window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand!

Haris · Dec 14, 2020 08:00 PM

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand! 01

Proton Iriz

Proton Iriz adalah antara produk Proton yang mudah menjentik perasaan ramai pihak. Ia merupakan sebuah model yang bagus namun segala pujian tersebut sukar diterjemahkan ke dalam angka jualan.

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand! 02

Reputasi kotak gear CVT juga sedikit sebanyak menjatuhkan harga susut nilai model ini secara mendadak. Di tambah dengan khabar angin model facelift baharu yang akan datang, mungkin ini adalah model yang patut dibeli secara terpakai? Ini kupasan kami.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Generasi Proton Iriz

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand! 01

Sumber: Motoring Australia

Masih ingatkah anda mengenai intipan Proton Iriz yang diambil di Belgium dan Sweden? Ujian ESC (Electronic Stability Control) pada Proton Iriz juga dikatakan dilakukan di Pusat Ujian di Eropah. Sebelum dilancarkan, Proton Iriz sudah digembar-gemburkan sebagai model global Proton. 

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand! 02

Generasi pertama

Pelancaran Proton Iriz generasi pertama akhirnya dilancarkan pada tahun 2014. Proton Iriz mengambil masa selama 4 tahun untuk dibangunkan dengan kos sekitar RM 560 juta.

Generasi pertama ini menampilkan Proton Iriz dalam 2 pilihan enjin, 1.3 liter dan 1.6 liter. 3 varian ditawarkan iaitu Standard, Executive dan Premium.

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand! 03

Generasi kedua - perhatikan lampu kabus

Proton Iriz menerima kemaskini pada tahun 2017 di mana 8 varian sebelum ini telah dikurangkan kepada 4 varian iaitu 1.3 Standard MT, 1.3 Standard CVT, 1.3 Executive CVT dan 1.6 Premium CVT.

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand! 04

Generasi ketiga - gril depan Ethereal Bow

Model yang ada sekarang adalah model facelift tahun 2019. Ia menerima perubahan sehingga 367 komponen tetapi yang paling ketara sekali adalah tulisan PROTON pada bahagian belakang pada panel bawah tingkap berwarna hitam.

Masalah Proton Iriz

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand! 05

Satu-satunya perkara yang menahan Proton Iriz dari mencapai potensinya adalah maklum balas pemilik yang rata-ratanya dibelenggu masalah kotak gear CVT. Ini adalah masalah biasa dan pemilik baru perlu berwaspada.

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand! 06

Masalah biasa

Proton Iriz keluaran awal (2014 - 2017) mula menunjukkan tanda-tanda Proton seperti kerosakan power window, getah-getah yang haus dan sebagainya. Antaranya komponen yang harus diperhatikan adalah valve cover gasket, getah roof moulding dan cooling coil.

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand! 07

Pulley gear. Gambar dari Zordaq Motorsports

Jika pemilik culas dengan tempoh penyelenggaraan (selalu terlajak), jaga-jaga dengan masalah pulley gear yang patah. Masalah ini dikongsikan oleh bengkel Zordaq Motorsport.

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand! 08

Walaubagaimanapun, jangan risau jika anda berhasrat untuk membela Proton Iriz kerana banyak mekanik dan bengkel yang boleh membantu anda. Tidak lupa juga pusat servis Proton juga masih mampu untuk membantu anda.

Kos penukaran komponen bermasalah

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand! 09

Gambar kotak dan brake pad original

Antara panduan oleh pemilik Proton Iriz mengenai kos penukaran komponen yang bermasalah adalah seperti berikut:

Panduan harga komponen Proton Iriz 
Komponen Harga
Kotak gear CVT dengan TCU RM 4,050
Timing Belt termasuk upah RM 600 - RM 800
Brake pad original RM 300
Getah Roof Moulding sepasang RM 150
Pulley gear RM 900 - RM 1,200
Cooling coil RM 600
Tukar power window (sekali dengan motor) RM 480

Model pilihan

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand! 10

Proton Iriz generasi awal (tahun 2014 - 2016) sudah mula menunjukkan tanda-tanda Proton justeru jika anda boleh memilih, pilih model tahun 2017 - 2019.

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand! 11

Pilih model dengan kerusi berjalur

Model Proton Iriz tahun 2017 - 2019 juga dikatakan tidak lagi mempunyai masalah kotak gear CVT seperti yang terdapat pada keluaran terdahulu. Senang cerita, ia menerima kemaskini kotak gear CVT yang lebih baik.

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand! 12

Cari model dengan bumbung hitam

Bagi mengelakkan isu kotak gear CVT secara menyeluruh, cari Proton Iriz dengan kotak gear manual. Model ini sedikit sukar ditemui secara terpakai dan selalunya pemilik model ini merupakan peminat sukan permotoran.

Kesimpulan

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand! 13

Penulis mempunyai beberapa kenalan yang memandu Proton Iriz, justeru merasakan hatchback segmen B ini patut diberikan lebih perhatian secara peribadi. Penambahbaikan pada Proton Iriz (tahun 2017 - 2019) selalu terlepas pandang oleh pasaran.

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand! 14

Proton Iriz sesuai pada harganya tetapi mungkin sasaran pembelinya lebih kepada golongan yang lebih cermat menggunakan kereta ataupun mempunyai pengetahuan teknikal yang lebih mendalam.

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand! 15

Kalau Proton Iriz tak tahan, masa kan model ini mampu menjadi pilihan dalam kejohanan rali? Karamjit Singh pun dikatakan bakal memandu Proton Iriz selepas isu kesempitan hidup beliau ditularkan.

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand! 16

Dengan harga susut nilai yang jatuh agak mendadak sehingga boleh didapati serendah RM 29k, Proton Iriz mungkin calon yang sesuai untuk pembelian secara terpakai tetapi pemilik baru haruslah berpengetahuan tentang masalah-masalah teknikal model ini.

Proton Iriz terpakai serendah RM 29k, hatchback pujaan ramai - ini tips nak beli second hand! 17

Warna yang sama dengan Proton Persona tetapi personaliti berbeza

Apa-apa pun, citarasa dan pilihan adalah hak milik masing-masing. Apa kata anda kalau ada kenalan atau ahli keluarga yang mahu membeli Proton Iriz secara terpakai?

Proton Iriz gallery

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda