window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Presiden Jokowi pilih Toyota bZ4X sebagai salah satu kereta rasmi ASEAN Summit 2023 di Indonesia

Faisal Β· Apr 19, 2023 07:00 AM

Presiden Jokowi pilih Toyota bZ4X sebagai salah satu kereta rasmi ASEAN Summit 2023 di Indonesia 01

Presiden TAM dan Setiausaha Kementerian Kerajaan Negeri Indonesia, Setya Utama turut hadir dalam acara penyerahan.

Toyota bZ4X nampaknya akan menjadi salah satu daripada kereta rasmi buat persidangan ASEAN Summit 2023 yang akan berlangsung dari 9 - 11 Mei 2023 di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur.

Presiden Jokowi pilih Toyota bZ4X sebagai salah satu kereta rasmi ASEAN Summit 2023 di Indonesia 02

Menurut Setiausaha Kementerian Sekretariat Kerajaan Negeri Indonesia, Setya Utama, bilangan Toyota bZ4X yang terlibat adalah sebanyak 65 unit dan ia ditugaskan untuk membawa delegasi dari pelbagai negara ke Summit ke-46 itu. Untuk makluman anda, EV tersebut dipinjamkan oleh PT Toyota Astra Motor (TAM) dan mendapat kelulusan dari Presiden Jokowi kerana ia menepati aspek penggunaan serta mencerminkan hala tuju yang Indonesia ingin ketengahkan.

Juga bacaMaju jauh ke depan, Toyota Indonesia sertai usaha elektrifikasi dengan pelancaran xEV Centre

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Presiden Jokowi pilih Toyota bZ4X sebagai salah satu kereta rasmi ASEAN Summit 2023 di Indonesia 01

Jelas Setya dalam acara penyerahan kereta rasmi buat ASEAN Summit 2023, β€œToyota bZ4X sesuai dengan keadaan geografi di Labuan Bajo yang mana ia merangkumi jalan yang berliku-liku dan banyak naik turun bukit. Lagi satu, kereta itu hanya menggunakan bateri. Jadi, isu yang melibatkan alam sekitar memang tiada langsung.”

Dalam masa yang sama, Toyota Indonesia akan menyediakan beberapa jurutektik beserta 12 pusat mengecas untuk memberikan pengalaman pengangkutan yang menyeluruh kepada para delegasi.

Juga bacaPandang pertama EV Toyota bZ4X spesifikasi Malaysia - dilancarkan tak lama lagi?

Sumber: AutoFun ID

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota bZ4X Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia