window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton bakal guna platform Geely-Volvo! Bukan platform yang dibangunkan sendiri?

Haris · Aug 10, 2020 07:00 PM

Proton bakal guna platform Geely-Volvo! Bukan platform yang dibangunkan sendiri? 01

Baru-baru ini, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Proton sedang membangunkan platform mereka sendiri. Khabar angin tersebut memetik kata-kata Ketua Pereka Proton iaitu Azlan Othman.

Namun begitu, lain pula ceritanya dengan laman web berita Reuters. Reuters telah melaporkan bahawa Proton bakal menggunakan platform Geely yang dibina dengan kerjasama Volvo. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton bakal guna platform Geely-Volvo! Bukan platform yang dibangunkan sendiri? 01

Terdapat 2 platform kereta yang dibina Geely hasil daripada usaha sama dengan Volvo. Yang pertama sekali adalah Compact Modular Architecture (CMA). CMA membenarkan pengeluar untuk membangun, merancang dan membina pelbagai jenis kereta kompak dengan susunan mekanikal yang serupa agar lebih cepat dikeluarkan dengan kos yang lebih rendah.

Proton bakal guna platform Geely-Volvo! Bukan platform yang dibangunkan sendiri? 02

Platform kedua pula adalah B-segment Modular Architecture (BMA) untuk kenderaan yang lebih kecil. Platform ini membolehkan pengeluar untuk memanfaatkan teknologi Volvo dan kemampuan Geely dalam kawalan kos, pengurusan rantaian bekalan dan pengeluaran tempatan.

Untuk Proton, Reuters melaporkan bahawa BMA telah dirancang untuk digunakan dalam model-model baharu Proton. Setakat ini, terdapat 2 model Proton di bawah kategori segmen B iaitu Proton Persona dan Proton Iriz. Kedua-duanya turut menggunakan platform yang sama. Mungkinkah Proton X50 kereta pertama Proton yang bakal menggunakan platform BMA?

Proton bakal guna platform Geely-Volvo! Bukan platform yang dibangunkan sendiri? 03

Selain itu, Geely Borui iaitu sedan mercu bagi Geely juga dirancang bakal menggunakan platform CMA. Hal ini bermakna platform CMA mungkin boleh digunakan pada model mercu seperti Proton Perdana namun tiada perancangan untuk mengembalikan model ini dapat dilihat.

Pembangunan platform menelan belanja yang tinggi dan mengambil masa yang lama. Usaha sama antara Proton dan Geely pula baru termeterai sejak 2017. Mungkin, pembangunan platform ini akan mengambil masa yang lebih lama. Dari segi kos, adakah anda rasa pembinaan platform sendiri adalah kurang wajar

Sumber: Reuters

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda