window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Prebiu: Ora Good Cat bakal dilancarkan di Malaysia pada Nov ini, harga sekitar RM 150k?

Haris · Nov 20, 2022 12:00 PM

Prebiu: Ora Good Cat bakal dilancarkan di Malaysia pada Nov ini, harga sekitar RM 150k? 01

  • Rekaan yang lain dari yang lain
  • Persembahan kabin dalaman hebat tetapi kurang praktikal
  • Pemanduan yang sedikit keras

Beberapa minggu lalu, Great Wall Motor (GWM) telah mengadakan acara pandu uji media untuk model kenderaan elektrik (EV) kompak milik syarikat itu iaitu Ora Good Cat. Kami telah berpeluang mencubanya untuk berkongsi dengan anda pandang pertama mengenai EV tersebut.

Prebiu: Ora Good Cat bakal dilancarkan di Malaysia pada Nov ini, harga sekitar RM 150k? 02

Perkara pertama yang menjadi taruhan Ora Good Cat sudah tentulah rekaannya yang kelihatan retro. Aspek ini sangat menonjol bagi orang ramai dan pandu uji kami mendapati bahawa ia menarik perhatian ke mana-mana tempat yang dipandu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Prebiu: Ora Good Cat bakal dilancarkan di Malaysia pada Nov ini, harga sekitar RM 150k? 01

Di bahagian belakang, ia kelihatan seperti kehilangan set lampu belakang tetapi sebenarnya lampu belakang disepadukan ke bahagian bawah tingkap belakang sebagai jalur lampu lebar sepenuhnya. Tentunya ini suatu pilihan reka bentuk yang banyak dipersoalkan.

Prebiu: Ora Good Cat bakal dilancarkan di Malaysia pada Nov ini, harga sekitar RM 150k? 02

Rim 18-inci mengisi gerbang dengan baik tetapi profil tayarnya yang agak nipis menjejaskan kualiti tunggangan, akan kami jelaskan selepas ini.

Prebiu: Ora Good Cat bakal dilancarkan di Malaysia pada Nov ini, harga sekitar RM 150k? 03

Bahagian kabin dalamannya agak menyenangkan mata, namun terasa bukan sesuatu idea yang original. Ia mempunyai sedikit "inspirasi" daripada rekaan Mercedes-Benz, MINI (gear suis di tengah papan pemuka), dan juga Kia. Walaupun kualiti bahan tidak berada pada tahap jenama yang dicadangkan tadi, ia masih boleh diterima.

Prebiu: Ora Good Cat bakal dilancarkan di Malaysia pada Nov ini, harga sekitar RM 150k? 04

Walaubagaimanapun, rekaan yang berani ini tidak mampu diterjemahkan kepada praktikaliti. Terasa sedikit mengecewakan untuk mengoperasikan Ora Good Cat ini. Keluhan terbesar mungkin hadir daripada tiada kawalan fizikal untuk penyaman udara. Butang pemilihan mod pemanduan juga berada di lokasi yang sedikit ganjil, diletakkan pada papan pemuka di sebelah kanan stereng.

Prebiu: Ora Good Cat bakal dilancarkan di Malaysia pada Nov ini, harga sekitar RM 150k? 05

Melakukan tatalan untuk eksplorasi kluster instrumen digital terbukti agak sukar. Kami mendapati bahawa anda perlu menekan butang "ok" pada stereng selama beberapa saat sebelum butang lain boleh melakukan apa-apa. Bayangkan ini seperti sebuah butang "locked" pada telefon pintar anda.

Prebiu: Ora Good Cat bakal dilancarkan di Malaysia pada Nov ini, harga sekitar RM 150k? 06

MINI?

Akhir sekali, tiada pelarasan teleskopik untuk stereng. Pada anggaran harganya sekitar RM 150k, ini adalah satu dosa dan mengakibatkan kedudukan pemanduan yang kurang selesa untuk individu yang tinggi.

Prebiu: Ora Good Cat bakal dilancarkan di Malaysia pada Nov ini, harga sekitar RM 150k? 07

Tiada cara pantas untuk kawalan A/C

Dari segi pemanduan, ia bukan kereta elektrik EV yang paling diperhalusi dalam pasaran, di mana bunyi tayar dan bunyi luaran meresap ke dalam kabin. Pemanduan terasa sangat ringan tanpa maklum balas sama sekali, namun kebanyakan pembeli mungkin tidak kisah dengan dinamik pemanduan ini. Brek tidak begitu mantap, terasa kurang padu dari pengalaman pemanduan biasa kerana sistem regeneratif.

Prebiu: Ora Good Cat bakal dilancarkan di Malaysia pada Nov ini, harga sekitar RM 150k? 08

Penghantaran kuasa adalah progresif. Ia tidak akan mematahkan leher anda seperti Tesla (angka output ialah 143 PS/210 Nm) tetapi ia lebih daripada cukup untuk pemanduan harian.

Prebiu: Ora Good Cat bakal dilancarkan di Malaysia pada Nov ini, harga sekitar RM 150k? 09

Kualiti keselesaan pemanduan berada pada tahap yang sedikit keras. Bonggol jalan besar biasa terasa lancar namun pemanduan sekunder di bahagian selekoh yang lebih tajam dan keadaan jalan raya berlubang terasa keras kerana ia cenderung untuk menghantar kejutan ke kabin.

Rim 18-inci mungkin menjadi faktor utama karakter pemandian ini dan profail tayar dengan dinding sisi yang lebih besar boleh membantu. Secara keseluruhan, ia masih selesa walaupun tidak seenak kenderaan konvensional.

Prebiu: Ora Good Cat bakal dilancarkan di Malaysia pada Nov ini, harga sekitar RM 150k? 10

Begitulah tanggapan awal kami tentang Ora Good Cat. Sebagai perbandingan, Hyundai Kona Electric adalah kenderaan elektrik paling murah dalam pasaran sekarang pada harga RM 156,538 dengan tawaran rekaan luar dan dalam yang jauh lebih menarik.

Apa yang tinggal sekarang ialah menunggu harga rasminya pada pelancaran yang akan berlaku akhir bulan ini. Nantikan lebih lanjut.

Baca: Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 ORA Good Cat 400 Pro

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia