Adakah ini bermakna anda boleh lupakan saja niat untuk membeli Iriz ataupun Persona disebabkan betapa terkenalnya permasalahan yang ada pada transmisi CVT ini? Tidak juga.
Menurut sumber dari rakan media Funtasticko, ini kerana Proton telah melakukan pelbagai penalaan semula pada transmisi CVT dari Punch ini dan katanya unit kawalan transmisi (TCU)nya akan dinaiktaraf.
Jika anda seorang yang rajin mengikuti berita tentang Proton, CVT Punch pada model sedia ada lebih responsif dan kurang menerima rungutan daripada pemilik mahupun penggunanya.
Apa-apa pun, kita tunggu dah lihat apabila kedua model ini dilancarkan oleh Proton, (dijangka pada hujung bulan Mac ataupun awal April) baru kita boleh lihat transmisi apa yang Proton akan gunakan.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.