window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Potong stim: Toyota RAV4 2020, berbaloi tak bayar RM 40k lebih dari CR-V?

Zamil Syaheer · Jul 3, 2020 04:00 PM

Potong stim: Toyota RAV4 2020, berbaloi tak bayar RM 40k lebih dari CR-V? 01

Baru-baru ini saya telah meluangkan masa menguji pandu Toyota RAV4 2020 di acara uji pandu media. RAV4 ini hadir sebagai pencabar utama kepada Honda CR-V dan Mazda CX-5.

Didatangkan dengan enjin Dynamic Force berseseran 2.0 dan 2.5 liter termasuklah platform TNGA-K yang sama dengan Corolla Altis dan Camry, memang mantap Toyota RAV4 ini.

Potong stim: Toyota RAV4 2020, berbaloi tak bayar RM 40k lebih dari CR-V? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun begitu, kami faham pembeli kereta di Malaysia sangat sensitif dengan harga kereta. Yelah, Toyota RAV4 ini bermula pada harga RM 196,500 (tanpa SST) untuk varian 2.0L, dan naik ke RM 215,700 untuk varian 2.5L.

Potong stim: Toyota RAV4 2020, berbaloi tak bayar RM 40k lebih dari CR-V? 01

Varian teratas Honda CR-V dan Mazda CX-5 jauh lebih murah dari itu, dengan CR-V beharga RM 175,900 dan CX-5 pada RM 181,660 (tanpa cukai SST juga).

Potong stim: Toyota RAV4 2020, berbaloi tak bayar RM 40k lebih dari CR-V? 02

Kita boleh berdebat tentang betapa ketinggalan zaman struktur cukai negara kita sampai dunia berakhir, tapi kita harus memberi pujian terhadap usaha Honda dan Mazda untuk menjual kereta mereka pada harga yang lebih kompetitif.

Potong stim: Toyota RAV4 2020, berbaloi tak bayar RM 40k lebih dari CR-V? 03

Sesetengah pembeli tidak kisah membayar lebih untuk memiliki RAV4, tapi pada yang inginkan kereta yang setimpal pada harga RM 200,000 ke atas, baik tambah RM 9,000 dah beli BMW X1 pada harga RM 225,410 (tanpa cukai SST).

Potong stim: Toyota RAV4 2020, berbaloi tak bayar RM 40k lebih dari CR-V? 04

Kualitinya tidak menggambarkan harga RM 200,000.

Bukan kami nak kata BMW X1 ini lebih baik dari RAV4 kerana ia lebih kecil dan kurang praktikal, tapi terus-terang kami katakan anda membeli BMW sebab imej dan status jenamanya yang gah. Cuba fikir, kalau nak belanja wang sebanyak RM 200,000, anda nak beli Toyota ke atau kereta yang jauh lebih mewah dan kena dengan harganya?

Usahlah menipu dengan diri sendiri.

Potong stim: Toyota RAV4 2020, berbaloi tak bayar RM 40k lebih dari CR-V? 05

Interiornya pula tidak terasa seperti sebuah kereta yang berharga RM 200,000. Jika anda pernah duduk didalam Corolla Altis terbaharu, perasaannya sama seperti itu. Sebab itu dalam rebiu tempoh hari kami ada nyatakan bahawa interiornya terasa seperti kereta bawah RM 150,000.

Jika ada inginkan interior yang terasa jauh lebih mahal dari RM 200,000, cuba duduk di dalam Mazda CX-5.

Potong stim: Toyota RAV4 2020, berbaloi tak bayar RM 40k lebih dari CR-V? 06

Ruangan kaki dan kepala cukup luas untuk penumpang, namun sebaliknya untuk ruang penyimpanan didalam kabin. Saiz lubang cubby di sisi pintu dan konsol tengah baik, tetapi Honda memang juara bab saiz dan ruang penyimpanan didalam kabin.

Potong stim: Toyota RAV4 2020, berbaloi tak bayar RM 40k lebih dari CR-V? 07

Yang membuatkan RAV4 ini lagi baik dari kedua CR-V dan CX-5 ialah ruang but yang terbaik dalam kelas dengan 580 liter.

Potong stim: Toyota RAV4 2020, berbaloi tak bayar RM 40k lebih dari CR-V? 08

Senang cerita, anda perlu uji pandu RAV4 dan alami tahap kawalan dan keselesaan yang terbaik dalam segmennya untuk memahami apa yang menarik tentang SUV ini. Barulah anda tahu nilai RM 200,000 tersebut. Malah tidak keterlaluan jika kami nyatakan yang ia jauh lebih baik dari CX-5 (apatah lagi CR-V) yang merupakan driver focused SUV.

Potong stim: Toyota RAV4 2020, berbaloi tak bayar RM 40k lebih dari CR-V? 09

Di dalam dunia yang sempurna, kami berpendapat bahawa SUV segmen C yang ideal menggabungkan eksterior, interior & transmisi dari CX-5, praktikaliti & ruang CR-V, dan akhir sekali platform TNGA dan enjin Dynamic Force dari RAV4.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Toyota RAV4 2.0L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda