window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton akan lancar sekurangnya 3 model baru dalam 2 tahun ini – X90, Persona berasas Emgrand & MPV berasas Jiaji?

Faisal · May 13, 2022 07:00 PM

Proton akan lancar sekurangnya 3 model baru dalam 2 tahun ini – X90, Persona berasas Emgrand & MPV berasas Jiaji? 01

Sewaktu majlis pelancaran Proton Saga MC2 semalam, CEO Proton Dr Li Chunrong berkata, “Sepanjang 2 tahun ini, kami akan melancarkan sekurang-kurangnya 3 model baru”.

Kenyataan rasmi ini nampaknya memberikan petunjuk yang lebih kukuh mengenai model baharu Proton pada masa akan datang.

Proton X90 yang berasaskan Geely Haoyue – SUV paling besar

Proton akan lancar sekurangnya 3 model baru dalam 2 tahun ini – X90, Persona berasas Emgrand & MPV berasas Jiaji? 02

Geely Haoyue pasaran China.

Kelibat model ini telah banyak kali dijumpai di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaSPYSHOT: SUV misteri di Genting Sempah, kelibat Geely Haoyue (Proton X90) makin terdedah!

Proton akan lancar sekurangnya 3 model baru dalam 2 tahun ini – X90, Persona berasas Emgrand & MPV berasas Jiaji? 01

Intipan Proton X90 di Genting Sempah.

Di China, SUV yang berasaskan Geely Haoyue ini dikuasakan oleh enjin petrol 1.8L turbo (184 PS, 300 Nm) yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan.

Proton akan lancar sekurangnya 3 model baru dalam 2 tahun ini – X90, Persona berasas Emgrand & MPV berasas Jiaji? 02

Enjin 1.8L turbo sama seperti yang ada pada Proton X70.

Di Filipina pula (dikenal di sana sebagai Geely Okavango), model ini datang dengan enjin hibrid sederhana 1.5L turbo 3 silinder yang menghembuskan 190 PS dan 300 Nm tork.

Proton akan lancar sekurangnya 3 model baru dalam 2 tahun ini – X90, Persona berasas Emgrand & MPV berasas Jiaji? 03

Menariknya, pengumuman Dr Li semalam lebih kurang pasti bahawa Proton X90 yang hangat diperkatakan ini hanya akan dilancarkan pada tahun 2023.

Juga bacaProton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma

MPV berasaskan Geely Jiaji – Tiba masanya untuk Proton Exora ditamatkan?

Proton akan lancar sekurangnya 3 model baru dalam 2 tahun ini – X90, Persona berasas Emgrand & MPV berasas Jiaji? 04

Geely Jiaji pasaran China.

Kalau anda nak tahu, Exora adalah model paling tua dalam barisan Proton sekarang.

Untuk mewaris dan mengekalkan kredibiliti MPV Proton, tidak mustahil sekiranya Geely Jiaji diambil sebagai asas kepada pengganti Exora.

Juga bacaProton bakal lancarkan Geely Jiaji (Proton V70), suku ke-4 tahun 2022 - dakwaan pembekal

Proton akan lancar sekurangnya 3 model baru dalam 2 tahun ini – X90, Persona berasas Emgrand & MPV berasas Jiaji? 05

Di China, Jiaji dijual dengan enjin 1.5L turbo 3 silinder atau enjin 1.8L turbo. Enjin 3 silinder tersebut menghasilkan 177 PS dan 255 Nm tork (seperti yang Proton X50 guna). Yang hebatnya, ia boleh menyokong sistem hibrid sederhana 48V yang menghembuskan jumlah output kepada 190 PS dan 300 Nm tork.

Sedan berasaskan Geely Emgrand – Sedan Proton pertama yang dijenamakan semula?

Proton akan lancar sekurangnya 3 model baru dalam 2 tahun ini – X90, Persona berasas Emgrand & MPV berasas Jiaji? 06

Di China, Geely Emgrand dikenal sebgai Geely Dihao.

Proton Persona model sekarang telah diperkenalkan pada tahun 2016 dan pada tahun hadapan, generasi ini akan masuk usia 7 tahun.

Proton akan lancar sekurangnya 3 model baru dalam 2 tahun ini – X90, Persona berasas Emgrand & MPV berasas Jiaji? 07

Geely Emgrand pasaran China.

Awal tahun ini, sumber yang arif telah mengesahkan bahawa Geely Emgrand yang baru diperkenalkan tempoh hari akan menjadi asas kepada sedan baharu Proton.

Juga bacaProton bakal menggunakan Geely Emgrand sebagai model CKD baru - ganti Persona atau Preve?

Proton akan lancar sekurangnya 3 model baru dalam 2 tahun ini – X90, Persona berasas Emgrand & MPV berasas Jiaji? 08

Dengan jarak roda 2,650 mm, keluasan kabin Geely Emgrand sebenarnya mencecah tahap sedan segmen C, Proton Preve misalnya.

Proton akan lancar sekurangnya 3 model baru dalam 2 tahun ini – X90, Persona berasas Emgrand & MPV berasas Jiaji? 09

Secara teknikal, Geely Emgrand dibangunkan berasaskan platform BMA, sama seperti Proton X50. Apapun, masih belum dapat dipastikan sama ada model pengganti Persona ini akan guna enjin turbo macam X50 atau NA seperti di China.

Juga bacaGeely Emgrand tunjukkan bagaimana nak buat sedan bajet yang bagus!

Proton akan lancar sekurangnya 3 model baru dalam 2 tahun ini – X90, Persona berasas Emgrand & MPV berasas Jiaji? 10

Berkenaan Proton Saga sendiri, model facelift kedua (MC2, Minor Change 2) baru sahaja dilancarkan semalam. Jadi, keluarannya mungkin beransur untuk beberapa tahun lagi.

Juga bacaPelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat!

Dalam banyak-banyak calon, yang mana paling anda nantikan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Exora 1.6T Executive CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda