Promosi khas Ducati Malaysia sempena Aidilfitri, ada diskaun servis Desmo, 'baju raya'!
Khairil · Mar 27, 2023 07:00 PM
Sebagai cara memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Ducati Malaysia tampil menawarkan promosi khas menarik buat pemilik motosikal jenama Itali itu termasuk diskaun servis Desmo sehingga 35 peratus.
Kepada yang mahukan 'baju raya', Ducati Malaysia turut menawarkan diskaun menarik terhadap rangkaian pakaian jenamanya.
Selain itu, tawaran diskaun turut termasuk kepada barangan cenderamata dan aksesori tulen daripada Ducati.
Menurut Ducati Malaysia, promosi servis Desmo ini akan memberikan keyakinan pemilik Ducati yang ingin mengharungi perjalanan 'balik kampung' dengan motosikal masing-masing dengan hati yang tenang berikutan keadaan motosikal yang sempurna.
Kepada yang berminat, promosi istimewa ini berlangsung di semua pusat pameran Ducati seluruh Malaysia dan ia sah sehingga 21 April ini.
Bagi yang sedang berkira-kira untuk mendapatkan jentera Ducati untuk berhari raya pula, Ducati Malaysia turut memiliki tawaran menarik untuk dua model hebatnya, Ducati Monster dan Ducati Hypermotard.
Ducati Monster
Untuk Ducati Monster, setiap pembelian akan memperoleh ekzos slip-on Termignoni bernilai RM 11,000 secara percuma!
Ducati Hypermotard
Untuk Ducati Hypermotard pula, setiap pembelian akan menikmati pakej sistem 'quickshifter' dan helmet Peak V5 bernilai RM 5,000.
Tetapi jangan menunggu terlalu lama kerana promosi istimewa bagi kedua-dua model ini hanya sah sehingga 31 Mac ini.
Kepada yang berminat, tempahan boleh dibuat di Ducati Petaling Jaya, Ducati Sungai Buloh, Ducati Kuala Lumpur, Ducati Penang dan Ducati Johor.
Sebagai info, segala promosi ini turut tertakluk pada terma & syarat oleh Ducati Malaysia.
Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.
Komen