana pula dengan pasaran China? Model MG 5 ada ditawarkan dengan enjin 1.5 liter bercaj turbo dengan transmisi automatik DCT 7-kelajuan!

Prestasi MG 5 vs Honda Civic di China
Model Enjin Puncak Kuasa Transmisi
MG 5 1.5-liter
4-silinder
Turbo
173 PS, 275 Nm 7 DCT
Honda 
Civic
1.5-liter
4-silinder
Turbo
179 PS, 220 Nm CVT

Perbandingan kuasa memperlihatkan MG 5 hanya 6 PS dalam aspek kuasa kuda tetapi perbezaan tork lebih ketara pada 55 Nm! Perlu diingatkan juga, ia menggunakan transmisi DCT!

Potensi MG 5 sebenar - lebih berkuasa dari Honda Civic, hanya 3/4 harga Civic! 02

Selain aspek trenkuasa dan spesifikasi, lihat juga rekaan MG 5 ini.

Ia kelihatan sangat menarik dan moden, tiada sebarang rekaan konvensional pada kenderaan ini. Penampilannya cukup memberikan keunikan yang tersendiri. Rekaan bumper hadapan dan belakang sangat menarik di samping garis badan yang beralun - suatu ciri premium pada sebuah sedan segmen C.

Potensi MG 5 sebenar - lebih berkuasa dari Honda Civic, hanya 3/4 harga Civic! 03

Civic FC

Walaubagaimanapun, Honda Civic FC generasi sekarang akan dikemaskini dengan generasi FE yang lebih baharu tidak lama lagi. Apa pendapat anda, adakah MG 5 lebih cantik berbanding Honda Civic FC dan FE?

Potensi MG 5 sebenar - lebih berkuasa dari Honda Civic, hanya 3/4 harga Civic! 04

Civic FE

Walaupun baru sahaja dilancarkan di Thailand, tidak mustahil sekiranya MG 5 turut ditawarkan di Malaysia. MG juga pernah mengumumkan bahawa Thailand akan menjadi hub ASEAN untuk mereka.

Di Malaysia, beberapa model MG HS dan MG ZS EV telahpun diintip di sini. Ia memberi petanda yang positif untuk MG membuka jaringan pengedar di sini.

Namun, disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini, rancangan tersebut mungkin ditunda atau telah dibatalkan. Setakat ini, tiada sebarang pengumuman rasmi daripada MG sendiri. Sebelum ini juga, kami pernah menguji MG ZS EV secara peribadi pada tahun 2020.

Bacaan Lanjut:

2021 MG 5 dipratonton di Thailand untuk lawan Civic & Altis! RM 77 - RM 103k, 119 PS 150 Nm

MG HS lebih laris dari Honda CR-V di Thailand, pegang 30% pegangan pasaran tahun 2020!

MG: Thailand sebagai hub ASEAN, pelancaran di Malaysia pada tahun 2021?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda