window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Iriz facelift MC2 2021 dilancar, bermula RM 41k, logo baru, ada model Active!

Faisal · Aug 5, 2021 12:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dari segi harga, Proton Iriz MC2 ditawarkan pada RM 40,300 untuk varian 1.3L Standard ke RM 54,000 untuk varian 1.6L Active (harga CKD atas jalan, tanpa insurans, termasuk pengecualian SST sehingga 31 Disember 2021, lengkap dengan waranti 5 tahun).

Perbandingan harga dengan model facelift MC1 yang dikeluarkan pada tahun 2019 adalah seperti berikut:

Perbezaan harga Proton Iriz MC1 & MC2
Varian Facelift MC1 Facelift MC2
1.3L Standard MT RM 36,700 -
1.3L Standard CVT RM 39,700 RM 40,300
1.3L Executive CVT RM 44,700 -
1.6L Executive CVT RM 46,700 RM 47,100
1.6L Premium CVT RM 50,700 -
1.6L Active CVT - RM 54,000

Juga bacaRebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu

Eksterior

Proton Iriz facelift MC2 2021 dilancar, bermula RM 41k, logo baru, ada model Active! 01

Pada bahagian luar, Proton Iriz terbaru memperagakan logo Proton terkini yang debut sejak X70 CKD dan beberapa perubahan kosmetik. Antaranya seperti rim, gril dan bampar yang baru.

Proton Iriz facelift MC2 2021 dilancar, bermula RM 41k, logo baru, ada model Active! 02

Secara teknikal, Iriz MC2 tampil dengan lampu depan jenis LED yang mana ia didatangkan istimewa pada varian Active. Lampu belakang pula diperbaharui dengan unsur yang lebih moden.

Interior

Proton Iriz facelift MC2 2021 dilancar, bermula RM 41k, logo baru, ada model Active! 03

Beralih ke bahagian dalam, Iriz MC2 mendapat sentuhan baru melalui infotainment sesentuh 8 inci jenis terapung (hanya pada varian Executive dan Active) dan kawalan penyaman udara digital (standard pada semua varian).

Proton Iriz facelift MC2 2021 dilancar, bermula RM 41k, logo baru, ada model Active! 04

Varian Standard pula kekal dengan sistem multimedia yang biasa. Bercakap mengenai infotainment, pengguna juga kini boleh berikan arahan suara untuk mengawal penyaman udara dan buka tutup tingkap.

Proton Iriz facelift MC2 2021 dilancar, bermula RM 41k, logo baru, ada model Active! 05

Apapun, ciri ini hanya ada pada varian Active. Walau bagaimanapun, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay masih tiada.

Juga bacaACO Tech - GKUI Proton akan ada Spotify? Android Auto & Apple CarPlay apa cerita?

Antara pembaharuan lain yang ada termasuklah:

  • Perehat tangan di bahagian konsol tengah
  • Penambahan 2 port USB (berjumlah 6; 1 untuk dashcam)
  • Kluster instrumen terkini
  • Kemasan tempat duduk berwarna coklat

Iriz Active

Proton Iriz facelift MC2 2021 dilancar, bermula RM 41k, logo baru, ada model Active! 06

Pembaharuan paling ketara pada Iriz MC2 adalah pengenalan varian ala crossover yang dikenali sebagai Active. Varian paling atas ini tampil dengan pelapisan plastik pada bahagian bawah yang meliputi arca roda dan bampar. Iriz Active juga hadir dengan kemasan bumbung berwarna hitam dan rak bumbung berwarna perak.

Berbanding varian lain, Iriz Active 20 mm lebih tinggi dan 7 kg lebih berat.

Proton Iriz facelift MC2 2021 dilancar, bermula RM 41k, logo baru, ada model Active! 07

Pada bahagian dalam, Iriz ‘crossover’ ini didatangkan istimewa dengan trim dan jahitan berwarna merah. Malah, elemen warna merah turut diguna pada bahagian tali pinggang.

Trenkuasa

Proton Iriz facelift MC2 2021 dilancar, bermula RM 41k, logo baru, ada model Active! 08

Iriz MC2 dikuasakan oleh enjin aspirasi natural 1.3L (95 PS, 120 Nm tork) dan 1.6L (109 PS, 150 Nm tork) yang sama seperti sebelum ini. Varian Active pula dilengkapkan khas dengan enjin 1.6L sahaja.

Proton Iriz facelift MC2 2021 dilancar, bermula RM 41k, logo baru, ada model Active! 09

Malangnya, pilihan transmisi manual 5 kelajuan sudah tiada. Apapun, transmisi CVT untuk kali ini diperbaharui dengan 5 kelajuan maya dan pilihan mod pemanduan Eco.

Juga bacaMengapa transmisi manual masih lagi relevan dan penting

Ciri keselamatan

Proton Iriz facelift MC2 2021 dilancar, bermula RM 41k, logo baru, ada model Active! 10

Pada aspek keselamatan, Iriz MC2 varian Standard lengkap dengan 4 beg udara. Varian yang selebihnya pula datang dengan 6 beg udara.

Proton Iriz facelift MC2 2021 dilancar, bermula RM 41k, logo baru, ada model Active! 11

Menariknya, ciri ADAS seperti brek kecemasan autonomi (AEB) atau amaran titik buta (BSM) masih tiada walaupun dengan pengiktirafan 5 bintang pada ujian keselamatan ASEAN NCAP. Tetapi perlu dimaklumkan bahawa metodologi yang diguna adalah berpandukan protokol 2017-2020.

Juga bacaJauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift?

Buat masa ini, setiap tempahan akan datang sekali dengan pakej seperti berikut:

Pakej Perincian
Warranty Coverage 5 tahun waranti/150,000 km (yang mana sampai dulu)
Service Package Upah percuma sebanyak 3 kali
Data Package

Pakej 5 tahun dengan 1GB setiap bulan

(Iriz Active & Persona Premium sahaja)

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda