window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa?

Zamil Syaheer · Dec 25, 2020 02:00 PM

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 01

Di antara Proton dan Perodua, amat mudah untuk melihat jenama mana yang menghasilkan kereta rakyat. Kedua-dua pembuat kereta tempatan ini juga mempunyai persaingan yang agak sihat antara satu sama lain.

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 02

Walaupun Proton memberi saingan yang baik melawan Perodua Myvi dengan Iriz, namun begitu angka penjualannya kurang memberangkan jika nak dibandingkan dengan ‘Raja Jalanan’ yang perkasa. Tetapi, angka jualannya boleh dikira sebagai “langit dan bumi” jika nak dibandingkan dengan cubaan Proton terdahulu iaitu Proton Tiara dan Proton Savvy.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 01

Apa yang telah terjadi sehinggakan dua model hatchback Proton ini digelar sebagai model Proton pra-Geely terburuk oleh kami? Secara teknikalnya, ia bergantung pada transmisi mana yang dipilih untuk Savvy, namun demikian, kedua-duanya tetap dikira sebagai produk yang gagal untuk Proton.

Mari mulakan dengan Proton Tiara.

Proton Tiara – ‘Tiara’ apa yang boleh dibanggakan

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 02

Pada tahun 1990-an, Proton menguasai hampir setiap kategori. Proton Iswara mungkin sudah menjangkau usia, tetapi ia dijual dengan harga yang berpatutan serta memiliki ruang yang besar.

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 03

Proton Wira pula sedang mendominasi carta penjualan dengan pengenalan pilihan enjin baru, manakala Perdana baru sahaja dilancarkan, dan akhirnya, Satria mulai menjadi hero pujaan di mata orang muda.

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 04

Jadi, kemunculan Proton Tiara ini sedikit mengelirukan. Pertama, ia berdasarkan Citroen AX dan bukan Mitsubishi seperti barisan Proton yang lain ketika itu.

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 05

Tiara adalah model pertama yang dibuat berdasarkan perjanjian antara Proton dan PSA Peugeot Citroen di bawah CEO Proton ketika itu, Yahaya Ahmad. Yahaya dikenali di beberapa kalangan sebagai ‘czar’ kereta Malaysia dan telah menyatakan hasrat untuk menggunakan teknologi syarikat Perancis dan bukannya bergantung pada Mitsubishi.

Ini sangat bertentangan dengan dasar Pandang Ke Timur oleh Tun Mahathir, tetapi alasan lain untuk perkongsian ini adalah untuk mendapatkan akses ke enjin diesel syarikat Perancis. Oleh itu, USPD (Usahasama Proton DRB Sdn. Bhd.) dibentuk dan Tiara dibina pada tahun 1996.

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 06

Sayangnya, impian Yahaya terhadap Proton menggunakan platform Citroen atau Peugeot berakhir setelah dia, isterinya, dan juruterbang helikopter mereka terbunuh secara tragis dalam nahas helikopter pada tahun 1997.

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 07

Kembali semula kepada Tiara, ia adalah kegagalan besar bagi Proton. Hatchback 5 pintu kecil itu sepatutnya menjadi sebuah pesaing tidak langsung kepada Perodua Kancil walaupun dengan enjin Citroen 1.1 liter yang lebih berkuasa yang menghasilkan 60 PS.

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 08

Tidak seperti Kancil yang dilengkapi dengan transmisi automatik, Tiara hanya dilengkapi dengan transmisi manual 5 kelajuan dalam dua varian - GL (panel badan warna kelabu) dan GLi (panel badan mengikut warna badan).

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 09

Ia juga mempamerkan beberapa ciri unik yang sama dengan Citroen AX, membuatkan ramai tercengang. Di kluster meter, ada jam sebagai pengganti tachometer, butang hon yang dikendalikan di tangkai bukannya di stereng, dan roda dengan tiga lubang.

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 10

Satu-satunya Tiara di luar Malaysia, disimpan dalam koleksi Citroen (Sumber)

Kerana perjanjian lesen dengan PSA Citroen Peugeot, Tiara dilarang dieksport ke luar negara. Oleh itu, ia kekal di Malaysia selama 4 tahun sehingga tahun 2000.

Proton Savvy - Permata tersembunyi?

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 11

Ketika Proton Savvy pertama kali dikembangkan, ia diberi nama kod Tiara Replacement Model (TRM). Tidak seperti Tiara, Proton memutuskan untuk tidak menjenamakan hatchback baru meraka berasaskan kereta lain.

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 12

Proton Savvy dilancarkan pada bulan Jun 2005, sebulan selepas debut Perodua Myvi. Reka bentuk badan dan dalaman semuanya 100% dikembangkan sendiri seperti model Proton lain pada masa itu.

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 13

Sejujurnya, Savvy mempunyai reka bentuk yang sangat unik sama seperti seperti Tiara. Tetapi, kebanyakan rakyat Malaysia terasa agak janggal untuk menerima rupanya. Berbanding dengan Myvi, ia tidaklah begitu luas atau praktikal.

Oh, dan ia mempunyai kempen yang sangat menarik untuk menunjukkan betapa kuatnya Savvy ini. Malah ia mempunyai brosur yang sangat berbeza, macam buku komik.

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 14

Proton Savvy menggunakan enjin 1.2 liter (75 PS/105 Nm) yang dikongsi dengan Renault Twingo dan Renault Clio. Proton mungkin telah menukar rakan teknikalnya ke jenama Perancis yang lain, tetapi rakyat Malaysia belum bersedia untuk menerimanya.

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 15

Lebih buruk lagi ialah kotak gear transmisi manual automatik (AMT). Daripada menawarkan transmisi automatik konvensional, Savvy mempertahankan gaya ala Eropah dengan Magneti Marelli Quickshift yang kasar dan kikuk. Ia tidak sesuai dengan pemanduan di bandar dan dibelenggu dengan pelbagai masalah.

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 16

Namun begitu, Savvy dengan transmisi manual 5 kelajuan standard membuatkan hatchback kecil terasa lebih hidup dan lincah. Ia mengambil selekoh dengan begitu baik dan masih mengekalkan tahap keselesaan yang amat tinggi bagi sebuah hatchback.

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 17

Terdapat juga varian Savvy Zerokit yang dilancarkan pada bulan Mac 2006, dilengkapi dengan kit badan ranggi, roda JRD 15 inci, dan spoiler belakang. Proton R3 (Race Rally Research) juga membantu meningkatkan prestasi dengan memberikan suspensi yang lebih sporty dan meningkatkan kuasa menjadi 78 PS.

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 18

Kemudian pada tahun 2007, Savvy mendapat penambahbaikan yang pada pendapat saya benar-benar meningkatkan penampilan Savvy. Proton juga memperkenalkan varian asas Savvy yang disebut Savvy Lite. Ia dilengkapi dengan roda besi, bumper yang tidak dicat dan tingkap manual.

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 19

Ni kerja geng Thailand. Enjin 4G15 turbo. Imej dari Pradityont Rangsit.

Tidak seperti Tiara, Savvy dieksport ke beberapa negara termasuk UK, Singapura, Indonesia, Taiwan, dan Thailand.

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 20

Ketika Perodua mengatasi Proton untuk mengambil tempat teratas hasil penjualan luar biasas Myvi dan model lain yang lebih mesra pengguna, Proton sedang melalui fasa yang bermasalah dan terpaksa menghentikan pengeluaran Savvy pada tahun 2011. Namun, platformnya masih hidup di Saga generasi kedua.

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa? 21

Imej lakaran moden Proton Tiara. Amacam?

Sekurang-kurangnya Proton sedar tentang kesalahan merkan dan benar-benar mendapat daya tarikan dalam percubaan ketiga mereka dengan Iriz. Walaupun begitu, Proton tidak dapat merebut mahkota itu dengan segera dari Perodua. Kita tunggu dan lihat episod hatchback tempatan seterusnya ya?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda