window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Projek Proton Saga CKD Pakistan kini bermula, Proton X70 CKD bakal menyusul!

Haris · Oct 14, 2021 10:00 AM

Projek Proton Saga CKD Pakistan kini bermula, Proton X70 CKD bakal menyusul! 01

Umum mengetahui bahawa model Proton Saga adalah sebuah model yang menjadi kegemaran rakyat Pakistan. Terbaru, Proton dilaporkan telah memulakan projek CKD Proton Saga di Pakistan semalam.

Berdasarkan hantaran Facebook Tuan Aris Anuar, Ketua Pegawai Pengeluaran yang baharu di Al Haj Automotive (Pvt.) Ltd, pelancaran pertama dan line off projek CKD Proton Saga ini dirasmikan oleh Presiden Pakistan bagi menandakan hari bersejarah tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Projek Proton Saga CKD Pakistan kini bermula, Proton X70 CKD bakal menyusul! 01

Selain itu, Encik Hilal Afridi, Ketua Eksekutif Proton Pakistan memberikan ucapan menarik bagaimana persefahaman antara Syarikat Al Haj dengan pihak Proton telah terjalin pada tahun 2018.

Bagi pihak kerajaan Malaysia, ucapan diberi oleh Konsul Jeneral, En Khairul Nazran dan bagi pihak Proton ucapan diberi oleh Datuk Radzaif melalui video.

Projek Proton Saga CKD Pakistan kini bermula, Proton X70 CKD bakal menyusul! 02

Model Proton Saga menerima sambutan yang sangat baik di Pakistan dan tinjuan mendapati bahawa rata-rata pembeli di Pakistan menarik nafas lega apabila projek CKD ini bermula. 

Penghantaran Proton Saga di Pakistan tergendala seketika berikutan daripada penutupan kilang akibat daripada kenaikan kes Covid-19 di Malaysia.

Baca: Proton Saga dan X70 CKD Pakistan turun harga, terpaksa tunggu Malaysia habis 'lockdown'!

Projek Proton Saga CKD Pakistan kini bermula, Proton X70 CKD bakal menyusul! 03

Selain daripada Proton Saga, model Proton X70 juga akan dipasang di Pakistan (CKD) dalam 3-4 bulan akan datang, berdasarkan komen daripada Proton Pakistan.

Pembeli di Pakistan dijangka akan menerima Proton Saga CKD secepat mungkin selepas pengeluaran bermula.

Baca: Laku keras, rupanya spesifikasi Proton Saga di Pakistan adalah yang terbaik dalam kelasnya!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda