Proton bakal kembali di Pakistan dengan pelancaran Proton X70 pada bulan depan!
Faisal · Nov 23, 2020 05:00 PM
Proton kini sedang giat bekerjasama dengan Al-Haj Automotive untuk meluaskan pasaran mereka ke Pakistan. Syarikat pengeluar automotif kebanggaan negara ini akan melancarkan Proton X70 di Pakistan pada Disember ini. Menurut laporan daripada CarSpiritPK, Proton Saga pula akan beransur pada Januari 2021.
Unit ujian jalan untuk kedua-dua model ini telah lama diintip di beberapa bandar yang terkemuka di Pakistan. Pada mulanya, Proton mensasarkan pelancaran pada pertengahan tahun ini. Dengan penguatkuasaan peraturan Covid-19 di seluruh dunia, pelancaran tersebut ditangguhkan seketika.
Untuk pengetahuan anda, kehadiran Proton X70 di Pakistan akan meningkatkan persaingan di dalam segmen SUV yang diungguli oleh model seperti Hyundai Tucson, Kia Sportage, DFSK Glory 580, dan MG HS. Malah ia akan menggunakan enjin 1.5L 3-silinder turbo (177 PS/255 Nm tork) seperti Proton X70 di Bangladesh.
Menariknya, Proton Saga juga dikhabarkan akan menggunakan enjin 1.2L untuk mematuhi piawaian pelepasan cukai. Perkara ini dapat membantu Proton untuk meletakkan harga yang lebih murah bagi menarik minat pembeli di dalam pasaran tersebut.
Perjanjian Proton dan Al-Haj Automotive sejak tahun 2018
Mengenai perasmian Proton di Pakistan, kedua-dua model ini akan dilancarkan sebagai model CBU sebelum pemasangan di Pakistan beransur pada suku pertama tahun 2021.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen