window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Produksi kereta & pengedaran Honda Malaysia diteruskan dengan kadar vaksinasi 80%

Faisal · Sep 10, 2021 03:00 PM

Produksi kereta & pengedaran Honda Malaysia diteruskan dengan kadar vaksinasi 80% 01

Honda Malaysia telah mengumumkan kempen proaktif “I’m Vaccinated” untuk memberi jaminan terhadap keselamatan pelanggan dan pengedar Honda di seluruh negara. Syarikat itu dan edarannya cukup komited dalam memastikan setiap ahlinya melengkapkan vaksinasi masing-masing.

Setakat ini, 80 peratus daripada keseluruhan wakil jualan Honda telah mendapat vaksin sepenuhnya dan HANYA mereka yang lengkap 2 dos sahaja yang dibenarkan untuk bertugas. Dengan perkembangan yang menggalakkan juga, Honda Malaysia menyasarkan vaksinasi sepenuhnya menjelang Oktober 2021.

Produksi kereta & pengedaran Honda Malaysia diteruskan dengan kadar vaksinasi 80% 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, wakil jualan yang sudah selesai mengambil vaksin dan telah melepasi tempoh 14 hari dari tarikh dos kedua akan diberi lencana dan pelitup muka yang ada logo ‘I Am Fully Vaccinated’ supaya mudah untuk dikenal pasti.

Produksi kereta & pengedaran Honda Malaysia diteruskan dengan kadar vaksinasi 80% 01

Cik Madoka Chujo, Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia.

Selari dengan keutamaan keselamatan dan jaminan untuk semua pihak, syarikat itu akan meneruskan sanitasi dan pembersihan di premis sebagai rutin sepanjang masa.

Dengan bersambungnya aktiviti jualan, Honda Malaysia turut memulakan Government Staff Program yang mana tawaran istimewa buat Honda Jazz dan Honda BR-V diberikan khas untuk pelanggan atau pasangan yang bekerja di sektor kerajaan.

Produksi kereta & pengedaran Honda Malaysia diteruskan dengan kadar vaksinasi 80% 02

Bermula 1 September hingga 31 Oktober 2021, kesemua pelanggan dapat menikmati diskaun istimewa yang bernilai RM 1,000. Pelanggan yang bekerja di sektor kerajaan pula perlu menyediakan salinan surah pengesahan majikan dan kad identiti pekerja untuk proses pengesahan sebelum kereta didaftarkan.

Produksi kereta & pengedaran Honda Malaysia diteruskan dengan kadar vaksinasi 80% 03

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, Honda Malaysia juga telah merasmikan promosi September Special Benefits yang mana ia menawarkan ganjaran yang bernilai sehingga RM 6,000.

Apapun, Honda Malaysia akan terus memantau situasi semasa dan pengumuman kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda