window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton akan buat potongan 1.2% - 5.7% untuk semua model

Mersita · Jun 16, 2020 02:11 PM

Proton akan buat potongan 1.2% - 5.7% untuk semua model 01

Berikutan pengumuman terkini dari Kerajaan berkenaan pengecualian cukai jualan sepanjang hampir 6 bulan bermula 15 Jun 2020, Proton akan mengurangkan harga kereta mereka sebanyak 1.2% hingga 5.7%. Harga terbaru mereka akan berkuatkuasa sepanjang pengecualian cukai berlangsung – satu langkah bagi memacu ekonomi negara sedang kita bergelut dengan impak dari pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Varian Proton X70 Premium X mendapat potongan paling besar iaitu 5.7%, bersamaan RM 7,000. Selepas potongan, harganya kini adalah RM 115,800.

Proton akan buat potongan 1.2% - 5.7% untuk semua model 02

Proton Saga 1.3 Standard manual pula mendapat potongan 1.2% dari harga asal (bersamaan lebih kurang RM400), menurunkan harganya kepada RM 32,400.

Proton akan buat potongan 1.2% - 5.7% untuk semua model 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Proton ingin mengambil peluang ini untuk mengingatkan mereka yang sedang mencari kereta baharu bahawa ini adalah peluang terbaik untuk memiliki kereta Proton. Berikutan industri kita yang paling banyak cawangan 3S/4S, barisan model yang diperbaharui, peningkatan berkala yang diperkenalkan berserta harga baru kami, pelanggan kami akan dapat menikmati lebih nilai untuk wang mereka,” kata Dr. Li Chunrong, CEO Proton.

“Kami menyambut baik inisiatif kerajaan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi melalui pelan PENJANA dan pengiktirafan kerajaan kepada industri otomotif Malaysia adalah satu aspek kritikal pada ekosistem nasional. Dengan 700,000 tenaga kerja yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada industri ini, ia menyumbang sekitar 4.3% kepada GDP negara dan ini akan memainkan peranan besar dalam mana-mana usaha pemulihan ekonomi,” tambahnya lagi.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda