window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Potong Stim: Volkswagen Tiguan memang best, tapi suspension kena lebih lentur lagi

Mersita · Jul 24, 2020 05:00 PM

Potong Stim: Volkswagen Tiguan memang best, tapi suspension kena lebih lentur lagi 01

Memang tak dinafikan, Volkswagen Tiguan ialah SUV yang amat cemerlang. Tak kiralah sebagai kereta kegunaan harian atau peluncur bangga di lebuhraya. Tapi, sama seperti mana-mana kereta di atas muka bumi ini, ia tidaklah sempurna.

Bagi mereka yang memang hendakkan kereta dilengkapi Advanced Driver-Assistance Systems (ADAS), mungkin sedari awal lagi dah 'cancel' VW Tiguan. Ia memang tiada brek kecemasan berautonomi mahupun pengesan titik-buta.

Potong Stim: Volkswagen Tiguan memang best, tapi suspension kena lebih lentur lagi 02

Tapi bagi sesetengah orang, ADAS bukanlah sesuatu yang wajib ada bila memilih kereta. Ya, ia memang popular zaman sekarang. Tapi, tak semua kereta ada sistem ADAS yang betul-betul terbukti berkesan dan betul-betul membantu pemandu untuk mengelak orang melintas jalan, contohnya. Canggih macam mana sekalipun, kenapa masih ada kereta mahal yang lengkap itu ini tapi masih dipandu macam orang gila? Tanggungjawab masing-masing ya, gais.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Inilah sebabnya kenapa ‘potong stim’ Tiguan bagi saya ialah suspensionnya yang agak menghampakan. Apabila dipandu di jalan berselekoh dan bergantung pada kelajuan, ia boleh membuatkan pemandu terasa tidak begitu selesa.

Potong Stim: Volkswagen Tiguan memang best, tapi suspension kena lebih lentur lagi 01

Ia jadi lebih kekok apabila tayar dipam dengan tekanan “normal” pada 260 kPa. Menurunkannya kepada tekanan “selesa” iaitu 230 kPa membuatkan pemanduan Tiguan terasa lebih bagus. Akan tetapi, Tiguan masih tidak dapat dikendali dengan baik pada pelbagai keadaan jalan yang rumit seperti Proton X70, contohnya.

Potong Stim: Volkswagen Tiguan memang best, tapi suspension kena lebih lentur lagi 02

Tapi, tunggu dulu. Ini bukanlah bermaksud kualiti perjalanan VW Tiguan sangat teruk. Ia cuma tidak dapat mengendalikan keadaan jalan yang teruk seperti jangkaan umum terhadap SUV.

Dari sudut positif pula, pengendalian Tiguan cukup bagus. Ia tidak begitu membuai dan ia terasa cekap dipandu sama seperti kebanyakan model-model Volkswagen yang dibina berlandaskan platform MQB. Kalaulah ia lentur lebih sedikit ketika dipandu di selekoh, tetapan SUV yang satu ini boleh jadi cukup sempurna.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Volkswagen Tiguan 1.4TSI Highline

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda