window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Projek pemasangan Proton Saga CKD di Kenya dilancarkan

Mersita ยท Dec 11, 2020 11:00 AM

Projek pemasangan Proton Saga CKD di Kenya dilancarkan 01

Pada majlis perutusan yang dibuat oleh Presiden Kenya semalam, Presiden Uhuru Kenyatta mengumumkan tiga projek pembangunan yang akan dipacu oleh kerajaan mereka dan salah satunya ialah projek pemasangan tempatan Proton Saga CKD di Associated Vehicle Assemblers (AVA) di Miritini, Mombasa County.

Turut hadir pada acara itu ialah Gabenor Mombasa, Ali Hassan Joho.

Projek pemasangan Proton Saga CKD di Kenya dilancarkan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Empat bulan lepas, PROTON telah mengimpot 30 unit Proton Saga CKD (completely knocked down) ke Kenya. Pemegang francais Proton di Kenya, Simba Corporation, akan mengedarkan dan menjual kereta-kereta Proton yang telah siap dipasang.

Projek pemasangan Proton Saga CKD di Kenya dilancarkan 01

Sebahagian daripada pelan pembangunan ekonomi di sana, Presiden Kenyatta berharap yang projek ini akan menambah peluang pekerjaan bagi golongan muda di Kenya dan memacu polisi “Buy Kenya, Build Kenya” di negara itu.

Projek pemasangan Proton Saga CKD di Kenya dilancarkan 02

Dahulunya, pasaran Kenya didominasi oleh kenderaan terpakai dan kilang-kilang tempatan terpaksa ditutup. Kenya mempunyai populasi bersaiz 51 juta dan Proton melihat Kenya sebagai pintu masuk kepada 1.3 bilion penduduk di kontinen Afrika.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda