Proton catat jualan 11,411 unit kereta - Proton X50 masih belum top 3!

Haris · Dec 3, 2020 10:00 AM

Proton catat jualan 11,411 unit kereta - Proton X50 masih belum top 3! 01

Proton telah menjual sebanyak 11,411 unit kenderaan pada bulan November 2020, peningkatan 18% dari November 2019. Secara keseluruhan, Proton telah menjual 96,410 kereta pada tahun 2020 iaitu kenaikan 7.5% lebih baik daripada tahun lepas.

Proton catat jualan 11,411 unit kereta - Proton X50 masih belum top 3! 02

Prestasi Proton X50 yang baru sahaja dilancarkan sudah tentu menjadi perhatian di sini. Mungkin terlalu awal untuk mengukurnya kerana angka jualan adalah seperti yang dijangkakan dengan kapasiti pengeluaran bulanan.

Angka Jualan Proton bulan November 2020 
Model Unit Jualan
Proton Saga 4,279
Proton X70 2,157
Proton Persona 1,942
Proton X50 1,756
Proton Iriz 637
Proton Exora 629

Proton catat jualan 11,411 unit kereta - Proton X50 masih belum top 3! 01

Proton X70 masih dijual dengan laris dan menduduki tempat kedua bulan November 2020. Model ini mengalahkan Proton Persona yang berada dalam pasaran segmen B yang mengalami saingan sengit.

Proton catat jualan 11,411 unit kereta - Proton X50 masih belum top 3! 02

Mungkin atas sebab saingan tersebut, Proton kini dalam usaha untuk mengemaskini 2 model dalam segmen B iaitu Proton Persona dan Proton Iriz. Penjualan Proton Iriz juga tidaklah begitu memberansangkan dan hanya menyaingi penjualan Proton Exora sahaja.

Mampukah kemaskini tersebut menaikkan semula angka jualan Proton dalam segmen B? Kita tunggu dan lihat.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru