window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Iriz 2021 baharu akan gugurkan CVTnya, masih boleh lawan Perodua Myvi?

Mersita · Nov 19, 2020 03:00 PM

Proton Iriz 2021 baharu akan gugurkan CVTnya, masih boleh lawan Perodua Myvi? 01

Dengan pelbagai gambar-gambar intipan yang dilihat semenjak dua menjak ini, peminat hatchback Proton ini sudah tak sabar menunggu kedatangan Proton Iriz 2021 facelift yang akan dikeluarkan tahun hadapan.

Proton Iriz 2021 baharu akan gugurkan CVTnya, masih boleh lawan Perodua Myvi? 02

Kredit gambar: The Ajerul. Kereta di hadapan ialah Proton Persona facelift yang akan datang.

Ada banyak lagi gambar intipan lain, yang di atas antara gambar intipan terawal yang ditangkap. Sejak itu, ia dilihat beberapa kali lagi di sekitar Malaysia dan sering dilihat bersama-sama Proton Persona 2021 facelift.

Proton Iriz 2021 baharu akan gugurkan CVTnya, masih boleh lawan Perodua Myvi? 03

Kredit gambar: Ibrahim bin Ahmed

Seperti biasa, kereta-kereta facelift menayangkan beberapa perubahan kosmetik. Bagi Iriz pula, stiker samaran camonya nampak gayanya sangat berhati-hati dalam menyembunyikan perubahannya. Tambahan pula, kami juga berjaya mengesan satu gambar yang menarik perhatian semasa pelancaran Proton X50 2020, dimana rata-rata antara kami rasakan yang ia nampak seperti Iriz baru.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Iriz 2021 baharu akan gugurkan CVTnya, masih boleh lawan Perodua Myvi? 01

Hello Proton, buat apa tu?

Jika gambar intipan di atas tak cukup meyakinkan anda, apa kata lihat yang ini pula. Dilihat dalam sebulan lepas, Iriz kelihatan diberi kemasan cat hitam dan kuning seperti warna tema Proton Saga Edisi Ulangtahun 2020 yang diperkenalkan dulu.

Proton Iriz 2021 baharu akan gugurkan CVTnya, masih boleh lawan Perodua Myvi? 02

Kredit gambar: Careta

Pembuat kereta secara tipikalnya akan menghasilkan ‘runout specials’ sebelum model baru diperkenalkan, dan gambar intipan ini seperti mengesahkan perkara ini.

Proton Iriz 2021 – Apa yang baru?

Proton Iriz 2021 baharu akan gugurkan CVTnya, masih boleh lawan Perodua Myvi? 03

CVT Proton dari Punch terima banyak aduan

Selain daripada rupa baharu, kita juga boleh jangkakan yang Iriz baharu ini nanti akan diberi kotak gear yang baru. Ada ura-ura mengatakan yang Proton akan menggantikan CVT tak lancar yang mereka gunakan pada Persona dengan kotak gear ‘torque converter’ automatik 4 kelajuan yang konvensional.

Jika dilihat betapa samanya kedua-dua kereta ini, kotak gear yang sama mungkin akan dipasang pada Iriz.

Proton Iriz 2021 baharu akan gugurkan CVTnya, masih boleh lawan Perodua Myvi? 04

Proton Saga dengan pakej yang lengkap – baca rebiu kami di sini!

Alangkah baiknya jika Iriz diberi transmisi yang sama dengan Proton Saga. Mungkin ada yang akan berkata ia satu langkah ke belakang, tapi kita tak boleh nafikan betapa lancar dan senyapnya sistem ini.

Adakah Proton Iriz akan diberi enjin baru?

Proton Iriz 2021 baharu akan gugurkan CVTnya, masih boleh lawan Perodua Myvi? 05

Model facelift selalunya tidak termasuk dengan tren kuasa serba baru, oleh itu besar kemungkinannya Iriz akan mengekalkan kedua-dua pilihan enjinnya (ditawarkan mengikut variannya):

2020 Proton Iriz - Enjin
Varian Enjin
1.3 Standard MT
  • 1.3 litre, naturally-aspirated 4 silinder (95 PS/120 Nm)
1.3 Standard CVT
1.3 Executive CVT
1.6 Executive CVT
  • 1.6-litre, naturally-aspirated 4 silinder (109 PS/150 Nm)
1.6 Premium CVT

Walaupun idea tentang memasukkan enjin dari Geely nampak bagus, namun kemungkinannya agak tipis kerana Iriz ialah kereta sebelum era Geely dan rekaan asalnya bukannya dibuat untuk memuatkan enjin tersebut.

Apa lagi yang baru pada Proton Iriz 2021?

Proton Iriz 2021 baharu akan gugurkan CVTnya, masih boleh lawan Perodua Myvi? 06

Kredit gambar: The Ajerul

Dalam salah satu gambar intipan yang diambil, kami perasan yang Persona mempunyai ‘headunit’ terapung yang lebih besar. Ini memberi klu yang mungkin Geely Key User Interface (GKUI) yang terbaru, seperti yang dilihat pada Proton X50 2020, mungkin akan dipasang pada Iriz baru nanti.

Iriz facelift akan ada varian baru?

Proton Iriz 2021 baharu akan gugurkan CVTnya, masih boleh lawan Perodua Myvi? 07

Proton Iriz Active Concept 2014

Anda ingat Proton Iriz Active Concept 2014? Ia menonjolkan rel atap yang cantik, kemasan ‘chunky’ dan rim yang bergaya? Ia mungkin akan masuk produksi tak lama lagi.

Proton Iriz 2021 baharu akan gugurkan CVTnya, masih boleh lawan Perodua Myvi? 08

Kredit gambar: Behind The Wheel

Ini boleh dilihat dalam beberapa gambar intipan Iriz. Jika anda lihat betul-betul, ia mempunyai rel atap dan ia lebih tinggi dari biasa. Perlu diingatkan yang Iriz Active Concept 30 mm lebih tinggi daripada Iriz biasa, oleh itu Iriz Active dengan penggayaan SUV mungkin akan tiba di sini.

Proton Iriz 2021 baharu akan gugurkan CVTnya, masih boleh lawan Perodua Myvi? 09

Walaubagaimanapun, banyak perkara masih belum dapat disahkan – nama Proton Iriz Active pun belum disahkan lagi. Ikuti kami untuk kemaskini terkini nanti.

Proton Iriz yang sekarang masih boleh dibeli?

Proton Iriz 2021 baharu akan gugurkan CVTnya, masih boleh lawan Perodua Myvi? 10

Ya! Dan jika berminat, kami huraikan spesifikasi dan harganya:

Varian dan Spesifikasi Proton Iriz 2020
Varian Harga
1.3 Standard MT RM 36,700
1.3 Standard CVT RM 39,700
1.3 Executive CVT RM 44,700
1.6 Executive CVT RM 46,700
1.6 Premium CVT RM 50,700

Tapi, sebelum anda membuat pembelian, anda mungkin mahu membaca rebiu kami terlebih dahulu dan kaji sendiri kehebatan hatchback Proton ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda