window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Exora pandu-sendiri akan diuji di laluan khas baharu di Cyberjaya!

Mersita · Dec 24, 2020 06:00 PM

Proton Exora pandu-sendiri akan diuji di laluan khas baharu di Cyberjaya! 01

Buat pertama kalinya di Malaysia, dua laluan sepanjang 7 kilometer di Cyberjaya yang dilengkapi dengan pelbagai aspek keselamatan telah diluluskan untuk ujian kereta berautonomi atau pandu sendiri. Laluan itu digelar Cyberjaya Malaysia Autonomous Vehicle (MyAV) Testing Route – satu laluan pendek mengelilingi bangunan Futurise dan MaGIC, manakala satu lagi laluan yang lebih panjang melibatkan Persiaran Apec, Persiaran Cyberpoint dan Persiaran Rimba.

Kelulusan pertama kali diberi kepada eMoovit Technology Sdn Bhd, syarikat ‘start-up’ tempatan yang kepakarannya khusus dalam pembangunan perisian kenderaan agnostik tanpa pemandu untuk jalan raya bandar.

Proton Exora pandu-sendiri akan diuji di laluan khas baharu di Cyberjaya! 02

Gambar: Careta

Proton Exora AV (Autonomous Vehicle) yang dibangunkan oleh eMoovit dilengkapi dengan sistem pemantau dan pengesan berteknologi sensor Lidar untuk memeta keadaan sekeliling dan mengesan jarak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam pandu-ujinya tahun lepas bersama Celcom, Exora AV ini mampu mencapai kelajuan 15 – 40 km/jam dengan keupayaan SAE Tahap 4! Laluan khas yang baru diluluskan ini diharap dapat mendorong lagi pembangunan AV di Malaysia ke tahap lebih tinggi.

Laluan khas itu dibangunkan oleh Futurise bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) di bawah inisiatif Sandbox Pengawalseliaan Nasional (NRS). Futurise berkata Pelan Pengurusan Keselamatan telah digariskan tahun lalu dengan pengesahan daripada MOT dan Majlis Perbandaran Sepang sebelum kerja-kerja pembangunan laluan tersebut dijalankan.

Segala infrastruktur yang diperlukan untuk laluan khas ini telah dilengkapi dengan kemudahan seperti papan tanda yang jelas sebagai indikasi zon pengujian kenderaan berautonomi yang diletakkan di setiap jalan masuknya.

Proton Exora pandu-sendiri akan diuji di laluan khas baharu di Cyberjaya! 01

Seorang pegawai keselamatan terlatih yang dilengkapi dengan pengecam visual juga akan diwajibkan untuk berada di dalam kenderaan berautonomi tersebut sepanjang masa ujian dilakukan bagi memastikan keselamatan orang awam terjaga.

Futurise, anak syarikat Cyberview Sdn Bhd yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan, bertindak sebagai penasihat dasar awam kementerian dan industri bagi memacu ekonomi masa hadapan di Malaysia.

Proton Exora pandu-sendiri akan diuji di laluan khas baharu di Cyberjaya! 02

Gambar: digitalnewsasia.com

Permohonan untuk menggunakan laluan pengujian kenderaan pemanduan sendiri di Cyberjaya itu mesti ditujukan kepada Futurise sebagai sekretariat yang mengesahkan aplikasi berkenaan bersama dengan Jawatankuasa Penilaian Pengujian Kenderaan Berautonomi yang dipengerusikan oleh MOT.

Sumber berita: Berita Harian & The Star

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Exora 1.6T Executive CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda