Promosi Honda City '12.12 Special Sales’ dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020!

Mersita · Dec 10, 2020 08:00 PM

Promosi Honda City '12.12 Special Sales’ dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020! 01

Honda Malaysia hari ini mengumumkan yang promosi mereka, ‘All-New City 12.12 Special Sales’ dengan rebat bernilai RM 2,000, telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020! Lanjutan bagi rebat ini (12 Disember hingga 31 Disember 2020) ialah untuk memberi lebih masa bagi pelanggan untuk berkunjung ke pengedar sah Honda. Pelanggan kini boleh menempah dan mendaftarkan kereta mereka sebelum 31 Disember dan mereka akan diberi kelayakan untuk Rebat Istimewa bernilai RM 2,000.

Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Mr. Toichi Ishiyama berkata sejak pelancaran rasmi City serba, mereka telah menghantar hampir 5,800 unit Honda City 2020 kepada pelanggan-pelanggan di seluruh negara. Setakat ini, mereka telah menerima lebih daripada 11,100 tempahan bagi City serba baru itu. ‘All-New City 12.12 Special Sales’ juga telah menerima sambutan baik dari pelanggan sejak pelancarannya.

Promosi Honda City '12.12 Special Sales’ dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020! 02

Honda Malaysia berharap yang lebih ramai pelanggan boleh menikmati Rebat Istimewa bagi City serba baru dengan varian S dan E. Jika anda mahu dapatkan maklumat lanjut ataupun ingin memandu-uji Honda City serba baru, pelanggan dijemput hadir ke mana-mana pengedar sah Honda di serata Malaysia ataupun hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 ataupun lawati laman sesawang Honda yang rasmi di www.honda.com.my.

Berminat tapi tak tahu varian mana untuk dipilih? Jom baca panduan berguna kami untuk bantu anda buat keputusan! Kami juga sudah kirakan gaji minima untuk pembelian Honda City 2020 ini.

Komen

tradeInTool.upto20

2020 Honda City 1.5L S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru