window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton akhiri 2022 dengan 141,432 unit jualan - Saga terlaris dalam dan luar negara!

Haris · Jan 4, 2023 03:00 PM

Proton akhiri 2022 dengan 141,432 unit jualan - Saga terlaris dalam dan luar negara! 01

  • Pertumbuhan 4 tahun berturut-turut menandakan prestasi jualan terbaik sejak 2013
  • Jualan di luar negara terus meningkat dan Syarikat kekal sebagai pemimpin eksport

Jenama automotif nasional PROTON mengakhiri tahun 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut yang melonjakkan jualan keseluruhan kepada jumlah tertinggi sejak tahun 2013.

Syarikat menutup bukunya dengan 141,432 unit terjual (domestik dan eksport) selepas mencatatkan 14,750 unit dalam bulan Disember, jualan bulanan yang keempat terbaik untuk tahun tersebut.

Proton akhiri 2022 dengan 141,432 unit jualan - Saga terlaris dalam dan luar negara! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbanding dengan prestasi pada tahun 2021, jumlah jualan telah meningkat sebanyak 23.3% walaupun menghadapi kesukaran pada awal tahun apabila pembekalan alat ganti terjejas akibat banjir, dan kekurangan cip secara global menyebabkan penurunan jumlah jualan untuk empat bulan pertama.

Sementara itu, jumlah jualan untuk pasaran antarabangsa pula meningkat kepada 5,406 unit, berkembang sebanyak 79.1% dan membolehkan PROTON mengakhiri tahun ini sebagai pengeksport utama industri.

Proton akhiri 2022 dengan 141,432 unit jualan - Saga terlaris dalam dan luar negara! 01

Secara keseluruhannya, Syarikat telah mengekalkan kedudukannya di tangga kedua di dalam industri dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 19.6%. Jumlah Keseluruhan Volum Industri (TIV) untuk tahun 2022 dianggarkan melebihi 720,000 unit, satu catatan industri baharu yang tinggi, di samping jualan Disember yang memecahkan rekod.

Tiga model mengakhiri 2022 sebagai peneraju segmen

Proton akhiri 2022 dengan 141,432 unit jualan - Saga terlaris dalam dan luar negara! 02

Jualan untuk lima daripada enam model PROTON telah meningkat pada tahun 2022 dengan tiga model mengakhiri tahun 2022 sebagai peneraju segmen.

Proton X50 terus menjadi SUV terlaris di Malaysia dengan jualan 3,764 unit di bulan Disember, ia mengakhiri tahun 2022 dengan rekod jualan tahunan SUV baharu sebanyak 40,681 unit. Ini merupakan peningkatan sebanyak 41.4% berbanding tahun 2021 dan menjadikan SUV segmen B ini model kedua paling laris antara barisan model Syarikat.

Proton akhiri 2022 dengan 141,432 unit jualan - Saga terlaris dalam dan luar negara! 03

Mengukuhkan lagi kedudukan PROTON sebagai jenama SUV paling popular ialah Proton X70. Walaupun menghadapi cabaran kuat daripada pesaing baharu, ia mengakhiri tahun dengan 1,787 unit terjual pada bulan Disember dan angka keseluruhan 18,533 unit, meningkat sebanyak 13.1% berbanding tahun sebelumnya. Ini juga memastikan X70 mengekalkan kedudukannya sebagai SUV segmen C terlaris untuk empat tahun berturut-turut.

Proton akhiri 2022 dengan 141,432 unit jualan - Saga terlaris dalam dan luar negara! 04

Model peneraju segmen yang ketiga ialah Proton Exora, ia mengekalkan cengkaman kukuhnya di pasaran MPV segmen C dengan 4,275 unit terjual pada tahun 2022, meningkat sebanyak 5.9% berbanding tahun 2021.

Setelah melalui kemas kini kecil pada bulan Ogos, ia terus mendapat sambutan daripada pembeli yang mencari ruang yang luas dengan ciri-ciri pintar, pemanduan dinamik terkemuka di samping penawaran harga yang luar biasa.

Proton akhiri 2022 dengan 141,432 unit jualan - Saga terlaris dalam dan luar negara! 05

Premium S, Standard AT

Proton Saga terus berpegang pada kedudukannya sebagai penjual terbaik dalam rangkaian kereta PROTON. 5,913 unit telah dijual pada bulan Disember yang meningkatkan jumlah volum bagi tahun 2022 ke 55,878 unit, peningkatan sebanyak 31.1% berbanding tahun sebelumnya dan meraih kedudukan kedua dalam kedudukan jualan sedan segmen A. Kejayaan ini tercapai walaupun Saga merupakan model yang paling terjejas akibat banjir pada tahun 2021 yang menyaksikan jualannya berkurangan dengan hanya 76 unit terjual pada bulan Januari.

Proton akhiri 2022 dengan 141,432 unit jualan - Saga terlaris dalam dan luar negara! 06

Terdapat juga kemajuan positif bagi Proton Persona walaupun menghadapi persaingan sengit dan isu bekalan cip yang menjejaskan bilangan pengeluarannya. Sebanyak 2,322 unit telah dijual di bulan Disember yang meningkatkan jumlah volum bagi tahun ini kepada 16,357 unit, mencapai pertumbuhan sebanyak 1.3% dan berada di tempat ketiga dalam kategori sedan segmen B. Bagi Proton Iriz pula, ianya terus dibelenggu isu bekalan pengeluaran dan mengalami penurunan jualan sebanyak 14.9% pada tahun 2022.

Proton akhiri 2022 dengan 141,432 unit jualan - Saga terlaris dalam dan luar negara! 07

“2022 merupakan satu tahun yang dipenuhi dengan pencapaian dan pelbagai rintangan dihadapi PROTON. Banjir pada penghujung tahun 2021 yang memberi kesan sehingga ke suku pertama menyebabkan kami ketinggalan ke belakang dan kami bekerjasama dengan vendor untuk memulihkan keadaan bekalan alat ganti.

"Syukurlah, jumlah itu dapat dikejar dalam tempoh tiga suku yang seterusnya, tetapi kami yakin kami boleh mencapai lebih banyak dan mencatatkan angka yang lebih baik jika tidak menghadapi permulaan tahun yang mencabarkan. Namun, PROTON kini mempunyai pertumbuhan jualan untuk empat tahun berturut-turut, dan kami berbangga menjadi satu-satunya syarikat automotif di Malaysia yang mencapainya dari tahun 2019 hingga tahun 2022.

Proton akhiri 2022 dengan 141,432 unit jualan - Saga terlaris dalam dan luar negara! 08

“Melihat ke hadapan di tahun 2023, PROTON yakin dapat mencapai lebih banyak pertumbuhan dengan penambahan rangkaian tawaran serta pelancaran model baharu kami pada tahun ini. Walau bagaimanapun, kami menjangkakan TIV akan menyusut daripada jumlah rekod tahun 2022 kerana penghantaran pesanan yang dibuat semasa tempoh pengecualian cukai jualan akan dipenuhi pada akhir bulan Mac. Kadar faedah juga dijangka meningkat lagi pada tahun ini akan menjadikan sukar bagi industri automotif untuk terus meningkatkan jualan,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

Pertumbuhan eksport dipesatkan oleh SUV dan kemasukan pasaran baharu

Proton akhiri 2022 dengan 141,432 unit jualan - Saga terlaris dalam dan luar negara! 09

Selepas menggandakan jumlahnya pada tahun 2021, jualan eksport PROTON terus berkembang tahun lepas sebanyak 79.1% dengan angka penutupan sebanyak 5,406 unit. Pertumbuhan itu dikuatkan oleh peningkatan yang konsisten dalam industri perkapalan serta pertumbuhan dalam pasaran utama seperti Pakistan dan penambahan Afrika Selatan ke dalam senarai pasaran eksport.

Seperti jualan domestik, Proton Saga terus menjadi model eksport paling popular dengan 2,408 unit terjual tahun lepas. Ini merupakan peningkatan sebanyak 31% berbanding tahun sebelumnya dan membuktikan masih ada banyak potensi jualan untuk model tersebut dalam pasaran eksport.

Proton akhiri 2022 dengan 141,432 unit jualan - Saga terlaris dalam dan luar negara! 10

2 model SUV Syarikat menunjukkan prestasi yang lebih baik. Sebanyak 1,708 unit Proton X70 telah dijual di pasaran eksport, peningkatan sebanyak 101% manakala jualan eksport Proton X50 mencatatkan 1,117 unit, melonjak sebanyak 277%.

“Pertumbuhan dalam pasaran eksport PROTON tetap penting untuk Syarikat. Kami kini berada di pertengahan rancangan perniagaan sepuluh tahun kami dan jualan eksport perlu diambil kira untuk peratusan volum kami yang semakin meningkat untuk Syarikat mencapai matlamatnya. Dengan model baharu ditambah dan pertumbuhan daripada tawaran semasa kami pada tahun 2023, kami yakin dapat mencapai angka yang lebih besar tahun ini,” tambah Roslan Abdullah.

Baca: Proton dah hantar 2,610 unit kenderaan ke Pakistan, pasaran eksport terbesar diikuti Afrika Selatan dan Brunei!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda