window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Program kesetiaan untuk pemilik Hyundai tawar penjimatan hebat!

Mersita Β· Apr 8, 2021 07:00 PM

Program kesetiaan untuk pemilik Hyundai tawar penjimatan hebat! 01

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru saja melancarkan dua program kesetiaan selepas-jualan terbaharu dipanggil i-Care Plus dan Kad Kesetiaan yang menawarkan diskaun dan barangan percuma secara eksklusif untuk para pelanggan Hyundai.

Program i-Care Plus Hyundai sah hanya untuk kenderaan yang berusia empat tahun keatas dan pelanggan boleh mendaftar untuk program ini di mana-mana pusat servis berdaftar Hyundai di seluruh negara. Dengan hanya RM 20, pelanggan akan diberi enam baucar diskaun yang menawarkan diskaun 10% bagi alat-ganti terpilih, diskaun 5% bagi upah, serta dua botol minyak enjin berserta penapis secara percuma.

Program kesetiaan untuk pemilik Hyundai tawar penjimatan hebat! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Program i-Care Plus hanya sah bagi 35 bulan dari tarikh pembelian dan ia boleh didapati dalam masa terhad bermula dari 1 April.

Kad Kesetiaan pula memberikan kelebihan istimewa yang didatangkan secara automatik dengan pemilikan mana-mana model Hyundai. Kelebihan bagi ahli termasuklah promosi bulanan eksklusif seperti diskaun 20 peratus bagi produk KLIMA Fresh dan BlueChem bagi sepanjang bulan April.

Program kesetiaan untuk pemilik Hyundai tawar penjimatan hebat! 01

Pelanggan juga boleh menikmati kelebihan lain seperti diskaun bulan kelahiran untuk servis selepas-jualan, diskaun bagi merchandise Hyundai serta nilai trade-in lebih tinggi apabila anda membeli sebuah lagi kenderaan Hyundai baharu. Pelanggan sedia ada boleh mendaftar Kad Kesetiaan ini secara percuma di mana-mana Pusat Servis Hyundai Berdaftar di seluruh negara. Kemaskini produksi boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi Hyundai.

Program kesetiaan untuk pemilik Hyundai tawar penjimatan hebat! 02

Bagi yang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai program-program di atas atau mana-mana produk dan servis ditawarkan Hyundai, anda boleh hubungi Hyundai di 1300-13-2000 atau lawati laman sesawang rasmi Hyundai.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda