window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak!

Haris · Jul 30, 2022 06:00 PM

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 01

Honda Civic e:HEV 2022 ialah varian hibrid bagi Civic yang bakal menyusul ke Malaysia, mungkin tidak lama lagi. Ketika ini, paling dekat ia ditawarkan adalah di Thailand justeru dengan sedikit pengetahuan dan perkongsian daripada rakan media di sana, mari kita lihat apa yang menariknya model ini.

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 02

Untuk pasaran Thailand, Honda menawarkan dua varian Civic e:HEV iaitu: EL+ dan RS. Kedua-duanya diposisikan sebagai 2 varian teratas bagi rangkaian Civic di negara itu. Harga bagi model tersebut adalah seperti berikut: 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • e:HEV EL+: THB 1,129,000 (~ RM 137k)
  • e:HEV RS: THB 1,259,000 (~ RM 153k)

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 01

Honda Civic e:HEV dikuasakan oleh unit yang sama yang terdapat pada Accord e:HEV. Enjin 4-silinder 2.0 liter DOHC kitaran Atkinson (141 PS/182 Nm) aspirasi semula jadi yang dipasangkan dengan sepasang motor elektrik dengan magnet kekal segerak.

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 02

Output sistem gabungan Honda Civic e:HEV ialah 184 PS dan 315 Nm, menjadikannya lebih berkuasa daripada Honda Civic pengecas turbo. Sebagai perbandingan, Honda Civic pasaran Malaysia menghasilkan 182 PS dan 240 Nm - puncak kuasa paling tinggi untuk enjin 1.5 liter turbocaj di ASEAN.

Angka kuasa tersebut jelas, Honda Civic e:HEV hibrid sedikit lebih berkuasa daripada varian biasa, malah ditambah dengan penjimatan minyak yang lebih berkesan.

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 03

Honda Civic e:HEV tidak mempunyai kotak gear, sekurang-kurangnya bukan kotak gear konvensional kerana kenderaan itu hampir keseluruhannya dipandu dengan motor elektrik. Dalam erti kata lain, sukar penasihat jualan untuk menjelaskan hal ini kepada pelanggan justeru Honda dengan mudah merujuknya sebagai transmisi E-CVT.

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 04

Honda mendakwa Civic e:HEV mempunyai kadar kecekapan bahan api serendah 4.0 liter/100 km (25 km/liter), jauh lebih rendah daripada 6.0 liter/100km yang didakwa untuk Civic 1.5L versi turbo.

Baca: Honda Civic (FE) 2022 dilancarkan dari RM 126k - 1.5 Turbo VTEC, Honda Sensing, paling 'power' di ASEAN!

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 05

Secara teori, Honda Civic e:HEV boleh bergerak sehingga 1,000 km sebelum perlu mengisi minyak - suatu angka yang pastinya menggiurkan oleh pengguna yang kerap melakukan perjalanan jauh. Mungkin sekali, ini adalah ciri utama mengapa pelanggan akan memilihnya.

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 06

Varian EL+ ditawarkan dalam dua pilihan warna untuk kabin dan kemasan dalaman iaitu, hitam dan 'greige' - seperti yang dapat dilihat di bawah. Varian RS yang lebih tinggi pula mendapat kemasan upholsteri baldu-kulit sintetik berwarna hitam.

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 07

Sistem infotainmen dalam varian EL+ dan RS menampilkan sistem audio Advanced dengan skrin sesentuh 9-inci bersama sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 08

Sebagai sebuah Honda, tentulah ia mementingkan praktikaliti dalaman. Tempat duduk belakang boleh dilipat 60:40 untuk memudahkan pengguna membawa barang yang lebih panjang.

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 09

Untuk pasaran Thailand, hanya varian Honda Civic e:HEV mendapat corong penyaman udara bahagian belakang. Di Malaysia, kesemua varian Honda Civic FE menerima penyaman udara belakang ini secara standard.

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 10

Varian RS menambahkan seri dengan jahitan kontras merah di keseluruhan bahagian dalam. Civic pasaran Malaysia turut mengenakan padanan warna yang sama untuk varian tersebut.

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 11

Pengecasan telefon pintar tanpa wayar dalam varian RS.

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 12

Varian RS sekali lagi secara eksklusif mendapat paparan gugusan meter instrumen TFT 10.2-inci digital sepenuhnya.

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 13

Tidak dilupakan juga, Honda Civic pasaran Thailand mendapat kunci berbentuk kad yang nipis dan praktikal. Ramai yang mencemburui ciri ini. Adakah ia berkemungkinan hadir sebagai ciri canggih untuk model facelift kelak?

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 14

Skrin pada bahagian tengah papan pemuka Honda Civic e:HEV menunjukkan paparan grafik mengenai status masa nyata mengenai apa yang dilakukan oleh rangkaian kuasa pada setiap masa.

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 15

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 16

Untuk pasaran Thailand, varian EL+ menerima tayar 17-inci (seperti yang ditunjukkan di atas, warna kelabu) manakala varian RS yang mendahului varian menerima tayar dwi-tona 18-inci.

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 17

Varian Honda Civic e:HEV EL+ dan RS kedua-duanya menerima suite ADAS Honda Sensing penuh, termasuk:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Adaptive Cruise Control dengan Low Speed Follow (ACC with LSF)
  • Road Departure Mitigation System dengan Lane Departure Warning (RDM + LDW)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Auto High-beam System (AHS). 

Fungsi baharu untuk suite Honda Sensing ini adalah Lead Car Departure Notification system (LCDN).

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 18

Varian Civic e:HEV di Thailand ini juga menambah Acoustic Vehicle Alerting System (AVAS) yang akan mengeluarkan bunyi amaran untuk memberitahu orang awam di luar kenderaan yang berdekatan apabila ia bergerak semasa dalam Mod Pemanduan EV. Kalau guna mod ini, memang senyap kereta jadi tentulah membahayakan orang sekeliling.

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 19

Semua varian Honda Civic ditawarkan dengan jaminan perbatuan 3 tahun/100,000 km di Thailand. Varian Civic e:HEV juga disokong oleh waranti perbatuan 5 tahun/tanpa had untuk unit hibrid dan waranti perbatuan 10 tahun/tanpa had untuk unit bateri sahaja.

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 20

Untuk makluman, terdapat rancangan oleh Honda Malaysia untuk memasang Honda Civic e:HEV secara tempatan (CKD) di Malaysia. Perancangan ini jika dilaksanakan, bakal menyaksikan Honda Civic FE sebagai Civic dengan trenkuasa hibrid pertama yang dipasang di kilang Honda, Pegoh.

Baca: Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam'

Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak! 21

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda