window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Prinsipal pasukan Aprilia MotoGP, Fausto Gresini maut angkara Covid-19

Khairil ยท Feb 25, 2021 09:00 AM

Prinsipal pasukan Aprilia MotoGP, Fausto Gresini maut angkara Covid-19 01

Selepas hampir dua bulan berjuang susulan jangkitan Covid-19, bos pasukan Aprilia MotoGP, Fausto Gresini akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Itali, umum pasukannya.

Gresini, 60 yang juga bekas pelumba dan juara dunia dalam kelas 125 cc dijangkiti virus Covid-19 pada penghujung Disember lalu dan diletakkan dalam Unit Rawatan Rapi di Hospital Maggiore Carlo Alberto Pizzardi di Bologna.

Prinsipal pasukan Aprilia MotoGP, Fausto Gresini maut angkara Covid-19 02

Sumber imej: Facebook MotoGP

Pasukan perubatan terpaksa meletakkannya dalam keadaan koma pada satu ketika dan meskipun situasinya bertambah baik selepas itu dan sedar, dia kembali diletakkan dalam keadaan koma berikutan komplikasi terhadap jangkitan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beberapa hari lalu, pasukannya mengambarkan keadaan kesihatannya berada pada tahap kritikal dan selepas berita kematiannya dinafikan ahli keluarganya pada Isnin, kenyataan terbaharu daripada pasukannya semalam akhirnya mengesahkan Gresini kini sudah tiada.

Prinsipal pasukan Aprilia MotoGP, Fausto Gresini maut angkara Covid-19 01

"Berita yang kami tidak pernah mahu berikan, dan malangnya kami terpaksa untuk berkongsi dengan kamu semua. Selepas hampir dua bulan berjuang menentang Covid, Fausto Gresini meninggal dunia, beberapa hari selepas mencecah usia 60 tahun," umum pasukan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif promoter Kejuaraan Motosikal Dunia, Dorna, Carmelo Ezpeleta merakamkan ucapan takziah. "Memorinya sentiasa akan berada bersama kami selamanya."

Prinsipal pasukan Aprilia MotoGP, Fausto Gresini maut angkara Covid-19 02

Sepanjang 12 tahun bergelar pelumba Grand Prix dan menghabiskan kariernya dalam kelas 125 cc, Gresini berjaya merangkul dua gelaran dunia pada 1985 dan 1987 dengan merekodkan 31 kemenangan sebelum berpindah ke arena pengurusan pada 1997.

Pasukannya memenangi tiga gelaran dunia iaitu dalam kelas 250 cc menerusi pelumba Jepun, Daijiro Kato, mahkota dunia Moto2 bersama Toni Elias dan terbaru gelaran dunia Moto3 pada 2018 bersama Jorge Martin.

Prinsipal pasukan Aprilia MotoGP, Fausto Gresini maut angkara Covid-19 03

Dalam kelas elit MotoGP, pasukannya memenangi lapan perlumbaan sebagai pasukan satelit Honda bersama Sete Gibernau, Marco Melandri (5) dan Elias (1).

Sentiasa dikenali sebagai pengurus yang rapat dengan pelumba, Gresini berdepan episod malang apabila dia kehilangan dua pelumbanya akibat kemalangan di litar iaitu Daijiro Kato (2003) dan Marco Simoncelli (2011) di Sepang.

Prinsipal pasukan Aprilia MotoGP, Fausto Gresini maut angkara Covid-19 04

Pasukannya menjadi pasukan utama Aprilia MotoGP pada penghujung 2014 di mana perjanjian itu bakal berakhir pada penghujung musim ini dengan Gresini merancang untuk terus beraksi dalam ketiga-tiga kelas sebagai pasukan persendirian.

Takziah dari kami di WapCar.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda