window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PPN: Nilai ambang Fasa 2 akan dikaji mengikut negeri dengan kes rendah

Mersita · Jul 1, 2021 08:30 PM

PPN: Nilai ambang Fasa 2 akan dikaji mengikut negeri dengan kes rendah 01

Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kerajaan akan mengkaji nilai ambang bagi peralihan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengikut kes harian direkodkan oleh negeri masing-masing.

Beliau berkata adalah tidak adil untuk negeri-negeri yang mempunyai kes rendah untuk terus berada di nilai ambang yang sama seperti negeri-negeri dengan rekod kes tinggi.

“Perlis misalnya, dia dua digit, malah kadang-kadang satu digit pun satu hari tapi kerana Selangor menyumbang kes yang besar dan masih diletakkan dalam Fasa 1, sepatutnya mungkin dibolehkan pindah ke Fasa 2 dan Fasa 3," kata beliau.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

PPN: Nilai ambang Fasa 2 akan dikaji mengikut negeri dengan kes rendah 01

Beliau memaklumkan yang pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang membuat perincian dan pihak mereka juga sudah ada cadangan. Perbincangan juga sudah dibuat dalam mesyuarat sidang khas MKN.

Untuk beralih ke Fasa 2, ada beberapa indikator yang perlu dicapai – antaranya kes harian haruslah mencecah kurang daripada 4,000 kes, penggunaan katil di wad ICU mestilah berada di paras sederhana, dan kadar vaksinasi harus mencecah 10% populasi.

PPN: Nilai ambang Fasa 2 akan dikaji mengikut negeri dengan kes rendah 02

Peralihan ke Fasa 2 yang antaranya akan melibatkan kelonggaran dari segi perluasan senarai sektor yang dibenarkan beroperasi pada mulanya diramal berlaku pada awal Julai.

Namun, pada 27 Jun lalu, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan negara masih belum dapat mencapai nilai ambang yang diharapkan. Oleh itu, Fasa 1 akan diteruskan sehingga indikator yang ditetapkan boleh dicapai.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda