window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Prebiu Chery Tiggo 4 Pro - pesaing HR-V pada harga bawah RM 100k, baru ada "fight"?

Haris · Oct 28, 2022 11:59 AM

Prebiu Chery Tiggo 4 Pro - pesaing HR-V pada harga bawah RM 100k, baru ada

  • Mungkin disasarkan sekitar RM100k harga permulaan untuk SUV pengenalan dari Chery ini
  • Enjin 1.5 liter pengecas turbo dengan 147 PS dan 210 Nm, dipadankan dengan CVT
  • Android Auto dan Apple CarPlay standard

Disasarkan untuk menjadi SUV paling berpatutan dari Chery Malaysia, prebiu Chery Tiggo 4 Pro telah memberikan pandangan yang mengagumkan. SUV ini merupakan pesaing segmen-B seperti Honda HR-V.

Di Afrika Selatan di mana model itu sedang dijual, Chery Tiggo 4 Pro berharga antara ZAR 269,900 (~RM 70k) hingga ZAR 359,900 (~RM 93k), jauh lebih murah daripada Honda HR-V di sana (ZAR 469,000 / ~RM 123k hingga ZAR 554,500 / ~RM 145k). Kedua-dua Tiggo 4 Pro dan HR-V yang dijual di Afrika Selatan adalah model import (CBU).

Prebiu Chery Tiggo 4 Pro - pesaing HR-V pada harga bawah RM 100k, baru ada

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Projek pemasangan tempatan (CKD) untuk Chery masih belum diumumkan justeru masih tidak jelas sama ada Chery Tiggo 4 Pro mampu menandingi harga Honda HR-V di Malaysia seperti di pasaran luar.

Chery Tiggo 4 Pro adalah sebahagian daripada prebiu model yang diadakan oleh Chery Malaysia, pasukan pengurusan baharu yang bertanggungjawab ke atas rangkaian pengedaran tersebut. Walau bagaimanapun, tidak seperti Omoda 5 yang merupakan prebiu statik sahaja, Tiggo 4 Pro boleh dipandu uji dan ini adalah pandangan awal kami terhadapnya.

Baca: Lupakan Eastar dahulu, Chery pratonton Omoda 5 & SUV Tiggo 4 Pro, 7 Pro & 8 Pro di Malaysia

Prebiu Chery Tiggo 4 Pro - pesaing HR-V pada harga bawah RM 100k, baru ada

Berbeza dengan Omoda 5 yang menarik perhatian, Chery Tiggo 4 Pro kelihatan seperti sebuah SUV konvensional. Walau bagaimanapun, ia masih menawarkan gril hadapan pentagon bertatah berlian, diapit oleh sepasang lampu depan projektor halogen dengan lampu nyalaan siang LED.

Prebiu Chery Tiggo 4 Pro - pesaing HR-V pada harga bawah RM 100k, baru ada

Prebiu Chery Tiggo 4 Pro - pesaing HR-V pada harga bawah RM 100k, baru ada

Perincian reka bentuk SUV tipikal seperti elemen plat gelincir di sekeliling bahagian hadapan dan belakang, rel bumbung dan pelapisan plastik menghiasi Chery Tiggo 4 Pro secara amnya. Rim 17-inci berbilang jejari disudahi dengan warna kelabu gelap dan dibalut dengan tayar berprofil 215/60R17.

Prebiu Chery Tiggo 4 Pro - pesaing HR-V pada harga bawah RM 100k, baru ada

Walaupun ia disasarkan sebagai SUV peringkat pengenalan, bahagian dalam Chery Tiggo 4 Pro adalah kabin yang terasa sangat baik untuk dihuni. Chery Tiggo 4 Pro yang dipandu uji merupakan unit pra-pengeluaran, secara kebetulan, menawarkan trim sentuhan lembut yang bagus dengan jahitan yang merentasi papan pemuka.

Prebiu Chery Tiggo 4 Pro - pesaing HR-V pada harga bawah RM 100k, baru ada

Sistem maklumat hiburan 10.25-inci menjadi fokus di konsol tengah, hadir dengan sokongan untuk Apple CarPlay dan Android Auto. Perincian lain yang terletak di dalam kabin termasuk tempat duduk pemandu boleh laras kuasa 6-hala, brek letak kereta elektrik dengan pegangan automatik, penyaman udara automatik dwi-zon dan gugusan instrumen digital 7-inci.

Bayangkan kesemua ini untuk harga yang lebih murah daripada HR-V?

Prebiu Chery Tiggo 4 Pro - pesaing HR-V pada harga bawah RM 100k, baru ada

Prebiu Chery Tiggo 4 Pro - pesaing HR-V pada harga bawah RM 100k, baru ada

Lebih penting lagi, kualiti Chery Tiggo 4 Pro yang kami rasai sebenarnya melangkaui ciri dan spesifikasi di atas kertas. Tempat duduknya terasa sangat mewah dan selesa, manakala titik sentuh utama menggunakan bahan sentuhan lembut atau plastik yang lebih berkualiti.

Prebiu Chery Tiggo 4 Pro - pesaing HR-V pada harga bawah RM 100k, baru ada

Di sebalik tayar hadapan, Chery Tiggo 4 Pro memecut dan tiba pada kelajuan tinggi dengan agak mudah, memandangkan enjin 4-silinder 1.5 liter pengecas turbonya mampu menghasilkan 147 PS dan 210 Nm – angka yang sihat untuk SUV sebesar ini.

Baca: Geely kata kita tak layak dapat Boyue Pro tapi Chery pula hanya akan tawar model 'Pro' untuk Malaysia!

Prebiu Chery Tiggo 4 Pro - pesaing HR-V pada harga bawah RM 100k, baru ada

Hasil daripada sterengnya yang ringan, mengemudi Tiggo 4 Pro tidak memerlukan terlalu banyak usaha. Walau bagaimanapun, Chery Tiggo 4 Pro ini mula menunjukkan bahawa ini SUV tahap pengenalan berdasarkan dalam tahap NVH dan keselesaan pemanduannya namun masih setanding dengan pesaing segmen ini.

Prebiu Chery Tiggo 4 Pro - pesaing HR-V pada harga bawah RM 100k, baru ada

Walaupun masa yang dihabiskan dengan Tiggo 4 Pro agak singkat, kebanyakannya komen yang boleh ditujukan berada pada sisi positif untuk SUV peringkat pengenalan ini.

Jika Chery Tiggo 4 Pro menjadi model permulaan Chery Malaysia, SUV kompak itu boleh dijual pada harga sekitar RM100k. Jangan lupa, saingan SUV yang diimport (CBU) dari China iaiatu GAC GS3 Power (kenalkah anda SUV ini?) juga berharga di bawah paras RM 100k (RM 88k hingga RM 96k).

Baca: GAC GS3 dilancarkan - dari RM 88k, model pertama GAC di Malaysia & bakal saing Proton X50

Prebiu Chery Tiggo 4 Pro - pesaing HR-V pada harga bawah RM 100k, baru ada

Berdasarkan sesi ringkas 10 minit itu, kami percaya bahawa Proton X50 masih mempunyai sedikit kelebihan dari segi perincian yang lebih bagus secara keseluruhan. Walaubagaimanapun jika dibandingkan dengan SUV China yang dijual secara rasmi iaitu GAC GS3 Power, Chery Tiggo 4 Pro dengan mudah menewaskannya dari segi kuasa, keselesaan pemanduan dan ciri kelengkapan.

Rebiu yang lebih mendalam akan dilakukan selepas pelancaran Chery Tiggo 4 Pro di Malaysia. Adakah anda berminat untuk mendapatkannya? Tunggu ulasan kami kelak.

Baca: Chery akan buka operasi CKD di Malaysia, harga SUV Tiggo Pro akan lebih kurang Proton

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda