window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton dinamakan salah satu kenderaan rasmi Sukan Asia ke-19 di Hangzhou 2022

Faisal · Jan 25, 2022 06:00 PM

Proton dinamakan salah satu kenderaan rasmi Sukan Asia ke-19 di Hangzhou 2022 01

Proton dengan bangganya mengumumkan penamaannya sebagai salah satu daripada kenderaan rasmi Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022. Perkara yang berjaya dikecapi ini adalah hasil daripada kerjasamanya bersama Geely Auto Group, iaitu Rakan Kongsi Prestij Rasmi untuk Sukan Asia.

Pengiktirafan ini bukan sekadar memberikan peluang untuk menyokong pelbagai acara sukan terbesar di Asia yang bakal berlangsung di Hangzhou, China dari 10 hingga 25 September 2022, namun ia juga dapat meningkatkan jenama Proton dan imej Malaysia ke mata Asia. Semua model terkini Proton iaitu Persona, Iriz, Exora, Saga, X50 dan X70, akan membawa nama ke Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022.

Proton dinamakan salah satu kenderaan rasmi Sukan Asia ke-19 di Hangzhou 2022 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam masa yang sama, Proton akan melancarkan kempen nasional untuk membina keterujaan dengan mempromosikan aktiviti kecergasan dan sukan. Kempen ini juga dapat mengukuhkan Proton dengan orang ramai.

Proton dinamakan salah satu kenderaan rasmi Sukan Asia ke-19 di Hangzhou 2022 01

Kempen Proton bersempena dengan acara di Hangzhou 2022 ini akan dimulakan dengan “Peraduan PROTON Ignite Your Life” di mana pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah apabila mereka menempah dan mendaftar model Persona, Iriz, Exora, Saga, X50 ataupun X70 dari 1 Februari hingga 31 Julai 2022. Hadiah menarik termasuklah perjalanan eksklusif ke Hangzhou untuk merasai acara secara langsung, serta hadiah bulanan seperti e-baucar untuk produk sukan.

Nantikan perkembangan terkini mengenai promosi dan activiti baharu sempena Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022 melalui saluran media sosial Proton di Facebook (@ProtonCarsOfficial).

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Exora 1.6T Executive CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda