window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya.

Mersita · Jul 27, 2020 06:00 PM

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya. 01

Awal minggu lepas, Proton menerima pelbagai cacian kerana mereka melelong kereta-kereta prototaip dan konsep mereka termasuklah kereta konsep Emas ItalDesign Giugiaro dan juga kereta rally PERT Karamjit Singh.

Pengkritik berkata yang pemilik Proton baru dari China iaitu Geely tidak menghormati legasi Proton, dan banyak kereta-kereta ini patut disimpan di dalam muzium. Tapi, kami rasa ini tidak benar.

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya. 02

Proton yang tinggalkan kereta-kereta tersebut dalam keadaan begini, bukan Geely

Jom kita imbas semula garis masanya. Kereta-kereta ini disimpan dan dibiarkan mereput oleh pemilik Malaysianya setelah sekian lama sebelum Geely datang menjengah. Kami hanya boleh bayangkan betapa kelirunya reaksi eksekutif Geely di Proton dengan reaksi dari orang awam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kami dapat bayangkan mereka berfikir, “Setelah diabaikan berdekad lamanya, adakah kami sebagai pemilik dari luar bertanggungjawab untuk membaikpulih barangan yang tidak dihargai oleh orang tempatan sendiri?”

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya. 01

Berikutan serangan balik daripada orang awam, Proton telah menarik-balik kereta konsep Proton Emas dan kereta rally PERT Karamjit Singh dari Pickles Auctions. Dari segi kewangan, ia adalah keputusan yang berkos tinggi.

Pembuat kereta menghapuskan kereta konsep atau prototaip lama mereka yang sudah tidak diperlukan secara berkala. Apa yang Proton lakukan sebenarnya adalah sesuatu yang normal.

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya. 02

Perlu diingatkan yang mendiang Enzo Ferarri secara rutinnya menghapuskan kereta-kereta lumbanya. Enzo ialah orang yang berpandangan jauh dan tidak mempunyai perasaan nostalgia seperti kebanyakan Tifosi zaman sekarang. Beliau membina kereta untuk dua sebab sahaja – untuk menang perlumbaan, dan untuk buat duit supaya beliau boleh terus menang perlumbaan.

Mana-mana kereta lumbanya yang sudah dinyahaktifkan akan dijual dan jika tiada pembeli, ia akan dihapuskan. Beliau tidak menyimpan barang lama yang tak produktif bersepah-sepah di kilangnya.

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya. 03

Banyak bahagian-bahagian yang hilang dari kereta Karamjit Singh. Kereta tersebut sudah tidak berfungsi langsung

Untuk memberikan anda sedikit konteks, bos-bos baru Proton dari Geely bukanlah orang-orang yang jenis nostalgik. Kereta Geely pertama ialah Xiali, sebuah ‘celup’ Daihatsu Charade. Tapi, kereta pertama yang dibina oleh pengasasnya sendiri dan CEO, Li Shufu, adalah ‘celup’ W210 Mercedes-Benz E-Class, yang dinamakan Geely Yihao (Nombor Satu) oleh pengasasnya.

Seterusnya, Li Shufu mahu membuat Mercedes China. Pada masa itu, beliau kurang mahir dalam pembuatan badan kereta. Oleh itu, kereta tersebut dibina dengan gentian kaca.

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya. 04

Kredit gambar: ChinaCarHistory.com

Anda mungkin fikir yang kereta bersejarah ini akan disimpan dan dipelihara oleh Geely. Tapi, kereta tersebut ‘dijeruk’ dan dibiarkan mereput sehingga Li mengeluarkan arahan untuk melupuskan kereta itu.

Yihao bukanlah satu produk yang dibanggakan oleh Li Shufu. Malah, beliau rasakan yang Yihao adalah sebahagian daripada pengalaman yang memalukan dalam kariernya, satu simbol ketidakmatangan beliau di zaman muda. Menurut chinacarhistory.com, Li tidak suka diingat-ingatkan tentang Yihao.

Kami rasakan yang Geely mempunyai pandangan yang sama dengan sejarah Proton dan mereka tidak faham mengapa orang Malaysia mahu diingatkan tentang kegagalan syarikat tersebut.

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya. 05

Muzium Mercedes-Benz, Stuttgart

Bagi hujah pembinaan muzium pula, kami rasakan syarikat yang telah mengalami kerugian berdekad lamanya tidak patut terfikir pun tentang membina sebuah muzium. Apakah yang muzium ini patut raikan? Kegagalan yang berdekad lamanya?

Menjalankan dan menjaga sebuah muzium bukanlah satu cabaran yang mudah (dan murah). Ia memerlukan fasiliti yang besar dan satu kumpulan kurator serta juruteknik untuk memelihara kereta-kereta ini. Berlainan dengan kereta produksi, kereta konsep dan prototaip tidak dibina untuk bertahan bertahun lamanya dan ia agak rapuh.

Inilah kos-kos yang tak mampu ditampung oleh organisasi rugi seperti Proton.

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya. 06

Mana pergi ECU kereta Karamjit Singh?

Semua kereta-kereta yang dilelong oleh Proton berada dalam keadaan yang menyedihkan setelah berdekad lamanya diabaikan oleh Proton. Proses pemuliharaan bukanlah sesuatu yang murah, terutama sekali bagi Emas yang memerlukan bahagian ‘custom-made’.

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya. 07

Tambahan pula, Malaysia tiada budaya yang menyokong atau menghargai muzium-muzium. Siapa yang nak bagi dana untuk menjaga muzium ini? Proton yang selalu rugi?

Syarikat Jerman seperti Porsche, Mercedes-Benz, BMW dan Audi mampu untuk membina muzium yang sangat menarik untuk meraikan sejarah lama mereka. Sebahagian daripada penyumbangnya adalah kerajaan Jerman yang memberi subsidi untuk penjagaan muzium-muzium ini.

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya. 08

Muzium BMW Welt, Munich

Orang Jerman juga melihat muzium sebagai satu tarikan pelancong yang kuat. Oleh itu, mereka menyumbang kepada penjagaannya. Yang pastinya, ia juga membantu orang-orang awam untuk menghargai seni dan budaya dan mereka sanggup untuk membayar harga tiket untuk melawat muzium. Di sini, bila kali terakhir anda melawat muzium atau pusat budaya tempatan?

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya. 09

Walaubagaimanapun, rakan kami yang dihormati, Hezeri Samsuri dari Careta.my mempunyai pandangan yang berbeza.

Hezeri sangat mendalami topik ini kerana sebelum Geely berganding bahu dengan Proton, beliau telah menyarankan Proton untuk membina muziumnya sendiri dan memberitahu yang sedangkan Perodua pun mempunyai kawasan pameran yang ‘simple’ di lobinya, memaparkan semua model-model terawal mereka.

Bukan itu saja, salah satu daripada projek terbengkalai beliau semasa bekerja bersama Proton adalah untuk menetapkan sebuah platform media yang juga sepatutnya memaparkan dokumen dikurasi dan gambar-gambar sejarah Proton – satu servis asas yang dijangkakan daripada semua PR pembuat kereta tapi belum ada di Proton.

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya. 10

Walaupun Hezeri sedar yang pembinaan sebuah muzium memerlukan kos yang tinggi, beliau berpendapat yang ini bukanlah satu perkara yang perlu dibuat hanya apabila aspek kewangannya sudah bersedia. Apabila kereta Proton penuh sejarah ini hilang, legasi Proton akan hilang selamanya. Berlainan dengan Ferarri atau Porsche, tiada pengumpul persendirian yang akan menyimpan sebuah Proton. Oleh itu, tiada peluang untuk membelinya semula di masa hadapan.

“Mengkurasi pameran untuk sebuah muzium adalah satu proses yang panjang. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dijalankan dengan mudah walaupun ada dana yang besar. Satu ketika dahulu, Kak Faridah, seorang bekas kakitangan Proton, berjaya mengumpul sedikit dana untuk menyediakan tapak pameran yang anda boleh lihat sekarang di Centre of Excellence Proton. Dengan sumber yang terhad, beliau membeli mana-mana model Proton lama yang ‘rare’ dan dalam keadaan baik. Tapi, banyak bahagian-bahagian kereta tersebut tidak padan seperti penutup hab dan gril yang salah dan macam-macam lagi.

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya. 11

“Kos pembangunan kereta rally Karamjit Singh yang menang perlumbaan tersebut melibatkan kos jutaan ringgit. Ia adalah bukti kehebatan pemandu dan jurutera Malaysia. Kereta konsep Proton Emas oleh ItalDesign Giugiaro memakan kos ratusan juta ringgit. Ini patut diberi tempat khas dalam sejarah Proton, walaupun ia bukan kereta produksi,” beliau memberitahu WapCar.my.

“Apabila kereta-kereta ini dilupuskan, ia akan hilang selama-lamanya. Generasi seterusnya tidak akan berpeluang untuk melihat legasi ini,” tambah beliau.

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya. 12

Berita baiknya ialah Proton Emas Concept dan kereta rally PERT Karamjit Singh telah ditarik balik dari lelongan yang dijalankan oleh Pickles Auctions. Memulihara kedua-dua kereta ini bukanlah sesuatu yang murah, tapi ia boleh jadi satu cabaran yang patut dicuba nanti. Sekurang-kurangnya dua kereta ini masih lagi milik Proton.

Apa pendapat anda? Patutkah Proton kekal fokus pada usaha untuk membuatkan syarikat ini terus menguntungkan secepat mungkin atau patutkah ia berpaling semula pada masa silamnya?

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya. 13

Perincian ini hanya ‘boleh jalan’ di pameran auto sahaja. Mengekalkannya untuk berfungsi agak rumit.

Jawapan kami adalah poin yang pertama. Tanggungjawab utama pihak pengurusan di Proton adalah untuk membantu syarikat tersebut kembali dari kejatuhan. CEO Proton, Dr. Li Chunrong pernah memberitahu kami, “Sebagai pengurus profesional, ia adalah tugas kami untuk memastikan syarikat kekal untung. Bagi kami, meninggalkan syarikat dalam keadaan gagal adalah satu ‘jenayah’.”

Debat Hezeri tentang kepentingan memelihara legasi Proton adalah satu poin yang betul. Tapi, kami ingin menambah yang ia perlu diletakkan pada konteks syarikat yang mengalami kerugian.

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya. 14

Replika Toyota AA, koleksi Muzium Automobil Toyota

Toyota AA – model Toyota pertama – yang ditayangkan di muzium syarikat tersebut sebenarnya cuma replika. Toyota tidak mampu menyimpan AA yang asli ketika zaman mudanya.

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya. 15

Toyota Supra TOMS Castrol baru-baru ini ditemui mereput di tempat simpanannya (dengan enjinnya hilang), tapi Toyota tidak bertindak membeli semula kereta ini dan membiarkan pemuliharaannya dibuat oleh orang persendirian. TOMS suatu ketika dahulu adalah sebuah pasukan yang separa disokong oleh kilang, lebih kurang seperti EON Rally Team (PERT) Petronas dengan hubungan akrab dengan pengilang, bukanlah pasukan yang betul-betul disokong oleh mana-mana pihak.

Bagi semua poin-poin ini, Hezeri membalas, “Eropah, Jepun, dan juga China ada banyak syarikat kereta tempatan sendiri. Kita hanya ada dua – Proton dan Perodua – dan memelihara serba sedikit sejarah yang kita ada sebagai negara penghasil kereta menjadi aspek yang semakin penting.”

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda