window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu!

Zamil Syaheer · Mar 6, 2021 04:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebelum itu, kami nak bagitahu yang Proton sebenarnya tahu kelemahan transmisi CVT automatik daripada Punch. Jadi timbul pelbagai spekulasi bahawa Proton akan menggunakan transmisi automatik 4 kelajuan yang sama dengan Proton Saga.

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu! 01

Proton Saga menggunakan transmisi 4 kelajuan automatik.

Namun info yang kami terima dari rakan media Funtasticko mengatakan bahawa Iriz (dan Persona) akankekal menggunakan transmisi CVT dari Punch, dan katanya unit kawalan transmisi (TCU)nya akan dinaiktaraf.

Jika anda perasan, tidak banyak rungutan dan rintihan daripada pemilik Proton tentang transmisi CVT Punch ini pada model sedia ada. Jika anda pernah memakai model Proton dengan transmisi CVT sebelum model kemas kini yang terkini, kami sarankan anda untuk pergi uji pandu.

2. Eh, tiada Iriz generasi baru?

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu! 02

Tiada. Senang cerita, membangunkan platform yang baru amat mahal. Semasa pembangunan Proton Iriz dulu, mereka melabur kira-kira RM 300 juta. Ini jumlah yang agak besar, memandangkan Iriz adalah model baru untuk Proton. Semuanya mesti dikembangkan dari peringkat awal.

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu! 03

Proton Iriz 2017 menerima kemas kini minima.

Nak ‘rebadge’ model Geely pun tak boleh, sebab Geely tiada hatchback segmen B dengan platform BMA dalam barisan model mereka.

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu! 04

Kemas kini pada tahun 2019 lebih komprehensif.

3. Iriz Active? Varian baru ke?

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu! 05

Sejak pertama kali imej intipan Iriz dengan inspirasi gaya SUV tular, media terus menggelarnya sebagai Iriz Active. Kenapa eh?

Juga baca: Proton Iriz Active 2021 - 'confirm' ke Proton nak guna nama untuk Iriz versi crossover?

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu! 06

Pada tahun 2014, Proton mempamerkan Proton Iriz Active Concept. Menampilkan pelekap gaya SUV dan rel atap, ditambah dengan warna dwi-tona, Iriz ini 30 mm lebih tinggi daripada Iriz biasa.

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu! 07

Mengukuhkan lagi info ini adalah Proton pernah memohon pemfailan paten untuk nama Iriz Active pada tahun 2014. Jadi terdapat kemungkinan besar nama tersebut akan digunakan untuk Iriz yang dilihat di sini.

4. Selain Iriz Active, ada varian lain tak?

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu! 08

Baru-baru ini, Proton baru sahaja melancarkan Proton Iriz R3 Limited Edition. Dengan gabungan warna hitam dan kuning, ia dilengkapi dengan kit badan R3 yang direka khas dan rim 16 inci yang sama dengan Proton Satria Neo.

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu! 09

Tema warna kuning ini juga bersambung di bahagian interior, menghiasi corong penyaman udara, stereng, karpet, tolok penyaman udara, kain gear, dan panel meter.

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu! 10

Proton Iriz R3 dijual pada harga RM 52,900, harga atas jalan tanpa insurans, dan terhad kepada 500 unit sahaja.

Juga baca: Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat?

5. Bila Iriz Active ini akan dilancarkan?

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu! 11

Kerana Proton baru sahaja melancarkan empat model edisi khas baru-baru ini, ditambah pula dengan wabak pandemik Covid-19 mengganggu industri automotif, debut Iriz yang dinaik taraf ini mungkin ditunda kepada bulan April atau Mei, takpun sehingga habis terjual kesemua model edisi khas.

6. Ada penambahan dari segi keselamatan tak?

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu! 12

Hatchback segmen B ini telah dianugerahkan dengan penarafan 5 bintang oleh ASEAN NCAP di bawah protokol 2017-2020 yang baru. Jadi, tak salah kami katakan Proton akan menaik taraf beberapa ciri keselamatan.

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu! 13

Kedua-dua X50 dan X70 menawarkan AEB pada varian teratas.

Ini kerana untuk mendapat penarafan 5-bintang di bawah protokol 2017-2020 yang baru, ia mesti dilengkapi dengan beberapa bentuk ciri bantuan pemandu ADAS, sama ada brek autonomi atau amaran buta.

Oleh itu, rasanya Proton telah melengkapkan Iriz dengan beberapa ciri ini. Kami berharap Iriz ini setanding dengan Perodua Myvi.

7. Nak tunggu pelancaran model kemas kini, ataupun beli Perodua Myvi je?

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu! 14

Sebenarnya, soalan ini agak sukar untuk dijawab.

Jika anda sedang mencari kereta yang tak pening kepala nak jaga dan senang nak ke poin A ke B, maka kami syorkan Perodua Myvi. Walaupun tempat duduk Myvi kurang sokongan dan ianya tidak terlalu selesa, tetapi untuk kebanyakkan pembeli, ia adalah sebuah pakej yang agak lengkap.

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu! 15

Perodua Myvi juga lebih luas dan praktikal, serta mempunyai ciri unik seperti penyangkuk bag tangan dan juga pembaca kad Smart Tag.

Juga baca: Perodua Myvi: Kelebihan dan kekurangan, kos servis dan kos pemilikan

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu! 16

Proton Iriz pula mempunyai tahap kawalan dan keselesaan yang jauh lebih baik, walaupun kurang dari segi kesedapan transmisi CVT dan juga praktikaliti.

Juga baca: Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda