window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Produksi Proton X50 2020 terkesan oleh PKPB, hanya 3,200 unit telah diserah milik

Faisal · Dec 30, 2020 08:00 PM

Produksi Proton X50 2020 terkesan oleh PKPB, hanya 3,200 unit telah diserah milik 01

Produksi buat SUV segmen B yang paling hangat di Malaysia, Proton X50 2020 telah terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan. Kebanyakan pelanggan masih menunggu kereta mereka sejak tempahan dibuka pada 16 September 2020.

Produksi Proton X50 2020 terkesan oleh PKPB, hanya 3,200 unit telah diserah milik 02

Ketua pegawai eksekutif Proton, Encik Roslan Abdullah

Menurut ketua pengarah eksekutif Proton, kelewatan ini berkait rapat daripada kesukaran pembekal untuk menyediakan alatan dan komponen yang diperlukan ketika di dalam tempoh PKPB.

Produksi Proton X50 2020 terkesan oleh PKPB, hanya 3,200 unit telah diserah milik 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beliau turut menjelaskan bahawa pemasangan Proton X50 bergantung kepada 60 pembekal tempatan. Salah satunya terpaksa dihentikan operasi kerana terdapat kluster jangkitan di kawasan tersebut. Perkara ini memberi kesan terhadap rantaian pembekal. Walau apapun, Proton tidak membuat sebarang kompromi kerana mereka ingin mengekalkan kualiti yang dijanjikan kepada pelanggan.

Selain itu, beliau menerangkan bahawa sesentengah peralatan yang diimport juga tiba agak lewat kerana sempadan antarabangsa yang cukup ketat sewaktu tempoh PKPB.

Produksi Proton X50 2020 terkesan oleh PKPB, hanya 3,200 unit telah diserah milik 01

Tempoh PKPB ketika ini dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021.

Produksi Proton X50 2020 terkesan oleh PKPB, hanya 3,200 unit telah diserah milik 02

Apa yang anda lihat disini melibatkan pembekal dan rakan niaga

Walau apapun, syarikat Proton kini giat berunding dengan rakan perniagaan, pembekal, dan pengedar supaya segala urusan berjalan dengan lancar walaupun ketika di dalam tempoh yang mencabar sebegini.

3,200 unit telah diserah milik setakat ini

Produksi Proton X50 2020 terkesan oleh PKPB, hanya 3,200 unit telah diserah milik 03

Untuk maklumat anda, jumlah tempahan buat Proton X50 sudah mencecah 30,000 unit. Angka Ini sebenarnya separuh daripada jumlah tempahan kesemua model yang belum diserah milik. Sehingga kini, seramai 3,200 pemilik telah terima Proton X50 mereka.

Kepada mereka yang telah membuat membuat tempahan, Proton kini giat berusaha untuk menyerahkan hak milik dalam masa 2 bulan ini. Namun begitu, tempahan yang baru dibuat mungkin mengambil masa sehingga 4 bulan sebelum ia pelanggan dapat memilikinya.

Produksi Proton X50 2020 terkesan oleh PKPB, hanya 3,200 unit telah diserah milik 04

Ketahui pandangan jujur dari kami mengenai Proton X50 di sini

Pada awalnya, Proton hanya mensasarkan pendataran Proton X50 sebanyak 4,000 unit sebelum tahun ini berakhir. Tidak sampai seminggu, mereka telah menerima tempahan sehingga 5,000 unit.

Pengecualian cukai SST dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021

Produksi Proton X50 2020 terkesan oleh PKPB, hanya 3,200 unit telah diserah milik 05

Memandangkan kerajaan kini telah melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan SST sehingga 30 Jun 2021, Proton kini boleh meletakkan keutamaan untuk menyerahkan kereta kepada pelanggan secepat yang mungkin.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda