window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Projek Kereta Terbang masih dilaksanakan. Rakyat salah anggap akibat guna terma ‘kereta terbang’?

Haris · Aug 5, 2020 05:00 PM

Projek Kereta Terbang masih dilaksanakan. Rakyat salah anggap akibat guna terma ‘kereta terbang’? 01

Pada sidang parlimen hari ini, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan projek kereta terbang masih dalam landasan untuk direalisasikan. Namun begitu, perancangan tersebut ditangguhkan sementara bagi memberi lebih perhatian kepada industri yang terkesan dengan Covid-19.

Projek Kereta Terbang masih dilaksanakan. Rakyat salah anggap akibat guna terma ‘kereta terbang’? 02

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga menjelaskan bahawa "kereta terbang" adalah istilah yang agak meluas. Oleh itu, konteks yang tepat dan istilah yang tepat adalah "mobiliti udara".

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Projek ‘Kereta terbang’ adalah ciptaan bersama syarikat tempatan dan China hanyalah sebuah Super Dron yang boleh membawa penumpang dengan bantuan teknologi AI. Projek itu didanai oleh syarikat swasta dan langsung tidak meminta dana kerajaan.

Projek Kereta Terbang masih dilaksanakan. Rakyat salah anggap akibat guna terma ‘kereta terbang’? 01

Hanya bantuan seperti infrastruktur dan pengesahan dari segi undang-undang sahaja yang diminta oleh syarikat tersebut kepada pihak kerajaan. Namun begitu, pengumuman dan penggunaan terma yang tidak sesuai memberikan tanggapan yang salah terhadap umum.

Menurut laporan Berita Harian, syarikat tempatan, East Cap Berhad melakukan usaha sama dengan dua syarikat dari China iaitu E Hang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited untuk menghasilkan ‘kereta terbang’ itu. Di bawah ini adalah Super Dron yang dihasilkan oleh syarikat E Hang.

Kami amat memahami bahawa kurangnya maklumat mengenai projek ini yang membawa kepada tanggapan yang salah. Seperti biasa, jabatan penerangan atau perhubungan awam langsung tidak membantu melawan tanggapan tersebut. Macamlah kita tak biasa dengan penjawat awam yang sangat efisien.

Sumber: The Star, Berita Harian

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda