window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Exora RC2 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 63k, logo baru, ESC kini standard!

Faisal · Aug 19, 2022 10:40 AM

Proton Exora RC2 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 63k, logo baru, ESC kini standard! 01

  • Proton Exora 2023 dilancarkan
  • Logo Proton yang baru
  • Kawalan kestabilan ditawarkan secara standard

Proton sebentar tadi baru sahaja melancarkan Exora 2023. MPV yang masih diperbaharui walaupun sudah beransur selama 13 tahun ini ditawarkan melalui varian Executive dan Premium yang mana masing-masing berharga RM 62,800 (naik dari RM 59,000) dan RM 69,800 (naik dari RM 66,800).

*Harga atas jalan OTR, tanpa insurans

Juga bacaMPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Eksterior

Proton Exora RC2 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 63k, logo baru, ESC kini standard! 01

Pada bahagian luar, Exora 2023 diperbaharui dengan logo Proton yang baru di mana ia tampil lebih dengan bentuk bulat dan saiznya sendiri lebih besar.

Interior

Proton Exora RC2 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 63k, logo baru, ESC kini standard! 02

Masuk ke bahagian dalam, Exora 2023 masih sama seperti sebelum ini yang mana bahagian kabinnya didominasikan oleh infotainment 7 inci.

Trenkuasa

Proton Exora RC2 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 63k, logo baru, ESC kini standard! 03

Dari segi teknikal, Exora 2023 kekal dengan enjin 1.6L turbo yang menghembuskan 140 PS dan 205 Nm tork. Kuasa sebanyak ini juga masih diuruskan oleh transmisi CVT. Apapun, Proton tidak memberi sebarang maklumat mengenai pembaharuan komponen Oil Cooler Hose (OCH) yang dikatakan menjadi isu pada model sebelum ini.

Keselamatan

Proton Exora RC2 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 63k, logo baru, ESC kini standard! 04

Dari segi keselamatan pula, ia kekal dengan 2 beg udara tetapi apa yang baru adalah kawalan keselamatan (ESC) kini didatangkan secara standard.

Proton Exora RC2 2023 dilancar di Malaysia - dari RM 63k, logo baru, ESC kini standard! 05

Bercakap mengenai standard, setiap pembelian dilengkapkan dengan waranti 5 tahun/150,000 km.

Juga bacaKelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Exora 1.6T Executive CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda