Proton akan menolak tempahan Proton X50 daripada ejen tidak sah!

Haris · Oct 8, 2020 01:00 PM

Proton akan menolak tempahan Proton X50 daripada ejen tidak sah! 01

Proton telah mensasarkan untuk menjual 4,000 unit SUV segmen B Proton X50 dalam tahun 2020 tetapi tempahan telah menjangkaui sasaran awal. Dengan 20,000 unit Proton X50 yang sudah ditempah, nampaknya anda terpaksa menunggu tahun depan untuk menerima Proton X50 anda.

Proton akan menolak tempahan Proton X50 daripada ejen tidak sah! 02

Malangnya, Proton dimaklumkan bahawa ada pihak telah memberi gambaran yang tidak benar dengan mengatakan mereka adalah ejen Proton ataupun mempunyai kaitan dengan Proton demi mengaut keuntungan. 

Proton akan menolak tempahan Proton X50 daripada ejen tidak sah! 01

Justeru itu, Proton telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut. Dalam kenyataan tersebut, tempahan yang diterima melalui rangkaian jualan Proton yang rasmi sahaja akan diakui sebagai tempahan yang sah.

Sebagai penjelasan, Proton tidak pernah melantik mana-mana pihak di luar rangkaian jualan rasminya sebagai ejen jualan produk mereka.

Proton akan menolak tempahan Proton X50 daripada ejen tidak sah! 02

Proton menasihati semua bakal pembeli untuk sentiasa berwaspada sebarang tuntutan dari individu atau organisasi, dan pada masa yang sama, memohon semua pelanggan menghubungi pihak Proton jikalau ada sebarang kemusykilan.

Kegiatan segelintir pihak ini sedikit sebanyak mencemarkan nama baik Proton. Sebagai sebuah jenama nasional, pelanggan sememangnya keutamaan Proton.

Proton akan menolak tempahan Proton X50 daripada ejen tidak sah! 03

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi rangkaian jualan rasmi Proton, sila layari laman web rasmi Proton di https://www.proton.com/en/dealer-locator atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1-800-88-8398.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru